Tuesday, 19 May 2015

Pengalaman Menarik Sewa JMJ Homestay Di Batu Pahat, Johor.

Leave a Comment
Hari Sabtu lepas saya ke selatan untuk menghadiri Kelas Melaka Hebat di Ayer Keroh, Melaka. Selepas selesai kelas tersebut, saya sekeluarga teruskan misi JJMC di Parit Raja dan Batu Pahat, Johor. Excited betul sebab dah 4 tahun tak 'cium bau' Parit Raja. Macam biasa, pilihan saya tetap bermalam di homestay. Kami decide untuk tinggal di JMJ Homestay Batu Pahat atas saranan kawan baik saya, Sabrina.

[Disclaimer]
Saya BUKAN OWNER JMJ Homestay, Sila jangan hubungi saya untuk tempahan ya! 



Dah lama plan nak ke Batu Pahat, sebab mengidam bakso sedap di Parit Raja Darat. Student atau ex-student UTHM mesti tahu, kan? Sedap dan tak boleh celen kat mana-mana. Senang je kalau dari highway, exit Yong Peng dan lebih kurang 20km akan sampai.

First impression bila tengok luaran rumah memang nampak biasa tapi lepas masuk dalam JMJ Homestay, rasa macam dalam rumah sendiri. Owner tunjukkan sekitar homestay dan kebetulan dia tinggal bersebelahan dengan homestay kami so memang tak ada masalah kalau nak terus jumpa owner.

Jom kita tengok apa yang best JMJ Homestay ni.

Bahagian Luar
Bahagian depan homestay
Bersebelahan dengan Wet World Batu Pahat, boleh lah mandi manda

Bahagian Dalam 
Ruang Tamu 
Ruang tamu (model baru bangun tidur hehe)
Air cond dan kipas disediakan di ruang tamu dan ruang menonton

Ruang Rehat/Menonton

Ruang rehat bersama keluarga. Majoriti semua channel astro ada! 
Pelbagai jenis novel disediakan. Kalau yang kaki novel tu mesti seronok habis
Ruang Makan
Ruang makan disinari cahaya matahari gitu
Angle dari ruang makan (nampak tak air cond?)
Air mineral disediakan untuk penyewa
Dapur
Bilik air dan jamban berasingan. Shower terbaik!
Peti ais, mesin basuh dan tempat memasak disediakan 
Bilik Tidur Utama & Kedua
Bilik tidur utama (please excuse anak saudara I tengah tidur tu)
Bilik tidur utama dilengkapi dengan air cond
Bilik kedua pun ada air cond!
Belakang JMJ Homestay ada angsa, itik dan ayam. Memang tak ada masalah kalau nak bangun pagi sebab ayam dah berkokok suruh kita bangun. Owner siap jemput tengok ikan yang dibela dan arnab yang sungguh comel dan montel. Memang peramah dan best sungguh keluarga owner JMJ Homestay. First time jumpa owner homestay yang peramah macam ni.

Belakang homestay ada ayam, itik, angsa. Syok kan?

Antara kelengkapan yang disediakan: 
- TV dan astro dengan pelbagai channel, HBO, FOX pun ada tau
- Mesin Basuh
- Peti Ais
- Tempat Memasak
- Pinggan mangkuk
- Air cond dan kipas disediakan di ruang tamu dan ruang rehat
- Dua bilik tidur, dilengkapi dengan air cond, sejadah dan telekung (bagi penyewa muslim)
- Tempat parking boleh muat dua kenderaan
- Ampaian baju

Keistimewaan lain: 
- Berdekatan bandar, sesuai sangat kalau nak pekena nasi beriyani legend di Peserai
- Stesen minyak, 7E, shopping mall semuanya berhampiran dengan homestay
- Lokasi sangat strategi dan bersebelahan dengan Wet World Theme Park, Batu Pahat
- 20km ke Parit Raja (sight seeing UTHM dan berbaloi pergi makan bakso Parit Raja Darat)
- Exit highway Yong Peng (U)
- Nyaman, suasana damai. Owner peramah, cool dan baik hati



Lokasi JMJ Homestay

Coordinate GPS JMJ Homestay Batu Pahat
Alamat JMJ Homestay: 
No.1, Jalan Kemat
Taman Tasik Merdeka
83000 Batu Pahat, Johor 

Telefon: 
013 730 1616 atau 019 759 2150

Harga: *RM160/malam

Secara jujurnya kami sekeluarga bila sampai rumah, dah mula rindu homestay ni. 

Insha Allah kalau nanti nak food hunt lagi especially bakso kegemaran, semestinya WAJIB tidur di sini. JMJ Homestay Batu Pahat memang highly recommended.  "Feels Like Home" bak kata mat salleh. Kalau bercadang nak bermalam di Batu Pahat, tidur di sini tau. Memang berbaloi!  



Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment