Monday, 10 July 2017

1825 Gallery Hotel: Tempat Ideal Untuk Berehat di Melaka

Leave a Comment
Melaka merupakan salah satu negeri kegemaran saya. Pergi lah banyak kali pun tak jemu. Satu hari ni, saya bercadang nak berehat dan tidur satu malam di Melaka memandangkan perjalanan ke Melaka mengambil masa 1 jam 30 minit saja.

1825 Gallery Hotel Melaka

Asalnya nak staycation di kawasan Klang Valley tapi tiba-tiba terfikir lebih baik pergi Melaka, boleh makan asam pedas.

Malamnya tu baru gigih mencari hotel, misi mencari hotel mesti dekat dengan area Jonker Walk. Kemudian saya tertarik dengan satu hotel yang cantik ini, lokasi yang strategi, dekat dengan tempat attraction lain dan harga yang berpatutan. 

1825 Gallery Hotel.
1825 Gallery Hotel Melaka


Keesokan hari, setibanya di Melaka, kami terus cari parking tapi agak penuh di depan hotel. Mengikut review yang saya baca, pihak hotel sediakan parking khas untuk tetamu hotel tersebut. 

Jadi kami bersetuju untuk cari parking di sekitar kawasan hotel dulu untuk check in. Setelah dapat parking, kami berjalan kaki ke hotel dalam 500m melalui Melaka river dan terus nampak bahagian belakang 1825 Gallery Hotel. Cantik sangat!

1825 Gallery Hotel Melaka
 Entrance belakang 1825 Gallery Hotel Melaka

1825 Gallery Hotel Melaka
Laluan dan persekitaran belakang hotel yang sangat cantik

Nama 1825 Gallery Hotel ini berempena dengan usia bangunan yang dibina pada tahun 1825. Usia bangunan ini dah mencecah 193 tahun tapi masih dalam keadaan yang cantik dan berjaga.

Asal bangunan ini ialah gudang tepung yang diimport dari luar negara oleh pendatang China kerana kedudukannya yang sangat strategi ialah di sebelah sungai dan pengangkutan laut menjadi pengangkutan utama pada zaman dulu kala.

1825 Gallery Hotel Melaka
Ruang lobi 1825 Gallery Hotel 

1825 Gallery Hotel Melaka
Hotel 3 tingkat ini menyediakan tangga dan lif. 
Kalau nak exercise, boleh naik tangga. 

Selesai check in di hotel gabungan dekorasi british-chinese ini, kami terus naik ke bilik untuk rehat. 1825 Gallery Hotel ini mempunyai 6 jenis bilik iaitu:

      ✽ Deluxe King Room
      ✽ Deluxe Twin Room
      ✽ Executive Suite
      ✽ River Suite
      ✽ Standard Room
      ✽ Superior King

Saya pilih Deluxe Twin Room memandangkan saya datang bersama adik lelaki dan harga bilik ini di agoda.com hanya *RM175 (termasuk gst) sahaja pada hari biasa. Kami memang tak ambil breakfast sebab cadang nak breakfast di luar dan check out awal.

*Harga mungkin berlainan mengikut waktu (peak season/public holiday/weekend). 


Deluxe Twin Room 

1825 Gallery Hotel Melaka
Twin bed (super single)

1825 Gallery Hotel Melaka
Ruang yang luas, senang nak solat

1825 Gallery Hotel Melaka
 Perabot antik 

1825 Gallery Hotel Melaka
Almari baju antik 

Bilik Air 

Bilik airnya luas dan panjang, memang selesa. Paling saya suka bilik air ini sebab ada shower besar hihi siap ada shower tangan lagi. Tak jadi masalah jika ada anak kecil.

1825 Gallery Hotel Melaka
Bilik air yang luas 

1825 Gallery Hotel Melaka
Sabun dan pili air disediakan. Senang lah nak membuang kan 😝

1825 Gallery Hotel Melaka
Shower 4 segi besar yang paling best

1825 Gallery Hotel Melaka
Toiletries seperti facetowel, sikat, berus gigi, cotton bud, shower cap disediakan 


Selepas check in, kami bersihkan diri, solat dan rehat sekejap. Malam nanti cadang nak jalan sekitar jonker walk tapi baru teringat gerai-gerai kat luar jonker walk hanya buka pada hari Jumaat hingga Ahad. Maka, terus lah ke Pak Putra pekena cheese nan bersama tandoori yang famous tu hihi

Selesai makan, kami letakkan kereta di tempat parking yang disediakan oleh pihak hotel tapi agak sunyi juga kalau waktu malam. Mungkin kalau malam minggu kawasan situ agak happening.

Sebelum masuk bilik, sempat lagi ambil gambar di sekitar kawasan pintu masuk belakang. Memang cantik dan relaxing. Dengan angin malam yang sejuk, Melaka cruise yang tengah lalu di sungai belakang hotel dan suasana romantik gitu. Cumanya sebab pergi dengan adik, kurang lah rasa romantik tu.

Exterior (Malam) 

1825 Gallery Hotel Melaka
Adik siapa lah tu? 

1825 Gallery Hotel Melaka
Kena paksa jadi model kejap hihi  

1825 Gallery Hotel Melaka
Cantik sangat? Kami order orang juice di lounge sambil layan jazz

Disebabkan impromptu trip, tidur satu malam pun dah cukup. Esoknya kami nak bersiap-siap dan check out awal kononnya nak menikmati suasana pagi di Melaka. Sebelum tidur, kena ambil dulu Ostematrix (kalsium & magnesium) sebab letih berjalan.



1825 Gallery Hotel Melaka
Balik baru guna tangga 

1825 Gallery Hotel Melaka
Dari tingkat 3 hotel 

1825 Gallery Hotel Melaka
Ruang lobi dari atas

1825 Gallery Hotel Melaka
Pandangan dari bawah 

1825 Gallery Hotel Melaka
Kolam kecil yang mendamaikan

1825 Gallery Hotel Melaka
Ada sofa dan bench di sebelah kolam 

Exterior (Siang)

1825 Gallery Hotel Melaka
Entrance (bahagian belakang hotel) 


1825 Gallery Hotel Melaka
 Geram je tengok moss tu, rasa nak kikis buat terrarium


1825 Gallery Hotel Melaka
 Di sini lah kami minum orange juice malam tadi 

1825 Gallery Hotel Melaka


1825 Gallery Hotel Melaka
Keluar dari pintu ini dan belok kanan untuk ke tempat parking



Parking Lot

Parking disediakan tapi terhad kalau anda datang secara ramai dengan beberapa kenderaan lain. Jadi kalau boleh anda digalakkan carpool kalau datang bersama rakan. Ikut sahaja pintu belakang hotel, kemudian belok kanan dan seterusnya boleh tengok pada gambar di bawah. 


1825 Gallery Hotel Melaka
 Jalan kaki di tepi pokok fiddle leaf fig menuju ke Jalan Jawa

1825 Gallery Hotel Melaka
 Ikut signboard 1825 Gallery Hotel CAR PARK 

1825 Gallery Hotel Melaka, Hotel Murah Melaka
Sekian saja trip adik beradik 2D1N di Melaka


Lokasi 1825 Gallery Hotel memang senang nak cari dengan menggunakan gps. Anda boleh guna google maps ataupun waze. Hotel ini juga merupakan tempat strategi bagi anda yang suka explore di kawasan sekitarnya dengan berjalan kaki ke Jonker Walk dan tempat bersejarah lain.


Kawasan sekitar yang strategi 


Kami sempat singgah ke The Daily Fix cafe di laluan Jonker Walk. Tak sangka rupanya kedai cenderamata ada cafe yang cantik di bahagian belakangnya.

Tunggu next entry pula okay.

Selamat Bercuti!

Bercadang untuk food hunting di Batu Pahat?
Anda boleh bermalam dan berasa suasana kampung di JMJ Homestay 




Ingin beli Shaklee secara onlin dengan menggunakan Debit/Credit Card?
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @lissajalilcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment