Wednesday, 30 September 2015

24 Ciri-ciri Ibu Saudara Mithali Yang Disayangi Oleh Anak Saudara

Leave a Comment
Mungkin ramai yang dah ada anak saudara kan? Jika ya, boleh baca 24 ciri-ciri ibu saudara mithali yang disayangi oleh anak saudara kita. Senarai ini berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibu saudara yang pernah tinggal bersama dengan dua orang anak saudara saya yang comel itu.



Seringkali kita dengar ibu mithali atau ayah mithali tapi tak pernah pun dengar ibu saudara atau ayah saudara mithali. Jadi di sini saya nak share 24 ciri-ciri ibu saudara mithali (ayah saudara nak pun boleh), penyayang, amat disayangi dan mangsa buli oleh anak saudara.

1. Makan

Makan bersama sudah menjadi rutin harian. Bila ibu dan anak saudara makan bersama, mulalah nak bergosip atau anak saudara bercerita pasal apa yang berlaku di sekolah dan excited bercerita, makanan di pinggan penuh lagi tu.


2. Bahan Eksperimen

Lekat sticker kat muka, tangan, baju kita. Kat stering kereta pun ada! Punggah toys dan letak atas vitamin Shaklee dah biasa dah. Kuku kena cat dengan magic pen dan paling teruk muka jadi bahan eksperimen untuk makeup. Kalau pakai MAC syok juga, ini pakai crayon dan pensel warna.



3. Tidur

Jika ibu bapa mereka terpaksa outstation ataupun ada hal yang perlu tinggalkan anak mereka bermalam dengan kita, lama-kelamaan mereka mula biasa tidur dengan kita. Bagi yang masih menyusukan mungkin sedikit sukar tapi bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas tidak akan menjadi sebarang masalah cumanya kita mungkin jadi bantal peluk mereka sepanjang malam. Redha ajelah.

4. Jalan-jalan / Shopping

Tak kira ke mana sahaja kita pergi sama ada beli baju ke, buku ke, mainan ke yang penting anak saudara enjoy kalau keluar window shopping atau shopping berdua dengan ibu saudara. Selalunya kita akan jadi mangsa 'pau' mereka tapi yang hairannya kita pun rela keluarkan duit asalkan mereka happy.



5. Melayan Kerenah 

Bab yang ini tak perlu tulis panjang, tengok gambar pun dah faham sangat hahaha 


6. Nyanyi Lagu Lirik Sendiri

Tipu kalau semua orang tak pernah buat kan? Lebih-lebih lagi masa zaman kecil dulu. Memang lumrah setiap budak kecil, nyanyi bersungguh-sungguh siap berirama lagi tapi lirik memang ke laut dan kebanyakannya lagu yang dicipta sendiri. Kita? Layan kan aje

7. Solat Dan Mengaji

Selain ibu bapa, kita sebagai ibu saudara juga perlu menjadi contoh terbaik kepada anak saudara kita. Bayangkan kalau anak saudara kita belajar solat di tadika ataupun sekolah tetapi apabila di rumah kita sendiri tak solat.
  


8. Sense of Humor

Adalah menjadi kewajipan ibu saudara perlu ada sense of humor, walaupun lawak tak menjadi tapi ketawa je. Kalau kita ketawa, mereka mesti ketawa walaupun mereka tak faham langsung apa yang lawak sangat sebenarnya.


9. Marah Seperti Seorang Ibu

Tip kalau anak saudara kita buat sesuatu contohnya menjerit, mengamuk atau apa-apa yang menimbulkan kekecohan dan kemarahan, cuba angkat jari telunjuk sambil besarkan mata dan buat mimik muka yang penuh garang. Pandang tepat pada mata mereka, nescaya mereka akan menangis dan tahu kesalahan mereka. Jangan tinggikan suara.

10. Chauffeur

Hantar sekolah, ambil dari sekolah, bawa jalan-jalan, teman pergi beli nasi lemak, pergi kenduri, semua ini dah cukup layak untuk kita digelar chauffeur (pemandu peribadi) kepada mereka.


11. Melayan Tantrum

Tantrum boleh berlaku di mana-mana ataupun bila saja jika kemahuan mereka tidak kita tunaikan. Kita kena banyak sabar dan cuba berbisik secara perlahan kenapa kita tak boleh beri apa yang mereka nak ataupun ugut secara kiasan kalau dia berterusan mengamuk terutamanya di tempat awam. Amaran: Jangan kita tantrum sekali sudah, hodoh sungguh LOL

12. Mandi & Pakaikan Baju

Kalau boleh semua toys nak bawa masuk dalam bilk air, siap buat buih-buih besar lagi. Habis basah kuyup baju kita lepas mandikan mereka. Pakaikan pampers, baju, seluar dan semua jenis pakaian.

13. Movie Date

Kepada ibu saudara yang single, masturdating memang menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi kalau kawan mereka semua telah berkahwin ataupun ada komitmen lain. Jadi untuk mengelakkan bosan going out alone, maka anak saudaralah menjadi teman setia. Kalau ada movie terbaru, Cinderella ke, Jurassic World ke, Minions ke kita yang dulu excited nak beli tiket untuk tonton bersama anak saudara.

Tip: Cuba pergi bersama dengan ibu bapa mereka dahulu jadi anda akan tahu sama ada dia behave dalam panggung ataupun jenis suka menjerit atau berlari dalam panggung.

14. Membebel

Jika hubungan dah terlebih akrab, membebel adalah perkara biasa. Sama ada kita yang membebel ataupun anak saudara kita yang membebel.

15. Pendengar Setia

Tahukah anda, ada sesetengah perkara anak saudara kita suka share dengan kita lebih dari ibu bapa mereka sendiri? Melayan bersembang sambil melukis, mewarna, tengok youtube bersama memang menjadi kebiasaan bagi ibu saudara mithali. Seronok bercerita jika dapat toys baru atau apa yang mereka belajar di tadika/sekolah.

16. Aktiviti DIY

Budak zaman sekarang sebenarnya sama juga dengan zaman kita dulu cumanya sekarang mereka lebih advance. Tengok diy di Youtube dan memujuk kita untuk turut buat sama.






17. Hadiah

Selain toys, bila kita masuk MPH, Kino, Borders atau kedai buku lain terus pergi section buku kanak-kanak. Walaupun buku kanak-kanak zaman sekarang agak mahal, tetap berbaloi kerana sayangnya kita pada mereka. Lagipun kalau beli buku lebih baik dari beri hadiah lain, kan?

18. Bedtime Story

Bila ada buku baru, kitalah jadi watak utama, watak sampingan atau narrator berdasarkan kisah buku cerita tersebut. Kalau beli buku Upin Ipin, terpaksalah haluskan suara jika part Upin Ipin dan ikut slang bangsa lain seperti Jarjit dan Mei Mei.

19. Selfie

Penuh gambar selfie dalam handphone dan kebanyakannya ber-selfie di dalam kereta. We're living in the age of the selfie. So it's about time you learn how to take a really, really good one.


20. Tak Geli Basuh Poopoo

Bab yang ini mesti ramai orang fail kan? Bila selfie bukan main lagi tapi bila anak saudara tiba-tiba keluarkan bom atom, mula lah tutup hidung dan lari kalau boleh jauh nun 400m. Tak rela, bukan anak sendiri katanya. Bagi ibu saudara yang penyayang dan amat menyayangi anak saudaranya, mereka akan slumber pergi bawa mereka ke bilik air dan mula basuh walaupun baunya menusuk kalbu haha nanti bila dah ada anak sendiri senang. Practice makes perfect.

21. Rindu

Baru berjauhan sikit dah mula rindu. Terasa nak bersembang on the phone, facetime ataupun suruh ibu mereka share video gelagat mereka untuk melepaskan rindu.

22. Post Di Laman Sosial

Setiap gambar, aktiviti anak saudara nak dikongsikan di laman sosial lebih dari gambar sendiri. Semua nak post di Facebook, IG, Twitter dan sebagainya. Kalau ada di kalangan kawan yang tengah bercerita mengenai anak mereka, kita mula menyampuk dan share cerita yang sama cuma yang berbezanya kita bercerita mengenai anak saudara. #kisahmakmak #makanaksatu

23. Peneman Setia 

Merekalah yang sentiasa menemani kita ke mana sahaja kita pergi ataupun mereka orang pertama yang nak ikut secara sukarela. Teman pergi kedai runcit, teman pergi keduri kahwin. Contohnya si kakak teman ibu cha untuk cod vitamin Shaklee kepada customer sambil gelak ngekek tengok ipad.



24. My Aunt is My BFF

Terasa anak saudara kita seperti BFF dan BFtilljannah kerana banyak luangkan masa bersama, melayan kerenah mereka, suka menyakat mereka dan membuatkan mereka marah sampai menangis hihi Rasa sehari tak complete kalau tak bersembang dengan mereka.



Dah baca ciri-ciri di atas? Ada tak antara ciri-ciri tersebut? Jika ada, tahniah kerana anda juga merupakan ibu mithali!

ps: Sebarang gambar di entry ini tidak boleh di ambil dan guna tanpa kebenaran penulis dan pemilik blog. 


MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Port Klang / Klang / Shah Alam
Like: Facebook  Follow: Instagram @lovingcarehealthylife
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment