Saturday, 4 July 2015

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis, Semestinya Datang Lagi

4 comments
Seperti yang kita ketahui, banyak coffee shop, hipster cafe yang ada di sekitar Lembah Klang tetapi kombinasi warna, pencahayaan yang cantik, chill dan persekitaran penuh dengan indoor plants di Rimba & Rusa by Wondermilk berjaya menarik perhatian sesiapa pun yang datang.


Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis
*Klik gambar untuk nampak lebih besar dan jelas

Disebabkan teruja dengan interior Rimba & Rusa di instagram, saya dan adik lelaki saya decide untuk makan malam di sini walaupun dah pukul 9.30pm. Rimba & Rusa tutup pada pukul 11pm dan pada bulan Ramadhan ini, buka hingga pukul 12am.

Bila sampai, tengok dari luar pun dah terbeliak mata. Cantikkkkk sangaaaaaaaat!

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

This two-level Rimba & Rusa memang sangat cantik dan menenangkan. Waktu malam memang tak ramai orang, mungkin juga sebab dah pukul 9.30pm tapi suasana malam lebih romantik dan cosy. Nak makan pun rasa aman damai.

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Rimba & Rusa by Wondermilk @ Sunway Nexis

Owner atau manager cafe sangat friendly dan bila bila kami mula ambil gambar di segenap corner kafe ni, dia siap cakap lagi "Sila..sila." Mungkin sebab semua yang datang sini tak nak lepaskan peluang ambil gambar banyak-banyak hihi

Saya order Ciao Carbonara yang merupakan signature dish Rimba & Rusa manakala adik saya order Aglio Olio. Portion yang banyak dan sedap, memang berbaloi dengan harga. Harga disini tidak dikenakan GST (ehemmm) dan apa-apa charge yang lain.




Kalau anda nak tahu, Mufti Menk Ismail juga pernah datang makan di sini ketika lawatan beliau di Malaysia. Selesai makan, sesi bergambar diteruskan lagi. TIPS: Sila datang malam kalau anda golongan yang shy shy cat untuk bergambar.




Kebetulan pada bulan Ramadhan ini, jika anda ketandusan idea nak berbuka di mana, ataupun lepas tarawih tiba-tiba perut berbunyi menandakan anda perlu moreh, apa kata cuba di Rimba & Rusa. Sepanjang bulan puasa ini, waktu operasi bermula pada pukul 12pm-12am kecuali pada hari Jumaat pada pukul 4pm-12am.


Dengan tagline Everyday is Sunday, memang diakui rasa seperti hari Ahad walaupun datang pada hari biasa. Rimba & Rusa; good food, great service, awesome ambience.. definitely wajib datang lagi!


D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 
Persiaran Surian, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-6151 4022 

Buka: Selasa-Ahad, 8am-11pm (Jumaat, 4pm-11pm) 
Ramadhan: Selasa-Ahad, 12pm-12am (Jumaat, 4pm-12am)
Isnin TUTUP 

Anda juga meminati:
- Resipi Ais Krim Vanilla Oreo Homemade Sedap
- Keunikan JMJ Homestay, Batu Pahat 
----------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Medan Gopeng/Simpang Pulai/Bandar Seri Botani/Tambun
Like: Facebook  Follow: Instagram @lovingcarehealthylife
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

4 comments:

  1. hoo kena bawak abang apeh dolah belanja

    ReplyDelete
  2. Cantiknya interior design cafe ni...tiru untuk rumah boleh gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang nak buat rumah jadi macam ni juga hihi

      Delete