Friday, 27 March 2015

Kuasa Sedekah Hari Jumaat Yang Membuatkan Anda Menangis Syukur

3 comments
Salam Jumaat semua,

Kebetulan hari ini hari Jumaat yang penuh barakah saya akan bercerita tentang kuasa sedekah hari Jumaat yang membuatkan anda sujud syukur. Malah anda akan menangis gembira dengan hikmah memberi dan nikmat yang anda akan terima oleh yang Maha Pemberi Rezeki, Ar-Razzaq tanpa perlu minta dari manusia lain. Cukup sekadar ikhlas bersedekah dan berdoa kepada Allah.



Tahukah anda setiap rezeki yang kita terima, bukan milik kita sepenuhnya? 
Saksikan video ringkas dan padat mengenai DASYATNYA SEDEKAH oleh akak cantik ini


Benarkan? Setiap rezeki yang kita terima, kita perlu berikan sebahagian kepada mereka yang berhak. Magis dan manisnya bersedekah itu anda akan rasai. Kadang-kala Allah akan beri cepat dan kadang-kala Dia beri lambat untuk menguji kesabaran hambanya. 
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat-gandakan bayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu dikembalikan." 
[Al-Baqarah, ayat 245]
Dulu masa zaman belajar, saya ada seorang kawan yang tak pernah kedekut. Dia selalu offer nak belanja atau dia akan cakap "takpe, pakai duit aku dulu." Almaklumlah pada masa tu kita tak berapa nak ada duit, dengan duit pinjaman itu lah yang menanggung kita selama satu semester dan kadang-kadang datang suara biawak, "Dia takpe lah mak ayah ada, kakak ada, family pun senang." Tapi semakin dewasa, baru saya tahu sekalipun kita kekurangan wang, kita tetap kena bersedekah. Dengan bersedekah, Allah akan bagi lipat kali ganda kepada kita.


Apa-apa masalah yang kita hadapi, kita hanya perlu back to basic. Kita perlu sentiasa berprasangka baik dan kuatkan connection antara kita dengan Allah, nescaya rezeki tidak akan disekat.

Saya amat tertarik dengan petikan buku 21 Formula Hidup Luar Biasa oleh Ustaz Asraff Ayob iaitu dalam bab The Power of Sedekah. Sedekah memang memiliki kuasa dan impak besar. Melaluinya, Tuhan mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang luar biasa. Bila kita memberi, kita buat baik pada diri kita sendiri sebenarnya. Balasan dalam bentuk rahmat, maghfirah dan barakahNya dalam kehidupan.

Kisah Benar Hikmah Bersedekah

Terdapat seorang pelajar lelaki yatim piatu ini yang sepatutnya terima pencen tetapi disebabkan hal-hal tertentu, pencennya dibekukan. Dengan penuh harapan walaupun dalam keadaan susah hati, kakaknya ikhlas bersedekah setiap hari dan berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki adiknya yang masih belajar itu. Suatu hari, mereka menerima berita gembira kerana jumlah duit pencen yang si adiknya terima is beyond their expectation. Dengan hanya sedekah seikhlas hati, Allah beri rezeki sekelip mata dan rezeki itu datang bergolek tanpa disangka-sangka.

Kakaknya menangis kesyukuran tanpa henti kerana wang itu dapat menampung adiknya yang masih belajar dan simpanan untuk dia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi nanti.



Rezqi from Allah comes in many forms, financial wealth, health, 'ilm, relationships or perhaps even imaan. Dengan bersedekah juga, Allah akan lapangkan setiap rezeki kita bukan membuatkan anda makin miskin. Sedekah adalah pelaburan bukannya kerugian. Jangan takut untuk 'melabur' kerana pelaburan ini adalah pelaburan terbaik dan nikmatnya anda akan rasai di dunia dan di akhirat.

Antara 5 pelaburan yang terbaik di dunia ialah
5. Pelaburan Emas
4. Pelaburan Saham
3. Pelaburan Hartanah
2. Pelaburan Ilmu
.
.
.
.
1. "Pelaburan" Akhirat: Zakat, Sedekah dan berbakti kepada ibubapa serta keluarga.

Syafaat Sedekah Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan hari yang penuh barakah. Itulah sebabnya Allah menyuruh hambanya untuk lebihkan amalan pada Hari Jumaat yang istimewa ini. Begitu juga dengan bersedekah, kuasa sedekah hari Jumaat adalah bersamaan dengan sedekah pada bulan Ramadhan berbanding pada hari-hari biasa yang lain. Pahala bersedekah berlipat-ganda pada hari Jumaat.


>> Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Kunci kekayaan kita bermula dengan sedekah, sumbangan dan dekatkan diri dengan yang Maha Pemberi Rezeki. Tidak kiralah di mana tahap hidup kita sekarang, jika kita memberi, Insha Allah kita akan menerima lebih banyak. The more you give, the more you get back.. from HIM.

Jika anda ada merasai kekosongan hati, pernah berdoa tapi masih belum diberi jawapan, inginkan sesuatu tetapi wangnya masih tidak mencukupi, maka pancinglah ia dengan bersedekah seikhlas hati.
PASTI, anda akan temui semua apa yang hilang.
PASTI, Tuhan akan cukupkan segala hajat keperluan anda.
PASTI, Tuhan akan datangnya ketenangan ke dalam 'kolam hati' anda. 

Percayalah. 


Salam Sayang,
MELISSA JALIL  


Anda mungkin berminat:
Kebaikan Menderma Darah Baik Untuk Kesihatan


--------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

3 comments:

  1. memang betul, sedekah mmg akan lipat gandakan rezeki kita...sy pun penah alami magis tu...:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah. .benar sekali. .sedekah dapat memadam kemurkaan Allah juga dapat mengerat silatulrahim (ukhwah). .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita juga dapat keluar dari segala masalah dengan bersedekah. Manisnya bersedekah ni Allah saja yang tahu :)

      Delete