Saturday, 15 August 2015

Bahaya Kandungan Luar Rahim Yang Boleh Mengancam Nyawa Ibu

Leave a Comment
Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya iaitu kehamilan ektopik terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus. Kandungan luar rahim ini boleh mengancam nyawa si ibu kerana berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak.



Namun, berapa ramaikah wanita diluar sana mengambil serius dan sedar tentang risiko bahaya masalah ini?

Kandungan luar rahim berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya, dalam kebanyak kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam salur fallopio atau kilang telur (ovari).

Kadangkalah terdapat juga keadaan telur tersebut melekat dalam ruang abdomen. Kehamilan jenis ini memerlukan rawatan perubatan segera. Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar. Besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut. Bila ia terjadi, maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut.

Siapa Yang Berisiko?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko seperti ini:

  • Pernah mempunyai sejarah mengalami kandungan luar rahim.
  • Berumur 35 tahun ke atas. Risiko hamil di luar rahim meningkat apabila umur semakin bertambah.
  • Mengandung dengan alat IUD di dalam rahim sebagai pencegah kehamilan.
  • Mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IUI
  • Mempunyai masalah kesuburan.
  • Mengandung setelah mempunyai sejarah pembedahan mengikat saluran peranakan (Bilateral tubal ligation)
  • Endomestriosis
  • Jika pernah menjalani pembedahan di bahagian abdomen dan pelvis.

Simpton Luar Rahim

Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukan tanda atau gejalanya pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan. Jika anda hamil dan mempunyai tanda dan gejla berikut, segera berjumpa dengan doktor:
  • Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut
  • Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap dari biasa
  • Sakit hujung bahu (yang disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen)
  • Kadang-kala cirit birit atau sakit ketika membuang air besar.

Apakah Punca Kandungan Luar Rahim?

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan mempunyai risiko lebih tinggi untk berlaku kandungan luar rahim dan juga bagi wanita yan mempunyai sejarah pernah menghidap inflamasi pada bahagian pelviks. Ini kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan salur fallopio. Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk melalui salur fallopio dan terus ke uterus.

Risiko Kepada Penghidap

  • Jika tiub-tiub fallopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.
  • Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.
  • Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku.
Masalah kandungan luar rahim adalah satu komplikasi kehamilan yang boleh mengancam nyawa ibu dan boleh membawa maut jika lambat mendapat rawatan. Jadi pengesanan awal adalah amat penting. 

Adalah disarankan semua wanita apabila disahkan hamil agar menjalani ujian imbasan ultrabunyi (scan) seawal yang mungkin untuk mengenalpasti keadaan kandungan tersebut samada normal ataupun luar rahim. Lebih-lebih lagi sekiranya wanita berkenaan mengalami pendarahan walaupun sedikit dan sakit pada perut. 

Scan pada peringkat awal kehamilan terutamanya dalam tempoh 5 hingga 7 minggu pertama amat penting terutama untuk wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kehamilan luar rahim seperti wanita yang hamil melalui proses rawatan kesuburan, wanita yang pernah ada sejarah kandungan luar rahim atau mereka yang pernah menjalani sebarang penbedahan pada fallopian tiub sebelum ini dan sebagainya. - Sumber, Majalah Rapi 

Dari segi rawatan, jika keadaan ini dapat dikesan awal, rawatan konservatif boleh dilaksanankan tetapi dengan syarat mendapat pemantauan yang ketat oleh doktor pakar. 

Tetapi sekiranya kandungan luar rahim dikesan pada peringkat lambat iaitu bila ianya sudah pecah dan berlaku pendarahan, cara rawatan yang paling berkesan adalah dengan pembedahan. Kebanyakan kandungan luar rahim pecah apabila mencapai umur kandungan 7 hingga 8 minggu. Namun begitu, ada juga yang pecah lebih awal. Itulah sebabnya ujian ultrabunyi (scan) perlu dilalukan seawal yang mungkin.

Semoga bermanfaat.

Anda juga meminati: 
- Set Kesihatan Ibu Hamil Yang Lengkap
- Ibu Menyusu Yang Bekerja Ini Asyik Letih, Sekarang Tidak Lagi!

----------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Medan Gopeng/Simpang Pulai/Bandar Seri Botani/Tambun
Like: Facebook  Follow: Instagram @lovingcarehealthylife
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment