Friday, 20 February 2015

Kenapa Semua Wanita Perlu Ada Lesen Memandu?

Leave a Comment
Zaman serba moden ini masih ramai sebilangan wanita yang tidak pandai bawa kereta dan mempunyai lesen memandu. Ramai para wanita mengambil jalan mudah dengan menggunakan public transport ataupun yang sudah bekahwin khususnya hanya mengharapkan suaminya sahaja yang memandu. Mungkin bukan semua, tapi masih ramai lagi yang tidak mahu ambil lesen memandu kerana "takut".

Photo courtesy of timeoutabudhabi.com

Secara jujurnya, setiap wanita seharusnya perlu ada lesen memandu dan juga perlu tahu memandu kereta. Saya teringat kisah rakan saya pernah beritahu ketika kejadian MH370 pada tahun lepas, terdapat beberapa anggota tentera laut terpaksa berkhidmat dalam misi mencari mangsa MH370 yang hilang secara tiba-tiba. Demi tugas kepada negara, mereka terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan seminggu dua tetapi berbulan-bulan dan pada satu tahap ketika anaknya sakit, si isteri ini tadi tidak dapat menghantar anaknya ke hospital kerana tidak tahu memandu kereta.

Sebagai seorang suami, seharusnya anda perlu encourage para isteri untuk berdikari dengan mengambil lesen memandu untuk mudah dia bergerak ke sana sini tanpa suaminya disisi jika ada sebarang kecemasan. Sebagai seorang isteri dan wanita juga, anda perlu lebih berdikari dan beranikan diri untuk memandu kereta. Jangan jadikan alasan "takut lah, tak berani lah, banyak kereta lah" sebagai penghalang untuk anda memandu kereta. Mungkin nampak remeh, bawa kereta je pun tapi biar saya cerita satu kisah ini yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.

----------------------

Terdapat sebuah keluarga yang harmoni, suaminya Ahmad dan isternya Nadiah amat bahagia sekali. Nadiah mengambil keputusan untuk ambil lesen kereta walaupun umurnya sudah menjangkau lewat 30an, manakala Ahmad bersetuju tanpa banyak soal. Setelah menjalani ujian memandu, akhirnya Nadiah lulus ujian memandu dan dapat lesen memandu.

Ahmad bekerja di sebuah syarikat perkapalan dan memerlukannya untuk kerja shift. Satu hari ketika Ahmad sedang tidur setelah baru pulang dari kerja shift malam, Nadiah tidak sampai hati untuk kejutkan suaminya untuk menemaninya pergi ke pasar tani. Lalu Nadiah beranikan diri untuk memandu ke pasar bersama dua orang anaknya yang masih kecil. Apabila dia balik, terlihat kelibat suaminya sedang menunggunya di luar rumah dengan wajah yang penuh risau. Ahmad memang dikenali sebagai seorang yang pendiam dan penyabar, dia tidak marah cuma dia sangat risau dan tak benarkan Nadiah memandu seorang diri tanpa dia disisi.

Beberapa bulan kemudian, pada pagi hari Ahad yang permai, Nadiah terpaksa pergi ke tempat kerjanya di Shah Alam kerana pejabatnya akan bertukar tempat. Ahmad pula sudah dua hari tidak sihat dan berehat di rumah. Ketika Nadiah ke tempat kerja, Ahmad sambung tidur manakala kedua anak mereka bermain di rumah. Sewaktu Nadiah pulang ke rumah, dia dapati Ahmad masih tidur. Dikejutnya berulang kali namun Ahmad tidak bangun dan tidak sedarkan diri, Nadiah yang panik ini lalu berlari ke rumah jiran sebelah dan jiran yang lain turut meluru ke rumahnya. Allah lebih menyayangi Ahmad dan menjemputnya pulang ke rahmatullah ketika dia tidur.

Nadiah yang sungguh terkejut dan masih bersedih terpaksa tabah dan kuatkan semangat demi anak-anak tersayang yang masih kecil. Kalau dulu Ahmad yang akan hantarnya ke pejabat setiap hari, walau penat bagaimanapun sekali tetapi sekarang Nadiah terpaksa gigihkan diri memandu untuk ke pejabat. Pada mulanya dia amat takut sekali tetapi kerana keadaannya yang terdesak dan terpaksa, dia akhirnya gigihkan dirinya untuk memandu walaupun di lebuhraya persekutuan yang seperti kita tahu terdapat banyak kereta dan jalan yang sentiasa sesak. Dia bersyukur kerana walaupun suaminya dulu tidak benarkan dia memandu, tetapi at least dia ada lesen memandu.

Cerita ini banyak mengajar kita bahawa kita perlu lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang tiba dan kita tidak tahu apa nasib kita kelak. Para wanita yang masih belum ada lesen memandu, saya sarankan anda jangan buang masa dan ambil lesen memandu secepat mungkin. Tidak kan anda mahu cuba memandu kereta anda sendiri? Tidak kah anda mahu menghantar anak ke sekolah, pergi ke pasar, pergi kerja atau ke mana sahaja tanpa mengharapkan orang lain? Zaman dah berubah, wanita seharusnya lebih berdikari.

Don't be too dependent, BE INDEPENDENT. 



------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment