Thursday, 2 July 2015

10 Tips Mudah 'Quality Time' Bersama Keluarga. #4 Paling Seronok

1 comment
Ibu bapa selalu sibuk dengan kerja, begitu juga anak-anak dengan hal aktiviti persekolahan mereka. Disebabkan masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri, amat sukar untuk ahli keluarga meluangkan masa berkualiti bersama dek kesibukan kerja sepanjang masa. Adapun hanyalah sekali sekala masa terluang pada waktu malam ketika menikmati hidangan makan malam bersama.


Bagaimana untuk anda mewujudkan ‘quality time’ jika jadual sesibuk ini? Mari ikuti 10 tips mudah ini yang boleh membantu anda luangkan masa berkualiti bersama keluarga sekaligus membuatkan hubungan kekeluargaan sentiasa rapat.

1. Sarapan Bersama


Cuba untuk bangun lebih awal dan bersarapan bersama. Anda tidak perlu menyediakan sarapan yang berat. Cukup hanya menyediakan sandwich, susu, bijiran dan jus. Dengan hanya sedikit masa untuk menyediakannya, anda boleh berkumpul bersama keluarga.

2. Kurangkan Menonton TV Seorang Diri

Menurut tinjauan Nielsen dari Amerika Syarikat, seseorang boleh menghabiskan masa selama 154jam sebulan untuk menonton televisyen. Jadi, jika ingin lebih dekat bersama keluarga, cubalah kurangkan waktu menonton televisyen dan banyakkan masa berbual bersama pasangan dan anak-anak.

3. Sediakan Kalendar

Sediakan calendar di pintu peti ais, almari atau tempat yang mudah dilihat oleh ahli keluarga. Tulislah rancangan atau aktiviti yang ingin anda lakukan bersama keluarga. Contohnya, makan malam di restoran, menonton wayang atau melawat nenek di kampung. Cara ini membolehkan setiap ahli keluarga mengosongkan jadual untuk bersama-sama.

4. Waktu Terbaik Hujung Minggu


Hujung minggu adalah masa untuk anda berehat dan mempersiapkan diri dengan pekerjaan yang bakal dilakukan pada minggu berikutnya. Jadi, cubalah persiapkan lebih awal sedikit dan masa selebihnya anda boleh gunakan untuk berkumpul bersama keluarga dengan melakukan aktiviti seperti bermain mainan indoor.

5. Waktu Berkualiti


Sukar untuk anda merangka waktu bersma pasangan dan anak-anak kerana kesibukan kerj sepanjang tahun. Namun, anda masih boleh mencuba untuk melakukan aktiviti yang produktif dan berkualiti bersama. Contohnya, bermain bowling, mengajak bersama dalam majlis-majlis keraian, berkelah di pantai, aktiviti outdoor dengan berbasikal bersama dan sebagainya.

6. Bersahaja & Fleksibel

Jangan buang kotak di rumah, lakukan sesuatu yang kreatif bersama anak anda
Merancang untuk bercuti bersama memang menyeronokkan. Tetapi, bayangkan jika rancangan itu tergendala dan hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. Anda boleh lakukan aktiviti bersahaja dengan cara berkumpul dan membuat sesuatu yang kreatif. Ini juga boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan.

7. Memaafkan

Jangan berdendam terutamanya dalam keluarga anda. Pastikan hubungan keluarga sentiasa sihat dan boleh menerima kesalahan dan memaafkan dengan cepat.

9. Kerjasama

Kerjasama keluarga amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saling menerima pendapat dapat menyelesaikan masalah.

8. Saling Mengasihi

Comel David Beckham cium anak perempuannya, Harper. So sweet! 
Kadang kala amat sukar untuk anda uahkan rasa kasih sayang dengan memeluk dan mencium antara satu sama lain. Sebenarnya inilah yang perlu dilakukan untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara keluarga.

10. Anggap Kawan

Anggaplah ahli keluarga anda seperti kawan baik. Berkongsi cerita dan lakukan perkara yang menyenangkan seperti anda lakukan dengan kawan-kawan anda.

******

Dengan adanya quality time ini, hubungan anda dan keluarga terus terjalin dan rapat. Zaman serba moden sekarang asyik berkepit dengan gadget masing-masing, jadi dengan adanya tips mudah luangkan masa berkualiti bersama keluarga ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan lebih membahagiakan, perkara ini perlu ada dalam diri anda.

No more gadget, ok? 
Anda juga meminati:
7 Jenis Makanan Elak Stress
- Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah

----------------

MELISSA JALIL  ID: 869130 
WhatsApp/Sms: +6012-4008447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Medan Gopeng/Simpang Pulai/Bandar Seri Botani/Tambun
Like: Facebook  Follow: Instagram @lovingcarehealthylife
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment:

  1. Setuju.. tapi family malaysia ni bab2 mcm ni payah nk follow..klo mat salleh tu diorg ni sampai ke tua rapat..terbalik sudah

    ReplyDelete