Monday, 6 July 2015

8 Cara Hilangkan Marah Dan Buang Tabiat Emosi Tak Stabil

4 comments
Rasa marah dan emosi tak stabil adalah satu daripada ekspresi perasaan yang normal daripada manusia. Ada yag berpendapat jika rasa marah tidak diluahkan, ia dapat menyebabkan ledakan emosi yang lebih besar dan teruk, seterusnya menjejaskan kesihatan diri dan emosi yang tak stabil.


Perasaan marah yang tak bertempat dan suka melayan perasaan marah sebenarnya menggambarkan diri seseorang itu tidak sihat 100%. Sikap ini kelak akan menyusahkan diri sendiri seperti rasa tidak tenang, tak bahagia dan sebagainya. Seseorang yang tak dapat kawal perasaan ini akan menghadapi masalah besar sama ada di tempat kerja mahupun dalam hubungan peribadi.

Paling takut, ianya boleh mengundang peyakit dalam diri sendiri seperti tekanan darah tinggi, emosi tak stabil dan tekanan perasaan disebabkan rasa yang sentiasa tidak puas hati. Lagipun, tak manis kalau kita asyik marah tak bertempat ni. Mari cuba 8 cara paling baik untuk mengawal rasa marah dan buang tabiat emosi tak bertempat ini:

1. Tarik Nafas Dalam-dalam 

Cara ini amat baik dan bermanfaat agar saraf vagus iaitu salah satu saraf yang berada di otak dapat menyampaikan isyarat ke tubuh anda untuk membuatkan otot lebih relaks. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan menyebabkan emosi anda tidak stabil, maka segera tarik nafas dalam-dalam.

Tarik nafas dalam secara perlahan-lahan sehingga kiraan 4 menggunakan hidung, tahan nafas dalam kiraan 2 dan hembuskan nafas perlahan-lahan dalam kiraan 4 menggunakan mulut. Bagi yang beragama Islam, gunakan kaedah zikrullah seperti istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan sebagainya. Zikir yang paling utama ialah La ilaaha illallah. 


2. Meditasi 


Setelah menarik nafas dalam-dalam, cuba pula untuk bermeditasi. Meditasi akan membuat anda lebih tenang serta mampu memproses emosi yang sedang anda hadapi. Proses yang berlaku ketika dalam keadaan meditasi ini adalah proses menyalin dan membuatkan diri dapat berfikir dengan waras dan tenang. Seterusnya dapat membuang perasaan marah yang sedang membuak-buak.

3. Kata-kata Positif


Ini adalah salah satu cara yang amat baik dan berkesan. Bercakaplah perkara yang positif dengan diri sendiri apabila emosi terganggu dan perasaan marah sedang cuba menguasai diri. Mereka yang mampu melakukannya adalah hebat kerana dapat mengawal perasaan sendiri. Ini kerana kata-kata dan perbuatan yang terjadi ketika marah menunjukkan sisi buruk diri sendiri. Kata-kata positif pada diri sendiri boleh mengawal tekanan darah yang sedang berlaku saat diri marah seterusnya mengelakkan tekanan emosi.

4. Buat Aktiviti Outdoor


Melakukan aktiviti outdoor sebenarnya mampu memberikan jalan keluar bagi emosi anda terutamanya jika anda tidak dapat mengawal marah sendiri. Melakukan kegiatan fizikal seperti berlari, jogging, rock climbing, hiking ataupun yoga akan distract perasaan marah dan membawa ketenangan pada diri.

5. Mendengar Muzik 


Salah satu cara terbaik dan paling mudah untuk meredakan emosi dan marah ialah mendengar lagu kegemaran terutamanya yang slow dan menenangkan jiwa. Tahukah anda kalau kita dengar muzik yang slow ketika dalam keadaan marah dapat menstabilkan denyutan jantung dan nadi kepada paras normal.

Contoh muzik perlahan dan memenangkan di Youtube ialah: Relaxdaily / SamYungOfficial

6. Berdamai Dengan Diri Sendiri 


Cara berdamai dengan diri sendiri akan membuatkan hati lebih tenang. Fikirkan baik buruk di kemudian hari dan menyelesaikannya dalam keadaan yang tenang. Saat berdamai dengan diri sendiri inilah anda akan dapat melihat sebenarnya itu adalah perasaan negatif yang dapat memberikan kesulitan kepada emosi dan perasaan.

7. Makanan Redakan Marah 


Ada sesetengah orang yang jika marah atau stress, dia lebih suka makan. Dengar macam lawak tapi itulah kebenarannya. Jadi disini terdapat beberapa jenis makanan yang dapat redakan marah.

  • Pisang: Sumber tripton yang terdapat dalam sebiji pisang dikatakan mampu meningkatkan kadar serotonin dalam tubuh. Dikatakan serotonin ini mampu menstabilkan emosi dan perasaan seseorang. 
  • Badam: Badam mengandungi asid amino triptofan sehingga menjadi makanan yang dapat meredakan marah. Triptofan masuk ke otak dengan cepat dan tahap serotonin meningkat sehingga dapat membuang rasa ingin marah. 
  • Keju: Keju adalah sumber yang kaya protein, asid amino dan juga karbohidrat. Kandungan keju ini membantu meningkatkan mood dan menghilangkan sifat mudah tersinggung dan mudah marah. 
Anda juga meminati: 7 Jenis Makanan Elak Stress

8. Hilangkan Marah Cara Rasulullah 

Sebagai manusia biasa, Rasulullah juga berasa marah. Namun Rasulullan tidak pernah menunjukkan kemarahan itu dengan lidah atau perbuatannya. Apabila Baginda marah, para sahabat mengetahunya dengan melihat wajah Baginda berubah menjadi merah dan peluh menitis di dahinya. Baginda juga akan senyap untuk seketika bagi mengawal rasa marahnya. - Shafiqolbu

Rasulullah menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; 
Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.

Jadi setiap kali kita mula rasa hendak marah, haruslah kita ucapkan,


ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

"Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung"


Semoga bermanfaat :)

Lagi tips menarik:
Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah
- 8 Jenis Makanan Sahur Dan Berbuka Yang Sihat Bertenaga
----------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

4 comments: