Wednesday, 18 March 2015

Pitam Semasa Hamil? Ikuti Tips Atasi Pitam Paling Senang Ini

2 comments
Menjadi igauan ibu hamil kalau dengar masalah sel darah merah [hemoglobin] atau dikenali hb rendah yang menyebabkan anemia. Pernah tak tengok movie The Breaking Dawn masa Bella tengah mengandung dan mukanya pucat, susut tubuh badan, lemah, tak cukup zat tu? Walaupun dia jadi begitu sebab tak cukup darah, dalam dunia realiti sama sahaja akan terjadi kepada ibu hamil yang boleh menyebabkan pitam ketika hamil.

Bagaimana nak atasi pitam semasa hamil? Teruskan membaca.

pitam semasa hamil
Muka ibu hamil sentiasa pucat lesu

Kenapa Ibu Hamil Boleh Pucat Lesu? Letih Sangat Ke? 

Kadang-kadang kita tengok ibu hamil macam tak bermaya je, muka pucat lesu. Letih sangat ke? Bila ditanya, jawapannya "Saya tak buat kerja banyak pun, tapi muka sentiasa pucat dan letih." Memang menjadi kebiasaan ibu hamil akan letih sebab kandungan semakin membesar tetapi tidak semua ibu akan nampak macam zombie hidup. Bahkan ada dikalangan ibu hamill yang sentiasa vogue dan bertenaga.

Apa kata kita tengok video Puan di bawah ni yang degil tak nak dengar cakap kakaknya walaupun asyik rasa letih memanjang.


Haaa 6 minggu sebelum bersalin pun alami masalah yang sama. Itulah degil lagi kan? Agaknya mesti kakak dia tak berhenti bebel kan hehe Jika anda lihat video atas, banyak benda yang perlu kita jaga sepanjang kehamilan.

Jangan biarkan kedegilan kita menguasai dan akhirnya diri sendiri dan baby dalam kandungan yang jadi mangsa. Ibu hamil perlu sihat dan mendapatkan nutrisi yang secukupnya, begitu juga bayi kerana bayi dalam kandungan dapat nutrisi terus dari ibunya.

Bagaimana Masalah HB Rendah Terjadi? 

Anemia atau kurang darah ialah paras hemoglobin ibu hamil kurang daripada 11gm/dl. Anemia terjadi apabila ibu hamil tidak dapat sumber zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan bayinya. Semasa hamil, para ibu perlu dapatkan lebih zat besi untuk menbantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Jika mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko ibu hamil mengalami anemia. Terdapat ramai ibu mengalami anemia dan ianya adalah perkara biasa yang berlaku semasa kehamilan tetapi kita kena lah ambil langkah berjaga-jaga kan.

Antara Punca Lain: 
  1. Kurang dalam pengambilan makanan kaya zat besi, asid folik dan vitamin B12. 
  2. Thalasemia (penyebab biasa bagi anemia semasa hamil)
  3. Pendarahan berlebihan semasa haid 
  4. Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun) atau kerap keguguran
  5. Kehamilan kembar

Simpton-simpton Kekurangan Zat Besi

Sesak nafas dan letih merupakan perkara biasa terjadi kepada ibu hamil. Disebabkan simpton berikut sama dengan tanda biasa seseorang itu anemia, kemungkinan ibu tak perasan yang dia sebenarnya mengalami anemia. 

Para ibu juga akan selalu letih, mudah mengah dan degupan jantung sangat laju, tidak bermaya, kerap sakit kepala dan pucat lesu termasuk di bahagian kelopak mata dan kuku. Simpton-simpton ini yang menyebabkan ibu mudah pitam kerana kekurangan zat besi sepanjang kehamilan. 

Makanan Yang Mengandungi Zat Besi 


30mg zat besi setiap hari diperlukan oleh ibu hamil. Terdapat juga banyak makanan yang mengandungi sumber yang terbaik yang kaya dengan zat besi. Ibu hamil perlu makan lebih sayur-sayuran hijau, bijian yang kaya dengan zat besi, daging merah tanpa lemak, kismis, prun, kekacang dan kerang.

>> Ibu Menyusu Ini Kembali Bertenaga! Apa Rahsianya? (Klik Sini)


Teringat kisah kawan saya semasa dia hamil, kami sama-sama makan char kuetiaw yang memang popular dengan penuh kerang di dalamnya tu. Memang syok sangat makan sebab tempat tu memang dikenali ramai. Tiba-tiba esoknya kawan saya yang hamil tu MC kerana cirit-birit, bila ditanya dia diberitahu oleh doktor bahawa kemungkinan besar kerang yang ada dalam charkuetiaw itu tidak bersih dan kotor jadi senang untuk ibu hamil mengalami masalah cirit-birit. Aduhai, tengah hamil tambah lagi cirit-birit pula.

Cara Paling Senang Untuk Elak Pitam Semasa Hamil

Sekiranya ibu ke klinik dan didapati mengalami masalah hb rendah dan kurang zat besi, doktor akan sarankan untuk ambil makanan yang kaya dengan zat besi dan juga beliau akan berikan pil zat besi tetapi pil zat besi ini mempunyai kesan sampingan iaitu sembelit. Bayangkan dah la ibu pening tak sedap badan, tambah lagi sembelit. Oh tidak!

Cara terbaik dan paling senang untuk dapatkan sumber zat besi supaya tidak pitam dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan ialah Vitalea. Vitalea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu ambil obimin lagi. Vitalea ni memang kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa hamil.

pitam semasa hamil
Vitalea amat tinggi dengan zat besi dan penting untuk elakkan anemia

Nak lagi cepat penyerapan zat besi, ibu hamil yang comel perlu ambil Vitamin C. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C ialah jambu batu, limau, mangga, tembikai dan betik. Jika ibu bekerja di pejabat ataupun kadang-kadang terlupa nak potong buah, jangan risau kerana ibu boleh ambil Vitamin C terbaik dalam bentuk tablet. Sangat mudah dan senang dibawa ke mana saja.

pitam semasa hamil
Vitamin C memainkan peranan penting dalam penyerapan zat besi

Elak minum teh, kopi dan susu yang akan menganggu penyerapan zat besi.

Jangan Pandang Ringan Kalau HB Rendah, Boleh Bawa Maut!

Pada trimester kedua dan ketiga, bayi anda akan menyerap lebih banyak zat besi dari tubuh badan anda. Disebabkan itu, anda perlu lebih berjaga-jaga pada tempoh ini untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Kesan anemia pada ibu ialah mudah mendapat jangkitan, lemah jantung dan risiko kematian ibu semasa bersalin adalah tinggi.

Bukan itu sahaja, bahaya anemia ini kepada bayi dalam kandugan boleh menyebabkan bayi lahir kurang berat badan, pramatang, bayi boleh mati dalam perut, keguguran serta pembesaran fizikal dan mental bayi terbantut. Bahaya kan?

Untuk mengelakkan dari mengalami hb rendah dan anemia ini, saya amat sarankan para ibu hamil mengambil zat besi yang secukupnya serta vitamin C untuk penyerapan zat besi yang optimum. Tetapi jika para ibu inginkan kesihatan yang menyeluruh dan optimum kepada diri sendiri dan bayi yang disayangi, ibu perlu dapatkan keperluan optimum dan nutrisi yang sangat lengkap iaitu cukup asid folik, kalsium, magnesium, DHA, EPA dan protein secukupnya.


------------------------


Ibu hamil yang mengalami masalah anemia boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan Vitalea dan Vitamin C kerana saya amat sarankan anda ambil keduanya untuk dapatkan nutrisi lengkap ibu hamil yang sentiasa ingin sihat dan cergas. 

COD di Port Klang / Klang / Shah Alam ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Ibu hamil mesti jaga kesihatan dan dpatkan nutrisi yang secukupnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul. Ibu hamil perlu lebih dapatkan nutrisi untuk dirinya sendiri dan baby supaya baby juga cukup keperluan nutrisi untuk membesar dengan sihat.

      Delete