Thursday, 19 March 2015

4 Petua Rambut Gugur Teruk Bagi Wanita Elak Botak Bertompok

1 comment
Seperti yang kita ketahui rambut panjang dan berseri memang menjadi kebanggaan setiap wanita. Tapi apabila rambut mula gugur teruk, ia boleh menyebabkan keyakinan diri seorang wanita itu menurun walaupun bertudung sebab rambut kan mahkota wanita. Risau makin menebal bila rambut kerap gugur dan dah terbayang botak macam GI Jane. Oh tidak! Jangan risau kerana terdapat beberapa petua untuk merawat kedua-dua wanita dan juga lelaki yang mengalami rambut gugur.

Rambut adalah satu bahagian penting dan merupakan aset kecantikan bagi seorang wanita dan dengan itu bagi kebanyakan mereka, penjagaan rambut adalah sangat penting. Walau bagaimanapun, keguguran rambut adalah masalah biasa yang menjejaskan ramai wanita dan hampir semua daripada mereka menggunakan kaedah rawatan kimia iaitu seperti tukar kepada syampu jenis lain (tergoda dengan iklan TV) untuk menyelesaikan isu ini.

4 Petua Rambut Gugur Teruk
Siapa tak stress kalau tengok rambut bergumpal kat sikat?

Punca Keguguran Rambut

Banyak faktor boleh membawa kepada keguguran rambut. Berikut adalah beberapa punca rambut gugur dengan teruk: 

Mengandung
 Ketidakseimbangan hormon adalah yang paling biasa di kalangan mereka terutama apabila mengandung. Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih banyak terjadi selepas melahirkan bayi anda.

Tekanan 
Bebanan kerja yang tinggi menggunung serta tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah boleh menyebabkan tekanan dan tekanan adalah satu lagi sebab penting yang membawa kepada keguguran rambut.

Kurang Protein
Berdasarkan kepada American Academy of Dermatology, Jika anda tidak mendapat protein secukupnya dalam diet harian anda, badan anda boleh mengembalikan sumber protein dengan menghentikan proses pertumbuhan rambut. Perkara ini boleh terjadi hingga dua ke tiga bulan selepas kurang pengambilan protein. - sumber

Fizikal Trauma/Kemoterapi
Mana-mana jenis fizikal trauma seperti pembedahan, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk, walaupun selsema boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Ia dikenali sebagai telogen effluvium. Rawatan perubatan tertentu seperti kemoterapi juga menyebabkan pesakit keguguran rambut yang teruk.

Bila rambut suami lagi tebal dari rambut isteri, pelik kan? Selalunya lelaki yang cepat botak. 
Cuba tengok video ini: 


Inilah yang dihadapi oleh Maria, mesti setiap kali basuh rambut ataupun sikat rambut, nampak beberapa helaian rambut kat sikat dan lantai. Bila rambut kerap gugur, lama kelamaan rambut akan kelihatan botak bertompok macam Prince William pula. Muda lagi tapi dah nampak tua sebab botak hmmm... 

4 Petua Mudah Rambut Gugur Teruk 

Salad (lettuce) 
4 Petua Rambut Gugur Teruk

Jus salad berkesan dalam rawatan rambut gugur. Salad mengandungi sebatian yang membantu dalam pertumbuhan rambut. Ambil satu liter air dan masukkan 10-15 daun salad ke dalamnya. Rebus selama lebih kurang 15 minit. Biarkan ia sejuk (suhu bilik). Air rebusan ini kaya dengan nutrien dan boleh diambil setiap pagi selama sebulan. Rambut akan mula tumbuh semula dengan kukuh dan keguguran rambut akan kurang.


Minyak Kelapa
4 Petua Rambut Gugur Teruk

Minyak kelapa telah digunakan selama berabad lamanya untuk merawat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Urut minyak kelapa yang telah ditapis ke kulit kepala anda selama 15 minit setiap hari.

Ini akan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan membuka follicles yang boleh disekat dan menyuburkan mereka. Santan juga boleh digunakan sebagai penyelesaian terbaik untuk kulit kepala yang berminyak dan juga untuk mereka yang mengalami keguguran rambut kerana kelemumur. Tapi ada di antara kita yang tak tahan bau minyak kelapa hehe

Bawang Merah
4 Petua Rambut Gugur Teruk

Bawang mempunyai ciri-ciri antibakteria dan boleh merawat keguguran rambut yang disebabkan oleh jangkitan kulat pada kulit kepala dan mengakibat kehilangan rambut. Potong bawang kepada dua keping dan sapukan pada celah-celah rambut.

Jus bawang boleh diperah dan diurut ke dalam kulit kepala untuk rambut gugur umum. Biarkan ia selama satu jam dan basuh. Lakukan dua kali sehari dan anda akan lihat perubahan rambut yang kuat dan berseri tumbuh kembali.

Tips Dari Maria
Dalam video di atas menunjukkan bagaimana Maria handle situasi rambut gugurnya dengan mengamalkan tiga produk semulajadi iaitu syampu organik dan tanpa bahan kimia, minum sumber protein untuk dapatkan protein secukupnya Energizing Soy Protein dan Zink yang memang terkenal dalam pertumbuhan rambut, selesai terus masalah rambut gugur.

1. Energizing Soy Protein (Beli 6 Percuma 1/Beli 2 Diskaun 5%) 
  • ESP merupakan sumber protein non-GMO (tidak diubah secara genetik)
  • Protein merupakan sumber penting untuk rambut lebih kuat dan tahan dari rosak
  • Sebahagian besar rambut berasal daripada protein
  • Membantu memperbaiki masalah rambut gugur dan beruban 
  • Bagus untuk menguatkan akar rambut

2. Zink
  • Mengaktifkan lebih 200 jenis enzim termasuk untuk pertumbuhan rambut
  • Kekurangan zink akan menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan
  • Mengekalkan kelenjar yang merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut sekali gus mengurangkan peluang bagi masalah rambut gugur
3. Revitalizing Shampoo
  • Organik dan bebas daripada bahan kimia 
  • Bebas daripada SLS
  • PARABEN FREE
Memang benar bahawa lelaki lebih cenderung untuk kehilangan rambut mereka atau dalam erti kata lain botak berbanding wanita, tetapi kebanyakan wanita berambut panjang dan bagi yang muslim memakai tudung, jadi wanita perlu sentiasa pastikan rambut berseri dan kuat.

>> Pitam Semasa Hamil? Bahaya Kalau HB Rendah! 
>> Tips Elak Kulit Tangan Kering dan Mengelupas

--------------

Sekiranya anda mengalami masalah rambut gugur yang berpanjangan dan buntu dalam usaha untuk mengembalikan rambut kembali kuat dan berseri, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan tiga jenis vitamin yang disarankan untuk elak rambut dari terus gugur dan kelihatan botak bertompok di kepala anda. Risau kan?

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment:

  1. Info yang menarik. Sekadar berkongsi maklumat, baru-baru ini satu kajian yang telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Colombia, Amerika Syarikat telah mendapati akar rambut kita mempunyai sejenis enzim yang dinamakan Janus kinase (JAK) yang boleh merencat pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Mereka sedang menguji sejenis ubat yang telah pun diluluskan oleh US Food and Drug Administration (FDA) untuk memastikan ubat ini selamat untuk merencat tindakan aktiviti enzim Janus kinase (JAK).

    ReplyDelete