Sunday, 11 October 2015

Resipi Sardin Goreng Sambal Sedap Orang Bujang

1 comment
Teringat dulu zaman economoney zaman belajar, sardin lah yang menjadi best friend. Tapi dulu masak gitu-gitu je, sekarang ni baru lah pelbagai kan sikit resepi sardin ni supaya jadi resipi sardin goreng sambal sedap. 


Dapat resepi ini pun dari blog kakak sendiri, tapi olah sikit supaya lebih kepada sambal. Kat rumah ni kalau tak ada rasa pedas sikit, memang tak sah. Bahan-bahan nak masak sambal sardin goreng ini sangatlah senang. 

Jom masak! 

Bahan-bahan 

  • 1 tin sardin/mackerel saiz sederhana
  • 2 ulas bawang besar (kisar) 
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu besar cili boh cap puteri (takde cili kering) 
  • 6 biji cili api 
  • 2 inci halia (hiris) 
  • 2 keping asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa 

Cara Memasak 

1. Asingkan ikan sardin/mackerel dengan kuahnya. 

2. Panaskan minyak dan goreng ikan tersebut. Api perlu perlahan kerana kuah sardin yang masih ada di ikan akan menyebabkan minyak meletup-letup. Pastikan korang tutup dengan periuk, kalau tak habis tangan kena minyak panas dan dinding penuh dengan minyak.  

3. Bila ikan dh mula garing, angkat ikan tersebut. Ikan akan kelihatan kehitaman dan itu maknanya ikan garing dan lebih sedap. 

Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap
Ikan sardin yang digoreng garing
4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing. Kemudian, masukkan 2 sudu besar cili boh dan goreng hingga naik minyak. 

5. Apabila sambal dah garing dan naik minyak, masukkan balance kuah sardin yang kita asingkan tadi. Gaul hingga sebati. 

Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap
Bahan-bahan untuk sardin goreng sambal

6. Masukkan bawang besar, halia yang telah dihiris dan cili api. Kalau masak sardin, memang tak sah kalau takde halia. Sedap! 

7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan kemudian letak asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kalau terlalu kering, boleh tambah air sedikit. 

8. Biar mendidih dan naik minyak. Siap! 

Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap
Sardin Goreng Sambal Dah Siap!

Selamat mencuba :)
Senang je kan? Selalunya kalau masak sardin, wajib ada telur dadar. Memang dah jadi lauk wajib kalau ada sardin mesti ada telur dadar. Tengok gambar masak sendiri ni pun terasa terliur pula hehe 

Tapi seperti yang kita tahu, sardin atau makanan dalam tin tak elok dimakan selalu terutamanya bagi penghidap penyakit gout. Kalau teringin, sekali sekala boleh lah masak. 

Ok, Selamat Mencuba! 

Nak cuba resepi lain? Jom klik resepi di bawah


Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Shah Alam (Sec 7) 
Like: Facebook  Follow: Instagram @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment:

  1. Hi admin. thx for the sharing. Mmg sedap and manjdi. I like. thx ya. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete