Friday, 8 May 2015

7 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan. #5 Paling Best!

Leave a Comment
Bawang putih adalah bahan asas untuk memasak. Meskipun bersaiz kecil namun khasiat bawang putih untuk kesihatan sangat banyak tau! Tergolong dalam keluarga Alliaceae, bawang putih telah digunakan ribuan tahun dulu sama ada dalam perubatan mahupun masakan. Tapi kita guna bawang putih untuk masak je kan?



Dipercayai bawang putih berasal dari kawasan tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkemnia, Uzbekistan, utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Dulu, ia sejenis tumbuhan liar yang kemudiannya di biak baka penanamannya dan negara pengeluar utama bawang putih di dunia ialah China, India, Rusia dan Amerika Syarikat. 


Sekarang, orang Malaysia pun gemarkan bawang putih. Serba tak lengkap kalau masak tanpa bawang putih, sebab dah jadi bahan asas untuk masak. Tetapi dalam pada kita tak tahu, terdapat banyak khasiat bawang putih untuk kesihatan. Bukan satu, dua ataupun tiga tapi TUJUH

Khasiat Untuk Kesihatan

1. Membantu Kawal Gula Dalam Darah 
Bawang putih sangat bermanfaat untuk mengawal jumlah gula dalam darah. Oleh sebab itulah dikatakan bawang ini sangat sesuai diambil oleh individu yang menderita penyakit kencing manis bagi menyeimbangkan jumlah gula yang diperlukan. 

2. Lancarkan Darah 
Pengaliran darah yang lancar membuatkan tubuh berasa sihat dan bertenaga. Bawang putih bermanfaat membantu melancarkan peredaran darah di samping itu membuka pembuluh darah yang tersumbat

3. Merawat Kulit 
Berdasarkan banyak kajian yang dijalankan, bawang putih memiliki sejenis khasiat anti-radang. Fungsi utamanya adalah untuk melawan jangkitan dan bakteria. Oleh sebab itulah bawang putih sangat berguna untuk mengurangkan jangkitan yang biasa terjadi pada kulit. 

4. Elak Demam
Bawang putih mengandungi agen anti-peradangan. Sekiranya anda demam dan berasa sakit di bahagian tekak maka amalkan mengunyah bawang putih. Cara tersebut mampu memulihkan kembali bahagian yang sakit.
Batuk, sakit tekak, boleh hilang dengan bawang putih


5. Kawal Berat Badan
Bawang putih juga dikatakan berupaya untuk menyekat nafsu makan seseorang. Ia membantu merangsangkan metabolisme hinggakan kalori di dalam tubuh habis dibakar. Hasilnya, berat badan semakin berkurangan dengan cara yang mudah serta efektif. Ehem ehem, terus rasa nak borong bawang putih! 

6. Atasi Keracunan
Bahan antioksida yang terkandung di dalam bawang putih dikatakan berupaya untuk menyingkirkan racun yang terdapat di dalam tubuh. Justeru, amalkan pengambilan bawang putih bagi meneutralkan kembali di dalam badan. 

7. Menyembuhkan Luka
Masyarakat pada zaman dahulu sering menggunakan bawang dalam kaedah perubatan tradisional bagi menyembuhkan luka. Kaedahnya mudah sahaja iaitu dengan menempelkan bawang putih yang telah dihancurkan ke atas luka tersebut sebelum dibalut dengan kain. 

Sejak ramai yang tak gemarkan makan bawang putih begitu sahaja kerana khuatir baunya menusuk hidung orang sekeliling ataupun takut makan banyak bawang putih nanti bau badan, saya ada cadangan lain yang juga amat bagus untuk anda amalkan. 

Batuk?
Jika tekak mula sakit dan tanda-tanda nak batuk tu muncul, saya akan cepat-cepat ambil Garlic Complex ni. Garlic Complex; bawang putih kesukaan saya ini memang sangat membantu melegakan batuk dan sakit tekak. Yelah kan, tak lalu pula nak makan bawang putih mentah-mentah hehe

Khasiat Bawang Putih
Garlic Shaklee sangat bagus dan membantu melegakan batuk
Senang kan? Harga Garlic Complex ini RM47.50 dan mempunyai 60 tablets. Jimat sangat sebab kita tak perlu makan setiap hari. Harganya hanya 80sen setiap tablet! Anda juga tak perlu risau kerana Garlic Complex ini tak mengantuk.


--------------

Sakit tekak dan batuk amat perit sekali, nak pula pada musim panas. Jika anda mengalami masalah sakit tekak dan batuk dan inginkan Garlic Complex kerana keberkesannya dan kebaikannya ternyata untuk melegakan batuk, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan Garlic Complex secara COD ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment