Wednesday, 21 October 2015

Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Leave a Comment
Semua ibu bapa suka kalau anak-anak mereka mampu membaca seawal mungkin. Tetapi semua itu tidak akan datang bergolek sebaliknya rangsangan dan pemilihan buku untuk kanak-kanak yang betul perlu diberikan agar dapat mencetuskan minat mereka untuk mendekati bahan bacaan.

Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Setiap kali memilih buku kanak-kanak, kebanyakan ibu bapa akan merasa keliru membuat pilihan buku apakah yang sesuai untuk umur anak mereka. Adakah bentuk buku, saiz tulisan, pengisian, visual, warna dan tekstur buku tersebut mampu merangsang si kecil mereka? Ikuti panduan ringkas cara betul memilih buku buat anak di bawah.

Panduan Pemilihan Buku Mengikut Usia Anak

Bayi berusia 0-6 bulan

  • Buku yang ringkas, gambar atau reka bentuk yang besar dengan warna yang terang
  • Material jenis kain (cloth book) dan vinyl lembut dengan gambar sebenar
  • Gambar pula bersaiz besar iaitu satu halaman satu gambar
  • Saiz sederhana agar mampu dipegang oleh bayi
  • Buku yang boleh digunakan semasa mandi atau boleh dibasuh
Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Bayi 6-12 Bulan

  • Kertas tebal seperti kadbod sesuai untuk disentuh
  • Objek foto yang biasa dilihat 
  • Mempunyai halaman muka surat yang kukuh. Anda boleh membiarkan bayi bermain di katil bayi. 
  • Material jenis plastik/vinyl tidak ada masalah jika terkena air
  • Buku jenis kain (clothbook) yang boleh dibasuh dan dibawa main
  • Material jenis ini juga selamat kerana kadang kala, bayi memasukkannya ke dalam mulut
Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Kanak-kanak Berusia 1-2 Tahun 

  • Buku kertas tebal yang mempunyai pemegang
  • Gambar-gambar yang biasa kanak-kanak lakukan seperti tidur atau bermain
  • Menjadi bahan bacaan sebelum tidur
  • Buku yang berkaitan dengan 'good bye' dan 'hello' 
  • Warna terang dengan ilustrasi menarik
  • Buku jenis 'rasa' dan 'sentuh' 
  • Buku haiwan dengan pelbagai saiz dan bentuk 
Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Kanak-kanak 2-3 Tahun 

  • Buku yang mempunyai cerita yang mudah 
  • Ayat mudah dengan gambar yang menerangkan teks
  • Perkataan yang mudah supaya anak boleh mengingatinya 
  • Buku untuk waktu tidur
  • Berkaitan dengan kiraan, abjad, bentuk atau saiz
  • Berkaitan haiwan, kenderaan dan buku tentang masa bermain 
  • Buku dengan gambar dan perkataan yang lucu 

Kanak-kanak 3-5 Tahun 

  • Elemen matematik seperti saiz atau masa
  • Elemen sains yang mudah iaitu berkaitan seperti trak sampah, bunga atau peralatan
  • Buku mengenai perkara yang disukai oleh kanak-kanak pada usia ini antaranya seperti kereta api, haiwan atau memasak 
  • Buku tentang persahabatan, cita-cita, adik beradik 
  • Teks ringkas yang mudah difahami dan dibaca
  • Illustrasi dan foto yang lebih jelas, berwarna-warni dan menarik
  • Jalan cerita yang mudah dan menyeronokkan 
  • Ada sebahagian perkataan berulang-ulang yang membuatkan kanak-kanak boleh meghafalnya 
  • Isi kandungan buku mengenai kehidupan seharian. Ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan dan meneroka dunia mereka 
  • Buku mengandungi gambar dan ayat ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan 
Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

Kehadiran beberapa gadget seperti tablet, telefon bimbit dan siaran televisyen 24 jam, agak sukar untuk anda menanam minat anak. Apabila ibu bapa terlibat mengajar anak membaca, ia memberi kesan positif untuk anak-anak berjaya dalam persekolahan.

 Cuba 6 tips ini untuk membantu dalam mendidik anak menjadi seorang yang sukakan buku: 

  1. Anda harus memahami bahawa perkembangan anak adalah berbeza-beza. Dengan ini, akan mengurangkan 'high expectation' pada anak. Anda akan membantu mereka untuk mengetahui pencapaian diri dan meningkatkan keyakinan dalam membaca. 
  2. Pastikan kewujudan bahan bacaan di rumah iaitu aksesori pembacaan seperti mini perpustakaan, surat khabar, pensel dan krayon.
  3. Baca buku kepada anak iaitu membaca bersama mereka setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur
  4. Sekali sekala, biarkan anak membaca dengan nada suara yang kuat. Jangan berhenti membaca walaupun mereka sudah boleh membaca
  5. Bercerita kepentingan membaca. Katakan kepada anak bahawa membaca dapat meningkatkan perbendaharaan kat, kemahiran berfikir secara kritikal.
  6. Tunjukkan kepada anak pentingnya amalan membaca. Anda menjadi contoh kepada anak dengan membaca di hadapan mereka. Jadikan ia amalan anda sekeluarga. 
Panduan Pemilihan Buku Untuk Kanak-kanak Dari 0 Bulan - 5 Tahun

--------------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Shah Alam (Sec 7) 
Like: Facebook  Follow: Instagram @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment