Thursday, 7 January 2016

4 Jenis Kacang Bagus Untuk Kurangkan Berat Badan

2 comments
Bila kita dengar perkataan kacang, mesti terus terlintas di fikiran kita bahawa kacang tinggi kalori dan lemak. Walaubagaimanapun, lemak mono tak tepu (monounsaturated) juga dikenali sebagai 'lemak baik'. Kacang adalah sumber bermanfaat untuk serat dan protein. Dua sumber yang sangat penting dalam diet seharian serta bagus dalam membantu untuk kurus dan kurangkan berat badan.

4 Jenis Kacang Bagus Untuk Kurus

Kacang sesuai untuk dijadikan snek kalau kita lapar tetapi juga boleh dimasukkan ke dalam salad, yogurt, resipi, bijirin, gandum, dimakan dengan susu rendah lemak atau buah-buahan. Kacang ini berperanan sebagai memenuhi perut anda yang tiba-tiba rasa keroncong nak makan dan sabotaj usaha penurunan berat badan.

Terdapat 4 jenis kacang bagus dan memudahkan penurunan berat badan seperti berikut:

Almonds (Badam) 

Ranking #1 sebagai kacang yang sangat bagus untuk diet. Badam mempunyai asid lemak Omega3, banyak serat dan protein. Makan badam, anda akan cepat kenyang jadi anda akan rasa kurang kempunan untuk makanan berlemak (nasi lemak lah kan), kalori karbohidrat yang tinggi.

4 Jenis Kacang Bagus Untuk Kurangkan Berat Badan

Walnuts 

Menurut webmd.com, walnut kira-kira sedozen atau badam setiap hari tidak hanya menyediakan snek yang sangat bagus untuk turunkan berat badan, malah keduanya juga boleh mengurangkan risiko kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

Sama seperti badam, walnut kaya dengan asid lemak Omega3, tinggi serat dan protein. Walnut sebagai diet harian dapat membantu badan untuk menghilangkan kolesterol jahat (LDL) dan memberi manfaat serta membuatkan jantung lebih sihat.

5 Makanan Yang Baik Untuk Jantung Sihat


Cashews (Gajus)

Seperti walnut dan badam, gajus dapat mengenyangkan perut yang paling cepat, mempunyai fosforus, zink, lemak sihat, tinggi serat dan protein. Sangat baik untuk mengurangkan berat badan apabila dimakan secara sederhana.

Pistachios 

Dikenali sebagai salah satu daripada kacang berkalori yang lebih rendah, seseorang boleh makan 50 biji kacang pistachio yang hanya mengandungi 160 kalori disamping terdapat mineral, vitamin dan hampir tiga gram memenuhi serat setiap hidangan.

Maksimum dua auns kacang sehari sudah cukup untuk mengurangkan berat badan secara sihat, tanpa menambah kalori yang berlebihan dan juga majoriti makanan lain yang dimakan juga rendah kalori seperti sayur-sayuran segar dan buah-buahan.




Lemak dan minyak dalam kaang tidak mengandungi Kolesterol Jahat (LDL). Kacang membuatkan jantung kita sihat, memberi ransangan metabolisme untuk membakar lemak degil yang berlebihan. Pilih kacang mentah (raw) dan tidak masin. Menurut fitwatch.com, dengan memakan kacang tersebut untuk mengekalkan diet yang sihat dan senaman yang kerap boleh memberi manfaat kepada usaha kurangkan berat badan.

Saya juga selalu mengikuti perkembangan semasa Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam usaha untuk kurangkan berat badan dari segi menjaga pemakanan seharian. Beliau ambil kacang untuk dijadikan snek seharian jika lapar dan minum air mineral 2,3 Liter sehari.

Semoga bermanfaat :)

------------------------


Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian atau ingin mendaftar ahli (diskaun pembelian), anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.


Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Bukit Tinggi / Shah Alam (Sec 7&16) 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Itulah, ada jugak kacang untuk kuruskan badan rupanya

    ReplyDelete
  2. Saya suka makan kekacang sbg snek sblm lunch atau dinner!
    Jom Singgah Sini

    ReplyDelete