Sunday, 11 October 2015

7 Kelebihan Khasiat Halia Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Leave a Comment
Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan luaran dan dalaman. Halia boleh diolah menjadi ramuan untuk merawat masalah kulit. Ia juga membersihkan dalaman dan membantu wanita menurunkan berat badan secara semulajadi. Jom bongkar manfaat halia!

7 Kelebihan Khasiat Halia Untuk Kesihatan dan Kecantikan


1. Buang Angin & Toksin 

Bagi membuang toksin dalam badan, rendam hirisan halia bersama uncang teh dan air panas. Masukkan sedikit gula perang untuk rasa yang lebih enak. Tutup minuman selama dua minit, kemudian nikmatinya setiap hari. Kombinasi ramuan ini sangat baik untuk membuang angin dan menjadikan tubuh segar serta berasa ringan.

>> Cara Atasi Masalah Perut Berangin

2. Langsingkan Badan

Halia juga boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus, kemudian campurkan dengan air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong. Ia membantu proses pencernaan. 

Halia juga digunakan sebagai ramuan utama menghasilkan krim pelangsingan. Krim atau pati halia dapat mengatasi selulit, rekahan dan mengempiskan perut serta mengecilkan bahagian bermasalah seperti peha. 

3. Menghilangkan Bau Badan 

Ramai wanita yang mengalami masalah bau badan. Walaupun sudah menggunakan deodoran namun badan tetap berbau. Bagi mengatasi masalah ini, amalkan minuman air halia bersama teh. Atau amalkan mengunyah halia yang ditumbuk hancur. Jika tidak mampu makan atau minum halia mentah, gunakan halia sebagai ramuan dalam masakan. 

4. Merahkan Bibir

Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Letakkan halia yang telah ditumbuk di bahagian bibir. Jangan gosok terlalu kuat kerana bimbang kulit bibir yang lembut ini akan cedera. Amalkan petua ini sekali sehari, ia membantu membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan secara semulajadi. 

7 Kelebihan Khasiat Halia Untuk Kesihatan dan Kecantikan

5. Menaikkan Seri Wajah

Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas. Minum setiap pagi. Kombinasi ramuan ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan selalu, anda pasti gembira dengan hasilnya. 

6. Bersihkan Kulit

Halia juga boleh digunakan untuk melulur tubuh. Ia membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat. Jadikan lulur. 

7. Redakan Tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Manfaatkan halia dalam bentuk yang anda suka. Ini kerana halia dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman tubuh. Apabila kita berasa relaks, wajah dan tubuh akan tampak segar. Sekaligus ia menyerlahkan kecantikan semulajadi anda.



>> 8 Tips Mudah Redakan Tekanan

----------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Shah Alam
Like: Facebook  Follow: Instagram @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA

Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment