Saturday, 12 September 2015

9 Jenis Alahan Pelik Yang Kita Sendiri Tak Tahu. #5 dan #7 Jaga-jaga Ye!

Leave a Comment
Pernah tak tengok filem lakonan Jennifer Lopez dalam Monster-in-Law di mana dia mengalami alahan pada kacang? Dalam filem tersebut, lepas dia makan kacang tanpa dia sedari, tiba-tiba lidahnya jadi keras dan bibirnya bertukar bengkak teruk. Siapa yang pernah tengok mesti teringat scene tu kan? Seperti yang kita tahu ramai yang mengalami alahan pada makanan dan menganggap ianya terlalu common, di sini saya sertakan 9 jenis alahan pelik yang lain yang kita sendiri tak tahu.


1. Alahan Kepada Air

Walaupun air terdapat di mana-mana termasuklah dalam tubuh badan kita, tetapi percaya atau tidak ada yang alah kepadanya. Aquagenic urticaria adalah suatu keadaan yang jarang berlaku di mana seseorang yang mengalami alahan kepada air pada sebarang suhu boleh menyebabkan kegatalan yang teruk dan ruam menyakitkan. Selalunya ianya terjadi selepas pesakit mandi, berenang ataupun terkena hujan. Alahan ini masih tidak ada penawar.

2. Alahan Kepada Kasut 

Ada juga yang alah kepada kasut. Dan kebanyakan penghidapnya adalah wanita! Keradangan dan kulit tumit merekah hanya beberapa gejala yang disebabkan oleh pelekat dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kasut. Manakala peluh boleh membuatkan alahan ini menjadi lebih teruk. Penghidapnya disarankan memakai stoking.

3. Alahan Kepada Senaman 

Walaupun ia kedengaran seperti alasan yang baik untuk mengelakkan aktiviti fizikal namun jangan menganggap mereka ini saja cari alasan. Biasanya si penghidap alahan jenis ini akan mengalami ruam, masalah gastrousus dan anaphylaxis. Hanya antihistamin yang dapat membantu dan pesakit perlu menahan diri daripada membuat sebarang senaman.

4. Alahan Dengan Cuaca Panas 

Alahan ini adalah tindak balas imunisasi tubuh terhadap cahaya matahari. Biasanya menyebabkan kegatalan, sakit kepala kuat dan loya. Boleh menyebabkan lepuh dan pendarahan  di bawah kulit. Dalam kes-kes paling teruk, seseorang perlu terdedah kepada cahaya matahari dan menggunakan perlindungan.

5. Alahan Dengan Seluar Dalam 

Selain kasut, seluar juga mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan reaksi alahan berlaku. Semuanya kerana kehadiran lateks atau susu getah. Jadi anda perlu memilih barangan yang tidak melibatkan penggunaan lateks dalam pembuatannya termasuklah seluar dalam dan juga kasut anda.

6. Alahan Dengan Barang Elektronik 

Zaman serba canggih kini pasti menyukarkan sesiapa sahaja untuk mengelak daripada menggunakan barangan elektronik. Lihat sahaja sekeliling anda teknologi skrin rata, telefon dan wifi. Namun ada yang terpaksa mengelakkan diri dari barang-barang ini.

Sekiranya tidak, gejala yang teruk akan berlaku kerana ada yang alah elektromagnet dan biasanya pada barangan elektrik. Justeru itu, tidak mustahil rumah mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit dan ketuhar gelombang mikro dan sebagainya.

7. Alahan Cium?

Ya. Perkara ini boleh terjadi lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu alah pada kacang. Mereka boleh mati mengejut bila bercium dengan pasangannya yang makan kacang sebelum berciuman. Jadi sekiranya anda mengalami alahan sebegini, komunikasi adalah sangat penting! Beritahu pada pasangan anda mengenai alahan ini.


9 Jenis Alahan Pelik Yang Kita Sendiri Tak Tahu

8. Alahan Dengan Coklat 

Makanan ini ada peminatnya yang tersendiri. Ada sesetengah orang tidak boleh hidup tanpanya kerana terlalu gilakan coklat dan ada yang tidak akan mampu hidup bersama dengan makanan ini kerana alah pada coklat. Gejala alahan yang datang dari coklat boleh menyebabkan sakit kepala, ruam, sesak nafas. Puncanya mungkin daripada soya, susu dan koko.

9. Alahan Pada Getaran 

Alahan jenis ini memang begitu luar biasa, reaksi alahan kepada getaran. Sebaik terdedah kepada getaran dari jentera umpamanya kereta, simptom urtikaria akan berlaku. Puncanya adalah sistem imun tubuh tersalah tafsir ancaman pada tubuh dan membebaskan histamina. Kesannya tubuh berbekas, ruam dan lain-lain bentuk kerengsaan kulit terjadi dalam masa lima minit dan berterusan selama beberapa jam (atau sehari dalam kes-kes melampau). Alahan boleh dirawat dengan antihistamina, kortikosteroid dan losen kalamina.

Macam-macam jenis alahan rupanya. Kadang-kala alahan ini sangat berbahaya jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan cuba jauhkan dari makanan atau apa saja yang boleh menyebabkan alahan kita menjadi lebih teruk. Pastikan anda ambil sentiasa Vitamin C untuk sistem imunisasi.

Anda juga meminati: 
- Fakta: 20 Masalah Orang Kidal Terpaksa Hadapi Setiap Hari
Senarai Makanan Berangin Yang Perlu Kita Elakkan 

----------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Shah Alam
Like: Facebook  Follow: Instagram @_lovingcare
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment