Tuesday, 18 November 2014

Petua Mudah Halau Nyamuk Tanpa Perlu Pasang Ubat Nyamuk

2 comments
Ingat tak iklan yang selalu keluar kat radio, "Ridsect goodnight tak diganggu nyamuk" satu ketika dulu? Memang terngiang-ngiang juga lah lagu tu siap nyanyi sekali tapi bila nyamuk datang gigit kita, bukan main marah lagi. 

Kalau zaman dulu, memang terus pasang kelambu tapi zaman dah serba moden ni tak ramai dah nak pasang kelambu. Nak pula anak jenis tidur golek-golek berposing sampai keluar dari 'landasan' katil. Nak berkelambu macam mana gayanya? Kesian bila tengok badan anak penuh merah kesan gigitan nyamuk, asyik bergaru sepanjang malam dan akibatnya tidur pun tak lena. Dah kalau tidur tak lena, confirm esok pagi susah nak kejutkan bangun pergi sekolah. 


Fakta Dan Bahayanya Nyamuk Terhadap Manusia

Perkataan nyamuk dalam Bahasa Inggeris, "mosquito" telah digunakan sejak tahun 1583 dahulu. Kalau dah penggunaan perkataan mosquito pun beratus tahun yang dulu, apatah lagi kewujudan nyamuk yang sudah pun wujud sejak 100 juta tahun lalu. Kibasan sayap nyamuk ialah antara 300 hingga 600 kali sesaat. Itu yang datang bunyi nyenggg... nyeennggg yang selalu kita dengar betul-betul kat telinga tu sebab dia kibas laju sangat.

Nyamuk betina hidup lebih lama dari nyamuk jantan dan mampu terbang sehingga 1.5km. Nyamuk betina sahaja yang menggigit kita kerana darah kita mengandungi protein untuk pembentukan telur kelak manakala nyamuk jantan hanya menghisap madu dan jus buah. Ingatkan manusia je perlu cukup sumber protein, nyamuk pun kena dapatkan protein untuk "tambah bilangan keluarga". Penghasilan dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari, bergantung kepada suhu.

Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ mangsa dia. Bahayanya nyamuk ini kerana sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam denggiencephalitis, dan virus Nil Barat. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ kerana penyakit malaria hampir membunuh setengah dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (manusia zaman batu dulu dah lah seksi). 

Petua Mudah Halau Nyamuk Tanpa Perlu Pasang Ubat Nyamuk
Nyamuk merupakan haiwan pembunuh no.1 di dunia

Tempat Pembiakan Nyamuk

Selalu orang kata patutlah banyak nyamuk, tengoklah rumah tu dah macam hutan. Memang benar, kita perlu bersihkan halaman rumah dan buang daun-daun yang berguguran dan potong rumput yang dah jadi semak samun. Untuk pengetahuan anda, nyamuk betina yang telah 'berkasih sayang' dengan nyamuk jantan, akan mencari tempat untuk 'tidur' semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun yang jatuh. Dah lepas tidur lena, baru dia serang manusia untuk dapatkan sumber protein agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang gatal dan suka menggigit hehe

Jika persekitaran kotor, nyamuk akan membiak dengan cepat dan punca utama adalah kerana terdapat air bertakung di rumah. Jangan ada air bertakung kerana makanan nyamuk ialah pelbagai jenis cairan termasuk air bertakung. Tutup semua bekas yang mengandungi air supaya dapat elakkan dari nyamuk bertelur.

Dalam Rumah
  • Akuarium
  • Kolam / Kolah mandi
  • Perangkap semut
  • Timba / Baldi
  • Tempayan
Luar Rumah
  • Tayar buruk
  • Botol/gelas pecah yang mengandungi air
  • Tangki septik (terdedah)
  • Longkang yang tersekat
  • Tempurung kelapa
  • Salur air hujan
  • Tempayan
  • Pokok pisang dan keladi

Petua Menghalau Nyamuk Secara Semulajadi 

Nyamuk adalah makanan bagi burung layang-layang dan kelawar. Kalau sesuatu kawasan tu terdapat keduanya, maka populasi nyamuk akan berkurangan tapi takkan nak bela kelawar kat rumah pulak kan? Malam berjaga, siang tidur.

Banyak penghalau nyamuk konvensional mengandungi bahan-bahan aktif DEET atau picaridin. Ramai yang mengatakan ia berjaya menghalau nyamuk, namun penggunaan DEET memberi kesan terhadap kesihatan dan kulit. Terdapat banyak kaedah semulajadi yang mujarab untuk menghalau nyamuk. Ibu bapa yang tak suka pasang ubat nyamuk, jangan khuatir kerana saya akan share beberapa petua mudah untuk halau nyamuk dari gigit badan anak anda yang gebus itu.

  Petua #1 : Bahan Masakan Yang Biasa Kita Guna

  • Beberapa bunga cengkih, sebatang serai (daunnya sekali) dipotong halus, sebiji limau purut/limau nipis/lemon dan segelas air suam.
  • Perah limau ke dalam gelas air suam dan masukkan kesemua bahan yang lain.
  • Tutup gelas dan biarkan dalam 2,3 jam sehingga air berbau wangi.
  • Sapukan pada bahagian badan yang sering digigit nyamuk sebelum tidur. 
  • Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge, boleh recycle guna air tersebut untuk 2 atau 3 hari.

Petua #2: Essential Oil dari Pasaraya

  • Gabungan minyak serai wangi (Lemongrass), minyak pudina (Peppermint) dan minyak kayu putih (Eucaplyptus). 
  • Titiskan ketiga-tiga jenis minyak ini (5 ke 6 titis) ke dalam shaker yang berisi air suam dan goncang.
  • Sapukan pada bahagian badan yang kerap kali nyamuk gigit. 
  • Perhatian! Elakkan dari terkena mata, bawah mata dan kening. 

Petua #3: Bunga Cengkih Dan Limau

Cucuk beberapa cengkih di atas limau yang telah dipotong dua seberapa banyak yang anda suka. Kalau limau dah kecut, buat yang baru. Kat pasar malam pun ada banyak limau dan bunga cengkih.

Petua #4 Paling Senang: Herbal Blend Multi-purpose Cream

Anda boleh cuba alternatif lain yang paling senang dan berkesan untuk mencegah nyamuk gigit pada waktu malam. Sapukan saja krim ekstrak lemon balm (melissa officinalis). Krim yang mengandungi lemon balm dilaporkan memberi kelegaan terutamanya dari gejala kegatalan dan kulit menjadi merah akibat gigitan nyamuk. Mengikut sumber dari Wikipedia, daun lemon balm yang telah dihancurkan dan kemudian disapukan pada kulit digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Petua Mudah Halau Nyamuk Tanpa Perlu Pasang Ubat Nyamuk
Sumber: Wikipedia


Mana nak cari daun ataupun ekstrak lemon balm? Senang saja. Herbal Blend Cream mengandungi ekstrak lemon balm yang sangat membantu dari digigit nyamuk. Sapukan saja pada bahagian kulit sebelum tidur, nyamuk betina memang takkan gigit. Di samping dapat halang nyamuk, Herbal Blend Cream juga boleh digunakan jika terkena gigitan semut dan ruam lampin.

Boleh sapu Herbal Blend Cream pada bayi? Boleh, kerana krim tersebut paraben free. Selain dari kebaikannya yang memang tak bagi nyamuk hinggap pada kulit kita, orang yang terkena chickenpox boleh sapukan krim di muka untuk kecutkan dan hilangkan parut chicken pox dengan cepat.

Testimonial Orang Dewasa Tak Diganggu Nyamuk

Testimonial Kanak-kanak Berumur 2 Tahun 

Testimonial Bayi Berumur 9 Bulan dan Warga Emas

Anda juga berminat: 
Peranan Ekstrak Lemon Balm Untuk Menghalau Nyamuk 

Sekiranya anda inginkan jalan penyelesaian yang mudah dan semulajadi untuk halang nyamuk gigit anda atau anak anda pada waktu malam, krim ini adalah pilihan tepat. Jangan kerana nyamuk, anak anda tidak tidur lena dan bangun lambat untuk ke sekolah kerana mengantuk tak cukup tidur.

Sayangilah Anak Anda
&
Sayangilah Alam Sekitar


------------------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian Herbal Blend Cream ataupun ingin mendaftar ahli, anda boleh hubungi saya 012 400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Memang membantu sangat herbal blend ni. Wajib ada kt rumah ni ��

    ReplyDelete