Friday, 12 December 2014

Susu Untuk Bayi Pramatang Yang Terbaik Perlu Diketahui Oleh Ibu Bapa

Leave a Comment
Dikurniakan dengan bayi pramatang adalah ujian kepada sesiapa yang dipilih oleh Allah. Ibu yang baru sahaja bersalin mungkin berasa kehilangan kerana bayi yang dikendong selama beberapa bulan tiba-tiba sahaja "hilang" sebelum ibu bersedia menghadapinya. Naluri keibuan yang membuak-buak terutamanya nak beri susu untuk bayi pramatang tidak dapat dicurahkan kepada bayi yang perlu mendapat rawatan rapi. Perasaan sedih, risau, murung dan rasa bersalah silih berganti menghantui fikiran ibu.

Susu Untuk Bayi Pramatang


Apabila kesedihan sudah menguasai diri, mungkin ibu takut melihat anaknya yang dikelilingi wayar dan tiub. Ibu mungkin berasa ngeri apabila berhadapan dengan situasi ini. Ada kalanya, ibu tidak percaya bayi kecil yang sedang sakit di hadapannya adalah bayinya sendiri. Pada waktu ini, ibu begitu memerlukan sokongan daripada mereka yang berada di sekelilingnya.

Bapa memainkan peranan memberikan sokongan penuh kepada ibu. Pasti bapa juga berasa sedih dan keliru dengan apa yang terjadi, tetapi kesannya kepada ibu lazimnya lebih hebat. Yakinkan kepada ibu bahawa apa yang terjadi bukan salah sesiapa, tetapi ujian Tuhan kepada hamba-Nya yang terpilih.

Bayi Tidak Cukup Bulan
Bayi yang dilahirkan kurang dari usia kandungan cukup 37 minggu disebut bayi pramatang. Ada bayi yang mungkin lahir beberapa hari sebelum kandungan cukup 37 minggu, dan ada pula yang lahir jauh lebih awal dari itu dan mempunyai berat badan yang sangat ringan.

Nutrisi bayi pramatang perlu membantu bayi dalam tumbesarannya, melawan jangkitan, dan memberi manfaat jangka panjang kepada kehidupan bayi pada masa hadapan. Semasa di dalam kandungan, sumber nutrisi adalah daripada uri yang bersambung dengan ibu, kini talian hayat itu sudah tiada. Mereka perlu mendapatkannya daripada tiub dan wayar yang disambungkan ke badannya.

Beberapa Terminologi Berkaitan Bayi Pramatan
1. Bayi kurang berat (Low birth weight, LBW)
Berat bayi kurang daripada 2.5kg

2. Bayi terlalu kurang berat badan (Very low birth weight, VLBW)
Berat bayi kurang daripada 1.5kg

3. Berat bayi kurang daripada 1kg disebut kekurangan berat badan yang ekstrem (Extreme low birth weight. ELBW)

Puluhan tahun dulu, bayi pramatang yang terlalu kecil tidak mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup. Namun, dengan perkembangan teknologi dan kepakaran dalam bidang perbidanan dan neonatal, semakin ramai bayi pramatang yang ekstrem berjaya diselamatkan.

Bayi pramatang mempunyai keperluan nutrisi dan jagaan yang berbeza berbanding bayi cukup bulan. Organ bayi pramatang belum bersedia melalui kehidupan di luar rahim. Justeru, jagaan rapi perlu diberikan kepada mereka. Usus mereka masih tidak matang, sistem pertahanan juga belum terbentuk dengan lengkap dan perkembangan otak memerlukan perhatian yang serius.

Keperluan bayi pramatang juga berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ada bayi pramatang yang terpaksa mendapat bekalan makanan terus ke dalam saluran darahnya melalui tiub. Selepas bayi stabil, barulah dimulakan pemakanan melalui tiub ke dalam perutnya melalui hidung ataupun mulut (tube or gavage feeding). Memberi makanan melalui mulut (botol, cawan ataupun penyusuan ibu) akan dilakukan apabila bayi sudah bersedia.

Susu Ibu Bukan Sekadar Makanan
Kajian demi kajian membuktikan yang susu ibu adalah cecair terbaik yang perlu diberikan kepada bayi pramatang. Kandungan susu ibu mempunyai komposisi yang tepat untuk keadaan bayi pramatang. Susu ibu bayi pramatang adalah berbeza daripada susu ibu bayi cukup bulan bagi memenuhi keperluan yang berbeza untuk bayi pramatang.
  • Lebih senang dihadamkan dan bayi dapat meminum susu ibu daripada tiub tanpa banyak masalah berbanding bayi yang meminum susu tiruan. Buah pinggang lebih senang memproses susu ibu berbanding susu tiruan. 
  • Mengandungi nutrisi yang dapat membantu ususnya menerima makanan daripada mulut dan mengelakkan bayi sering muntah. 
  • Lebih senang menghadamkan lemak kerana adanya enzim lipase. Lemak adalah sumber tenaga utama bayi pramatang. 
  • Padat dengan sumber melawan jangkitan yang diperlukan oleh bayi pramatang. Ini mengurangkan risiko bayi menghadapi jangkitan usus yang serius seperti Necrotizing Enterocolitis yang boleh membawa maut. Bayi pramatang sangat memerlukan kolostrum untuk kesihatannya walaupun hanya dapat diminum beberapa hari selepas bayi dilahirkan. 
  • Mengurangkan risiko masalah penglihatan yang dihadapi oleh bayi pramatang (retinopathy of prematurity) 
  • Menggalakkan perkembangan otak dan intelektual yang lebih baik berbanding susu tiruan kerana susu ibu mengandungi asid lemak dan hormon-hormon yang penting untuk pembentukan otak. 
Pada waktu ini, makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibunya. Ia adalah penjagaan standard (standard care) yang dijalankan di unit-unit rawatan rapi di seluruh dunia. Dalam beberapa keadaan, susu ibu mungkin perlu ditambah dengan bahan tambahan bagi memenuhi keperluan bayi tu.

Saksikan video di bawah Seorang ibu yang menyusu bayi pramatang dalam usaha untuk 
memenuhi keperluan nutrisi bayinya: 


SET PENYUSUAN yang diambil oleh ibu ini ternyata memberi kesan yang positif terhadap dirinya dalam usaha untuk menyusu bayinya yang pramatang. 

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Pramatang
Itu adalah sebahagian daripada kebaikan yang didapati daripada susu ibu. Banyak lagi bahan dalam susu ibu yang dapat membantu bayi pramatang membesar dengan optimum. Hormon-hormon tumbesaran membantunya membesar mengikut keperluannya dan bahan melawan penyakit pula melindungi bayi daripada persekitaran yang membawa mudarat. 

Bagi ibu pula, membekalkan susu kepada bayi adalah terapi yang sukar dicari. Ibu berasa dirinya penting dan diperlukan oleh anaknya hanya kerana ibu sahaja yang mampu memberikan cecair berharga itu. Doktor dapat memberi segala rawatan, tetapi hanya ibu yang dapat memberi susu ibu kepada bayinya. Ini meningkatkan keyakinan ibu bagi menjadi ibu kepada bayinya dalam erti kata yang sebenar. 

Walaupun ibu tidak mampu berada dekat dengan anaknya setiap masa, tetapi ibu mampu memberi susu yang tidak ternilai kepada bayinya. Ibu pasti berasa gembira kerana dapat menyumbang kepada kesembuhan anaknya. 

Susu Tiruan: 
Mineral, vitamin, lemak, DHA/ARA, karbohidrat, protein, air

Susu Ibu: 
Mineral, vitamin, lemak, DHA/ARA, karbohidrat, protein, air, antibodi, hormon, antivirus, antialergi, antiparasit, faktor tumbesaran, enzim

Hubungan Antara Ibu dan Bayi Pramatang
Perasaan sayang ibu kepada bayi pramatang mungkin tidak datang secara automatik. Sebaik sahaja lahir, bayi terus dipisahkan daripada ibu. Bayi diletakkan di dalam unit rawatan rapi dan dikelilingi wayar dan tiub yang menakutkan ibu. Ibu berasa tidak sampai hati mahu melihat keadaan anaknya sebegitu. Ditambah lagi rupa dan keadaan anak pramatang jauh berbeza daripada bayi cukup bulan yang comel dan sempurna. Ibu yang tidak pernah mendakap dan memelu anaknya mungkin sukar menghayati perasaan keibuannya. 

Di sesetengah hospital, ibu bapa tidak dibenarkan berada dekat dengan anak mereka di unit rawatan rapi. Polisi hospital berpendapat hanya doktor dan jururawat sahaj yang dibenarkan bersama dengan bayi kerana mereka mengetahui apa yang terbaik untuk bayi yang sakit itu. Bayi itu seolah-olah menjadi anak kepada doktor dan jururawat yang merawatnya. Ini dapat menjauhkan jurang hubungan dan ikatan antara ibu bapa dan anak. 

Namun, dengan kajian terbaru, lebih banyak polisi hospital memberikan ruang kepada ibu bapa berada dekat dengan bayi mereka di unit rawatan rapi. Ibu dibenarkan menyentuh dan memegang anaknya sekiranya keadaan mengizinkan. Para doktor, jururawat bertugas, dan juga keluarga terdekat perlu meyakinkan ibu supaya terus berinteraksi dengan bayinya. Ia bukan sahaja baik untuk perkembangan bayi, malah untuk emosi ibu.

Susu Untuk Bayi Pramatang


Perkara-perkara yang membantu ibu bapa lebih rapat dengan bayi:
  • Panggil bayi dengan nama yang diberikan kepadanya.
  • Sentuh dan berinteraksi dengannya selalu. 
  • Sekiranya keadaan mengizinkan, susukan dan tukarkan lampin bayi. 
  • Berinteraksi dengan jururawat yang menjaga bayi dan tanyakan perkara yang dibuat oleh bayi semasa ibu tiada. 
  • Merekodkan suara ibu ataupun bapa, letakkan berhampiran bayi. 
  • Tinggalkan gambat keluarga di dalam unit rawatan rapi. 
  • Tulis jurnal berkaitan perkembangan bayi beserta gambarnya. Secara tidak langsung, ibu akan berasa rapat dengan bayinya. 
Sentuhan kulit ke kulit ataupun dikenali sebagai Kangaroo Mother Care (KMC) dibuktikan dapat membantu perkembangan bayi pramatang. Ibu bapa boleh berbincang dengan doktor yang merawat bayi bagi menentukan masa yang sesuai bagi melakukan KMC. 

Hanya Ibu Dapat Memberi Susu Ibu 
Ibu yang mempunyai anak pramatang, dapatkan maklumat yang lengkap berkenaan penyusuan ibu untuk bayi pramatang. Buat keputusan berdasarkan fakta dan maklumat yang tepat. Memilih memberikan susu ibu kepada bayi dapat membantu bayi supaya cepat sembuh. Ibu mungkin memerlukan bantuan daripada pakar laktasi dan rakan-rakan daripada kumpulan sokongan hospital ataupun yang berdekatan. 

Ibu yang mempunyai anak yang tidak dapat menyusu di payudara, ibu perlu mula meresah bagi mengumpul kolostrum dan merangsang payudaranya supaya terus menghasilkan susu. Dapatkan bantuan daripada jururawat ataupun pakar laktasi bagi mengajar cara perahan yang berkesan. Lebih cepat ibu memulakan sesi perahan, lebih tinggi peluang untuk ibu mendapat jumlah susu yang mencukupi untuk keperluan bayinya kelak. 


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment