Thursday, 19 February 2015

Petua Meluruskan Rambut Menjimatkan Supaya Tak Mengerbang Macam Singa

3 comments
Assalamualaikum semua,

Dah lama saya tak update blog kesayangan saya, kali ini saya nak share tentang petua meluruskan rambut pula. Mesti ramai di kalangan kita kalau bangun tidur je rambut terus mengerbang macam Anna dalam cerita Frozen kan? Paling stress kalau rambut mengerbang macam singa jantan. Mak mertua tengok mesti terkejut.

Selalunya kes begini terjadi pada wanita dan demi merealisasikan impian memiliki rambut lurus menawan, wanita khususnya sanggup berbelanja besar dan pergi ke salun. Selain melibatkan kos yang tinggi, perawatan itu juga menggunakan bahan kimia. Sedikit sebanyak, ia mempunyai kesan sampingan. Tak perlu pening kepala, cuba sahaja petua ini. Kos murah dan kesannya lebih tahan lama. Manfaatkan bahan untuk merawat rambut anda. Jom cuba!

Rambut mengerbang macam singa? 

Jus Lemon & Santan
Campurkan setengah cawan jus lemon bersama secawan santan. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim. Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam. Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Petua Meluruskan Rambut
Campurkan setengan jus lemon bersama secawan santan.


Limau Nipis & Santan
Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Petua Meluruskan Rambut
Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan perahan limau nipis. 


Susu Segar
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap mungkin.

Petua Meluruskan Rambut
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur dan semburkan pada rambut. 


Pisang & Betik
Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kasar saja kedua-dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering. Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering. Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.

Petua Meluruskan Rambut
Lenyek pisang masak dan betik sehingga halus atau kasar dan campurkan dengan dua sudu madu. 


Telur & Tepung Gandum
Campurkan dua biji telur dan tepung gandung, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering. Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus. Biarkan selama 30 hingga 40 minit, bilas sehingga bersih. Amalkan petua ini dua kali seminggu.

Petua Meluruskan Rambut
Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. 
Senang rupanya nak luruskan rambut. Dengan petua yang ada ini, saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk meluruskan rambut secara semula jadi tanpa perlu rebonding. Bahan-bahan pun senang dicari. Selamat Mencuba!


---------------

Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin atau shampoo tanpa bahan kimia untuk rambut kekal sihat terutamanya yang mengalami masalah rambut gugur, anda boleh hubungi 012 400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

3 comments:

  1. wah, bgusnya tips ni..senang nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan, semoga bermanfaat :)

      Delete
  2. terima kasih kerna sudi berkongsi tips yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete