Monday, 4 January 2016

8 Cara Melegakan Sakit Otot (Muscle Pain) Selepas Bersenam

Leave a Comment
Tahniah kerana anda berjaya menghabiskan senaman mengikut perancangan! Azam baru lah katakan. Ketika ini pasti otot anda berada dalam keadaan kurang selesa. Jangan biarkan kesakitan itu semakin melarat apabila anda memaksa otot melakukan aktiviti berat lagi. Di sini ada 8 cara untuk melegakan sakit otot (muscle pain) selepas bersenam.

8 Cara Melegakan Sakit Otot (Muscle Pain) Selepas Bersenam

8 Cara Merehatkan Otot Selepas Bersenam

Satu perkara penting yang anda lupa, untuk merehatka otot (muscle relaxation). Otot perlukan rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

1. Senaman Kardio Ringan

Senaman kardio ringan melegakan otot. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang Mungkin anda boleh berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman.

2. Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

8 Cara Melegakan Sakit Otot (Muscle Pain) Selepas Bersenam

3. Akupuntur

Rawatan purba Cina, menggunakan kepakaran akupuntur yang tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Ia membantu melegakan otot yang kurang selesa.

8 Cara Melegakan Sakit Otot (Muscle Pain) Selepas Bersenam

4. Mandi Sauna

Meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrient ke otot. Sebaiknya, mandi sauna dibuat selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya. Teknik ini juga cara yang baik untuk relax dan melegakan tubuh secara psikologi.

5 Urutan

Cara terbaik melegakan otot, dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan. Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan ketika mengurut fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

8 Cara Melegakan Sakit Otot (Muscle Pain) Selepas Bersenam

6. Tidur Secukupnya

Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika masa mengizinkan, lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.

7. Senaman Regangan

Sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulihkan dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat hangat dan senang dilenturkan.

Tahap setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak sakit lagi.

8. Bernafas

Sebaik-baiknya, teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan. Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala keteganga dan tenaga negative mulai keluar daripada tubuh badan.

Semoga berjaya!


------------------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Bukit Tinggi / Shah Alam (Sec 7&16) 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment