Tuesday, 17 September 2013

Kenapa Kita Perlu Kitar Semula? Reuse, Reduce, Recycle

Leave a Comment
Tengah buat kerja-kerja edit gambar dan cari maklumat tentang Shaklee, tiba-tiba keluar lagu Jack Johnson - The 3 R's dan terus teringat REUSE, REDUCE, RECYCLE.

Tong Sampah Mengikut Jenis Masing-masing


Kalau kita perhatikan di Malaysia terdapat banyak tong sampah yang berbeza warna dan telah dikategorikan mengikut jenis masing-masing tetapi kita masih tidak menghiraukannya dan membuang sampah ikut sesuka hati. Kalau di rumah, sampah akan dicampurkan sekali tidak kira ia mengandungi sisa pepejal, cecair, botol, kaca, plastik dan sebagainya. Sisa cecair yang telah bercampur dengan pelbagai sisa pepejal, sisa berbahaya dan air hujan serta takungan air di tapak pelupusan sampah akan menghasilkan air larut resapan atau dikenali sebagai leachate.


Penghasilan air larut resapan dari tapak pelupusan sampah merupakan satu masalah persekitaran yang sangat penting. Air larut resapan merupakan air sisa yang mengandungi kepekatan bahan organik, nutrien dan logam berat (Qasim dan Chiang, 1994). Aspek persekitaran utaman dalam air larut resapan ialah kesan terhadap kualiti air di permukaan dan kualiti air bawah tanah kerana air larut resapan boleh menyebabkan kotoran sampah dan mencemarkan air di permukaan dan bawah tanah. Bahaya kan?

Tapak Pelupusan Sisa, Simpang Renggam Johor

Sampel leachate di Tapak Pelupusan Sisa, Simpang Renggam | Final Year Project 2011
Tahukah anda, purata setiap penduduk bandar di Malaysia menyumbang sekurang-kuranya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan, ini bermakna di bandar-bandar nesar di negara kita kadar pembuangan sampah mencecah 18,000 tan metrik sehari! Dan kadar ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Hingga ke saat ini, mungkin kita masih terselamat daripada malapetaka yang telah menimpa saudara kita seperti di Leuwigajah, tetapi kesan daripada sika degil, sambil lewa dan menganggap sampah tanggungjawab orang lain telah mengundang setidak-tidaknya satu kesan buruk yang serius iaitu masalah kesihatan.

Jadi, mari kita mula kitar semula untuk mengelakkan pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran udara, bau, sungai dan dapat mengurangkan penggunaan sumber baru seperti penggunaan kulit kayu untuk menghasilkan kertas.


Bila dengar perkataan REUSE, REDUCE, RECYCLE, benda pertama yang terus pop out dalam fikiran ialah video yang saya hasilkan semasa zaman belajar dulu untuk subjek "Solid Waste & Hazardous Waste Management". Lecturer arahkan kami untuk menghasilkan video 3R untuk menambahan carry mark yang dah nyawa-nyawa ikan masa tu hehe. Dua hari mengadap laptop untuk edit gambar dan hasilkan video 3R selama 3.04 minit ini. Berbaloi-baloi.

Three is a magic number!

Selamat menonton :)

Video 3R | Loving Care

---------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian ataupun join keluarga Shaklee kami, anda boleh hubungi saya 012 400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta maklumat lanjut tentang Shaklee. 

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli dengan menggunakan Debit Card/Credit Card? Klik BELI SHAKLEE ONLINE
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment