Thursday, 11 August 2016

6 Kesalahan Diet Yang Menyebabkan Badan Susah Nak Kurus

Leave a Comment
Anda sedang berusaha mengurangkan berat badan tapi dalam masa yang sama anda tidak sedar sedang melakukan kesalahan yang sebenarnya menjejaskan misi anda menurunkan berat badan. Apa kesalahan tersebut? Semak info berikut:

1. Bergantung Pada Diet Kilat

Berazam untuk mengurangkan berat badan dengan cepat membuatkan ada yang mengamalkan diet kilat. Mungkin perancangan anda hanya makan buah atau sup sayur setiap hari. Anda memotong kalori seharian kurang daripada 1000. Tetapi apabila kalori yang diambil berkurangan, anda telah melatih memperlahankan metabolisme anda. Sebaik sahaja diet itu selesai, tubuh akan membakar kalori tubuh dengan perlahan. Biasanya anda akan mula menambah semula berat anda.

2. Tidak Bersarapan

Tidak mengambil sarapan kelihatan satu cara mudah untuk mengurangkan kalori tetapi ia boleh menjadikan anda lapar sepanjang hari. Ini boleh membawa kepada pengambilan makanan ringan atau kudap-kudapan yang tidak dirancang dan memakan hidangan terlampau besar ketika makan tengah hari, menjadikan kiraan kalori meningkat.



Sarapan tinggi dengan protein dan serat boleh mengekangkan kelaparan sepanjang hari. Hakikatnya kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat.


3. Ambil Kudap-kudapan

Mungkin anda mengira kalori setiap hidangan yang diambil tetapi bagaimana dengan makanan ringan atau kudap-kudapan yang anda makan antara setiap waktu makan? Kesemua makanan ringan atau kudap-kudapan yang tidak dirancang ini boleh menambah kalori dan boleh mensabotaj diet yang telah dirancang dengan sempurna.

Jika anda serius mengenai jumlah kalori yang dikira, anda mungkin perlu menggunakan telefon pintar atau buku nota untuk memastikan setiap jejak makanan yang anda makan.

4. Elak Makanan Ringan

Walaupun pengambilan makanan ringan atau kudap-kudapan tanpa berfikir panjang boleh menambah saiz pinggang, namun begitu pengambilannya secara bertimbang rasa boleh memberi kesan sebaliknya. Mereka yang makan beberapa hidangan kecil kudap-kudapan sehari boleh mengawal rasa lapar dan mengurangkan berat.

Memakan kudap-kudapan membantu memastikan metabolisme berada dalam keadaan tinggi terutamanya jika kudap-kudapan itu kaya dengan protein. Pengambilan beberapa biji kacang adalah pilihan protein tinggi yang baik. Kajian mencadangkan mereka yang mengambil kudap-kudapan dalam bentuk kacang cenderung untuk lebih kurus daripada mereka yang tidak ambil.

5. Mengambil Makanan Rendah Lemak

Produk rendah lemak boleh memainkan peranan  penting dalam diet. Perlu diingat bahawa rendah lemak tidak sama seperti rendah kalori. Ia juga bukan lesen untuk menambah makanan. Jika anda mengisi pinggan anda dengan kek rendah lemak yang banyak, anda berkemungkinan akan memakan lebih kalori daripada potongan kecil kek biasa. Cara terbaik untuk mengetahui jumlah lemak, gula dan kalori yang anda ambil adalah melalui cara melihat label khasiat pada setiap produk.


6. Menyedut Terlalu Banyak Kalori

Apabila mengira kalori, kebanyakannya cenderung untuk terlepas pandang apa yang diminum. Ini adalah kesalahan besar apabila anda mempertimbangkan sesetengah kopi mahal memiliki kalori lebih daripada 500. Malah kalori dalam jus buah dan minuman ringan boleh menambah kalori dengan cepat. Paling teruk jika kalori daripada cecair itu mengekang kelaparan. Anda tidak akan makan kurang selepas pengambilan minuman berkalori tinggi.


-------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment