Tuesday, 7 October 2014

Fakta Menarik Tentang Pemilik Blog Loving Care

2 comments
Beberapa hari lepas, saya telah diberi tugasan untuk menyiapkan 7 entry setiap hari dan setiap entry tersebut lebih kepada kisah peribadi dan bukan entry biasa.

7 Day Entry Challenge ini bermula dengan 3 Fakta Menarik Tentang Saya. Mari kita berkenalan dengan pemilik blog Loving Care lebih dekat lagi.


Fakta Pertama:

SEKOLAH
Dilahirkan di Klang, Selangor dan dibesarkan di tiga buah negeri. Jumlah sekolah pula, dua sekolah yang berlainan semasa sekolah rendah dan tiga lagi semasa sekolah menengah.

Akibat kekeliruan nombor angka giliran UPSR (kerana berpindah di Kedah semasa darjah 6), saya tidak dapat memilih sekolah menengah mana yang saya nak di Ipoh berikutan keputusan UPSR saya tak lengkap. Saya terpaksa pergi ke Lembaga Peperiksaan di Jalan Duta dan akhirnya dua, tiga bulan selepas keputusan UPSR keluar, baru saya dapat keputusan saya.

Di antara sekolah di atas, yang paling banyak kenangan ialah semasa bersekolah asrama. Ibu saya tetap meyuruh saya pergi ke sekolah itu walaupun pada mulanya saya berat hati nak pergi kerana bukan pilihan sekolah dan jurusan saya. Saya diterima dalam jurusan kejuruteraan Mekanikal, walhal saya memilih kejuruteraan Awam.

Walaupun homesick teruk, tetapi banyak kenangan sepanjang dua tahun di sana antaranya dapat tempat kedua dalam pertandingan kejuruteraan (rekacipta) peringkat negeri Perak. Terdapat juga kenangan lucu yang tak dapat saya lupakan iaitu ketika saya tingkatan lima, semasa tengah leka main bunga api di koridor dorm tiba-tiba datang warden dan menjerit ke arah kami. Apa lagi, semua orang bertempiaran lari terkejut! Malangnya kami kena denda prep di bilik ketua warden dengan kesalahan bermain bunga api di koridor dorm. Dah terang-terang tak boleh bawa bunga api. Mujur ketua dorm memahami sebab semasa kejadian berlaku ketika bulan puasa. Peperiksaan SPM pada masa itu berlangsung pada bulan puasa, memang dah tak sabar sangat nak raya lah kan (Adik-adik sila jangan tiru aksi ini) 


Wakil sekolah untuk pertandingan kejuruteraan (rekacipta) dan
berjaya mendapat tempat kedua peringkat negeri Perak.

Fakta Kedua:

2. KIDAL.
10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal (National Geographic). Hari Kidal Sedunia adalah pada13 Ogos setiap tahun. Antara yang menarik menjadi seorang kidal ialah saya menulis dengan menggunakan tangan kiri, bermain apa-apa permainan seperti badminton, tenis, boling dan sebagainya dengan tangan kiri. Kalau nak seterika baju saya boleh gunakan tangan kanan dan makan semestinya tangan kanan, Ada beberapa perkara yang hanya orang kidal yang biasa hadapi walaupun sukar dan ini menjadikan kami special.

Antara kesukaran orang kidal ialah
berlaga tangan dengan orang tangan kanan seperti di atas hehe


Fakta Ketiga:

3. SUKA TEMPOYAK, TAK SUKA DURIAN. 
Ramai dikalangan kita yang suka durian tapi tak gemar sangat tempoyak. Berbeza pula dengan saya yang sememangnya suka tempoyak tapi tak suka durian. Pelik kan? Suka sambal tempoyak, asam tempoyak, budu campur tempoyak tapi tak suka langsung durian. Kalau nak diikutkan, durian rasanya lebih manis dan baunya tak sekuat tempoyak tapi saya memang suka sangat dengan tempoyak.

Pernah cuba makan durian tapi memang tak boleh juga, walaupun dah cuba banyak kali. Kalau tempoyak, hari-hari pun boleh makan. Masa zaman belajar dulu dan zaman berjimat cermat, saya dan housemate selalu tumbuk cili api dan campurkan dengan tempoyak. Sedap! Kawan saya sanggup bawa tempoyak dari Ipoh ke Johor dengan menaiki bas pula tu, mujur tempoyak tu tak 'meletup' dalam bas, kalau tak satu bas bau tempoyak hehe

Sekian sahaja 3 Fakta Menarik Tentang Saya. Ikuti entry seterusnya iaitu Percutian Idaman Saya pada esok hari.

-----------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. melissa, suke i baca entri ni. Sweet sgt. Dan lengkap fakta2 u. Gud luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet tang main bunga api tu ye? hehe good luck to you too!

      Delete