Friday, 10 October 2014

Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap

5 comments
First time masak nasi goreng tomyam sedap ni masa raya tahun 2009. Masa tu tetamu istimewa nak datang beraya kat rumah so kena lah masak special sikit. Tetamu yang datang happy sangat sebab dah lama tak dapat nasi. Duk ulang rendang, ketupat, nasi impit kuah kacang je memanjang, sekali dapat nasi goreng tomyam sedap siap bertambah-tambah lagi.



Sebenarnya dah ramai yang request nasi goreng tomyam sedap ciptaan saya ni tapi asyik lupa je nak share kat blog. Bahan-bahannnya pun saya hentam kromo, asalkan ada nama tomyam, warna tomyam, bau tomyam dan rasa tomyam yum yum.

Bahan-bahan untuk 10 tetamu raya baru-baru ini


Hidangan untuk 4/5 orang

Bahan-bahan:

  • 4 pot nasi 
  • 3 ulas bawang besar*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu besar cili boh 
  • 8 ekor udang (buang kepala dan hitam kat belakang badan udang)
  • 4 ekor sotong (potong) 
  • 5,6 helai daun limau purut 
  • 3 batang serai dititik
  • Sebatang carrot & 3 kacang panjang potong kecil 
  • 2 sudu besar pes tomyam 
  • Sedikit belacan (dibakar) 
  • Air secawan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Nak tambah potongan ayam pun boleh, ikut suka

Pes Sambal Tom-Yum Segera Peace Brand

Cara masak:

  1. Blend bawang besar, merah dan putih (kalau rajin, tumbuk sebab lagi sedap).
  2. Tumis bahan-bahan yang telah diblend hingga naik bau dan masukkan cili boh. Kacau.
  3. Masukkan udang, sotong dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan separuh cawan air. 
  4. Masukkan belacan bakar, pes tomyam, serai, limau purut, carrot dan kacang panjang yang dah dipotong. 
  5. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan lagi separuh air, garam dan gula. 
  6. Bila bau dah naik, masukkan nasi. Kacau hingga rata. 
  7. Kalau tak cukup masin, pandai-pandai lah letak garam hihi
  8. Siap! 





Kalau nak tambah 'aksesori', boleh masak telur goreng ataupun telur dadar dan makan bersama nasi goreng tomyam. 


Nasi goreng tomyam sedap ini memang favourite anak saudara saya. Dulu jual mahal tak nak makan. Sekali makan terus tambah 3 pinggan. Siap request lagi suruh masak 😁

Sebelum makan nasi goreng tomyam, ambil dulu Phytocolst untuk kurangkan kolesterol. Almaklumlah seafood tinggi kolesterol tapi sekali sekala tak apa lah kan hihi



Selamat mencuba 😘

Mencari hotel di Melaka berdekatan dengan Jonker Walk?
Anda pasti tertarik dengan keunikan 1825 Gallery Hotel Melaka



Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card?
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @lissajalilcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA

Pengedar Sah Shaklee Ipoh

5 comments:

  1. ahahah dan lagi iklan.. pakwe nak dtg meminang bila? takkan datang makan je..ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakwe dah kawen dengan mawar fareeda haha

      Delete
  2. Nampak sedap tu..ok nanti akak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap siap bertambah pinggan, wajib cuba :)

      Delete