Monday, 22 June 2015

8 Jenis Makanan Buka Puasa Dan Sahur Yang Sihat Bertenaga

2 comments
Makanan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa, tambahan pula pada bulan puasa. Ini penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku, pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.


Para penyelidik dalam perubatan telah membuktikan bahawa puasa mampu membuang toksik dalam badan sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.

Beberapa disiplin diet iaitu 8 jenis makanan buka puasa serta sahur yang sihat dan bertenaga dan tips kesihatan sempena Ramadhan disediakan untuk rujukan dan kita boleh supaya tahap kesihatan sentiasa terjamin.

1. Bijirin

Bijirin yang mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi di sini adalah beras merah dan gandum. Setiap kandungannya mengandungi hanya 38 mg karbohidrat dan sangat baik untuk anda berpuasa di samping berdiet.

2. Kentang

Kentang merupakan sejenis makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dalam bentuk pati. Selain itu, kentang memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan memiliki serat yang tinggi.

3. Roti Gandum

Sepotong roti gandum mengandungi 20 gram karbohidrat. Selain itu roti gandum mengandungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk metabolisme tubuh. Kurangkan pengambilan roti putih yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

4. Oat

Kandungan karbohidrat kompleksnya mencapai 98%. Selain itu oat juga mengandungi serat, protein, vitamin B dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.

5. Putih Telur

Selain mengandungi protein, putih telur juga memiliki kandungan karbohidrat tinggi, robiflavin dan rendah lemak. Mengambil putih telur akan membuatkan anda tidak mudah merasa lapar.

6. Sayuran Hijau

Sayuran hijau selain kaya dengan karbohidrat, ia juga memiliki kandungan serat tinggi yang sangat baik bagi melancarkan pencernaan.

7. Buah-buahan Segar

  • Pisang: Selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat. 
  • Berry: Terdapat pelbagai buah di dalam keluarga Berry iaitu strawberry, blueberry dan blackberry. Buah berry selain memiliki kandungan karbohidrat kompleks, juga mengandungi antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas. 
  • Tembikai: Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus. 
Pisang dan buah berry merupakan buah terbaik untuk buka puasa dan sahur
(Foto dari Simly Recipes)

8. Buah Yang Dikeringkan

  • Buah kering boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut setelah anda selesai berbuka puasa dan sahur. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi dan plum. 
  • Kurma kaya dengan potasium dan beberapa zat galian yang lain. Potasium adalah elektrolit yang akan seimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan. 
  • Berbuka: 3 biji buah kurma, 1/2 cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau 1/2 cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
  • Makan Malam: 1/2 cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan sebiji buah. 
  • Moreh (Makan Lewat Malam): Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan. 
  • 1 1/2 cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, 1/2 cawan sup sayur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong atau 1 gelas susu rendah lemak
  • 1 cawan bijiran sarapan dengan 1/2 gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong. 

Semoga Bermanfaat! 
---------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card?
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @lissajalilcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Thanks admin for the share. Bnyk i belajar dri blog u kali ni. thnka ya. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete