Saturday, 22 November 2014

Punca Anak Suka Mengamuk, Salah Siapa?

1 comment
Rutin seharian yang lazimnya dilakukan oleh kita ialah seharian di tempat kerja dan pada malamnya pula sibuk dengan urusan di rumah sehingga kadang-kadang diri sendiri terabai. Perkara sebegini boleh diterima jika kita masih bujang dan tiada komitmen, namun jika kita dah berkahwin dan ada title "ibu bapa", mungkin menjadi sedikit beban kerana tanggungjawab yang lebih besar untuk keluarga walaupun kadang-kadang stress kerana anak suka mengamuk di rumah.

Mungkin jika anak masih kecil, dia tidak pandai memberi komen lantas ibu bapa tidak rasa ia satu masalah namun perhatikan sejenak anak-anak kita. Apa yang terbuku di minda dan hatinya? Adakah dia benar-benar merelakan atau ada sesuatu yang lompang dan perlu diisi segera.

Punca Anak Suka Mengamuk

Bayangkan begini, jika anda di pejabat dan suatu perkara mengejutkan dan mungkin berbahaya berlaku. Semua orang panik. Semua orang jadi rasa tidak menentu arah. Pada ketika itu, jika ketua di pejabat itu pun sama tak tentu arah, menjerit, marah dan mengeluarkan kata-kata tidak baik dan menyalahkan anda, bagaimana pandangan anda kepada ketua itu? Anda mengharapkan dialah yang boleh memimpin semua supaya tenang dan bertindak bijak. Tapi kepimpinannya menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh. Bolehkah anda menghormati kepimpinannya itu?

Anak yang mengamuk, ialah seseorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan. Sama seperti ketua di pejabat tadi. Our children need our leadership especially in situation like this. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang. Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi... hati dan jiwa mereka tercalar.


Di sini saya akan share beberapa tips yang amat berguna kepada ibu bapa untuk kawal keadaan jika anak mengamuk oleh Prof Dr. Rozieta Shaary. 

Pertama
Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.

Kedua
Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.

Ketiga
Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Haikal. Tapi BUKAN dengan nada marah. HAIKAL (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata-kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.

Empat
Ajak dia tarik nafas dalam-dalam dan tenang. Semasa itu Istighfar dan ajak dia Istighfar sama. Anak berumur antara dua,tiga ke enam tahun sudah boleh mengikut. Sebut dengan tenang sehinggalah dia menjadi reda.

Punca Anak Suka Mengamuk
Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk beritahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar. Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat maka bila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda, kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang dan tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu? Adakah mereka ini keturunan Adam a.s yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan Iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, bila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin overwhelm, mungkin rasa tidak dikasihi dan sebagainya. Dan semua itu ada ubatnya. Jadi jawapan bagaimana hendak mengawal anak-anak yang suka mengamuk, membaling barang atau mengeluarkan perkataan tidak baik ialah:
  • Tenangkan diri anda dulu. Istighfar dan jangan biar iblis menyemarakkan apinya.
  • Lihat punca mengapa dia mengamuk dan sebagainya.
  • Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
  • Minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham 'space' mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.
  • Setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik utk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya. So that they know, that is the right behavior.
  • Avoid power struggle. They know you are in control when you actually show that you can manage situation like this with full of wisdom, love and empowering.
Punca Anak Suka Mengamuk
Salah satu contoh anak sedang mengamuk dan protes tak nak ambil gambar 
Untuk mendidik anak menjadi insan yang baik akhlak dan berjaya di dunia dan akhirat, perlu lebih digiatkan. Luangkan masa bercerita untuknya sebelum tidur, kisah para Anbia atau para solihin dengan penuh emosi dan menumpukan sepenuh perhatian hanya pada dirinya sudah cukup untuk anak merasakan ibu dan ayahnya sedang mencurahkan sepenuh kasih sayang buat dirinya. 

Sebelum tidur sama-sama memasang azam, kita adalah insan soleh, hamba Allah yang soleh dan sangat idamkan syurga Allah. Tutuplah perbincangan anak beranak ini dengan doa tidur. Pasti anak akan merasa kepuasan dengan penutupan hari yang amat bermakna.

Buatlah semuanya dengan sepenuh hati dan penuh keikhlasan, pasti rasa ringan dan seronok menjalankan tugasan yang diberikan Allah. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang penuh tanggungjawab dan tidak pernah mengalah dalam mendidik. Insha Allah ✿


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment:

  1. Setuju.
    Bila rasa nak marah ataupun nak menjerit marah, terus kita lari masuk bilik ke ataupun duk sorang diri..
    Kadang2 kita tak boleh nak elak juga kan.
    Tapi selagi kita mahu belajar dan berubah, semua boleh kan..
    Nice sharing.

    ReplyDelete