Saturday, 29 November 2014

Dulu Ibu Menyusu Yang Bekerja Ini Asyik Letih, Sekarang Tidak Lagi!

2 comments
EMPAT TAHUN yang lalu, terdapat sepasang suami isteri. Mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel dan apabila si isteri sudah bergelar ibu, makin kerap dia mengadap laptop. Siang malam dengan dunia blogging dia. Berhenti sekejap pun sebab nak menyusukan anak ataupun pam susu. Almaklumlah ibu menyusu yang bekerja ni perlu sentiasa curi masa untuk pam susu.

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
Suami marah ibu menyusu atas alasan letih? 
Bila rutin harian yang sama dilakukan, ternyata ibu menyusu ini sangat letih. Mana kan tidak, siang sibuk dengan kerja hakiki, malam pula sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, tengah malam pula asyik dengan dunia siber. Lagilah suaminya angin satu badan. Tengah-tengah malam lepas tidurkan anak, terus update blog. Ada apa dengan blog sehingga dia sampai sanggup bersengkang mata untuk update entry di blognya?

Saksikan video suami marah isteri kerana mengadu letih di bawah: 


Oh, rupa-rupanya si ibu menyusu yang mengadu penat itu tadi merupakan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. Sentiasa update blog sebab nak share tentang penyusuan susu ibu (PSI) tanpa pengetahuan suaminya, patut lah suami kata "alasan" bila dia mengadu letih.

Penting Sangat Ke Supplement Untuk Penyusuan? 
Seperti yang kita lihat video di atas (wajib tengok kalau nak tahu), Puan Dilla yang merupakan Breasfeeding Peer Counselor juga mengamalkan supplement semulajadi. Kalau nak diikutkan ada yang kata ambil, ada juga yang kata tak perlu ambil tapi perkara penting yang para ibu kena faham ialah konsep asas penyusuan, SUPPLY AND DEMAND.

Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap pengosongan payudara dilakukan, maka lebih banyak susu dapat dihasilkan. Kalau tujuan utama ibu nak ambil supplement sebab susu tidak ada, salah sebenarnya. Vitamin bukanlah salah satu cara untuk banyakkan susu kita, vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu kekal sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangan untuk melakukan pelbagai tugas harian. Untuk berjaya dalam penyusuan, ia juga bergantung kepada tahap kesihatan ibu itu sendiri. Kalau ibu asyik sakit, badan lemah, penat, tak bertenaga, kurang minum air, stress dengan kerja, macam mana nak berjaya kan?

Sebagai ibu menyusu yang bekerja khususnya, anda perlu lebihkan calori intake. Lebih dari seorang ibu mengandung kerana secara umunya 500 kalori akan dibakar setiap kali menyusu dan ibu menyusu perlukan lebih kalori untuk tenaga. Anda juga perlu jaga pemakanan anda (makanan seimbang), rehat yang cukup, tubuh sihat, bebas dari stress dan banyakkan beribadat kepada Allah. Barulah balance rohani dan jasmani.

Tips penyusuan untuk Ibu Menyusu Yang Bekerja
Makanan seimbang untuk ibu menyusu yang bekerja
Ada juga yang merungut sejak menyusu badan ni, letih lah, pinggang sakit, badan sakit, sendi-sendi semua sakit, muka nampak sangat letih, payudara kendur tak macam anak dara dulu lah, makan pun tak menentu, kerja banyak lah, balik rumah nak pam susu lagi. Kalau asyik merungut, macam mana Allah nak beri rezeki berjaya menyusu sehingga anak berusia 2 tahun?

Salah Ke Ibu Menyusu Ambil Supplement? 
Saya adik kepada Puan Dilla sendiri menyaksikan dengan mata saya sendiri kakak saya berjaya menyusukan badan secara eksklusif walaupun berat tanggungjawabnya. Apa yang berat sangat, orang lain pun kerja juga, orang lain pun ada suami juga, orang lain pun pam susu juga? Ok, saya akan share kan pengalaman saya sendiri selaku adik kepada ibu menyusu.

Semasa Puan Dilla melahirkan anak pertamanya Qaireen, beliau masih bekerja manakala adiknya masih menuntut di Johor dan utara Perak. Puan Dilla decide untuk menyusu badan anaknya dan saya ingatkan just menyusu macam orang lain tapi rupanya dia betul-betul gigih sehingga digelar Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

tips penyusuan Ibu Menyusu Yang Bekerja
Pam Susu Spectra 3 yang digunakan oleh kakak saya.
Tips: Letakkan gambar bayi anda di pam ini untuk dijadikan motivasi
Kalau saya balik rumah waktu cuti semester, paling saya takut kalau tengah mamai nak buang air kecil tengah malam ataupun dalam pukul 4 pagi macam tu. Mana taknya, bunyi pam susu eletrik tu bukan main kuat lagi "wopp wopp wopp, wopp wopp wopp"  macam pencuri masuk rumah hehe Dia guna pam spectra 3 yang besar gedabak, nak beli Medela FS tak mampu lagi masa tu (sampai sekarang masih pakai spectra 3). Dah lah kadang-kadang saya nampak dia kusyuk update blog, pagi-pagi buta pam susu pula. Kakak aku ni tak reti letih ke? 

Supplement Apa Yang Beliau Amalkan Sepanjang Penyusuan? 
Supplement pertama beliau ialah supplement Shaklee untuk ibu menyusu. Suami dia? memang tak tahu langsung apa benda Shaklee, Shukri ni. Adik-adik dia? memang tak gemar langsung supplement. Makan ubat pun payah, ini kan pula supplement (masa tu je, sekarang dah fanatik).

Baru saya tahu dari mana datangnya energy yang dia dapat. Complete package bagi seorang isteri dan ibu bekerja, menyusu badan, pam susu (buat stok EBM) dan sentiasa update blog tengah malam. Saya akan share sedikit info mengenai vitamin apa yang diamalkan oleh kakak saya dan menjadi pujaan ramai ibu menyusu yang lain sehingga digelar "Milk Booster"

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
VITALEA: Lengkap dengan zat besi. Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Ibu Menyusu Yang Bekerja
B-COMPLEX: Menyokong fungi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan dengan berkesan. Shaklee B-Complex ini mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga baik untuk kurangkan stress.

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
OSTEMATRIX: Mengandungi kalsium dan magnesium yang lengkap. Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi, dan juga untuk aktiviti otot yang normal. Ia juga untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan bagus untuk kurangkan sembelit.

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
VITAMIN C: Vitamin C merupakan bahan antioksida, berkeupayaan tinggi dan juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Untuk kulit yang cantik, anda perlukan vitamin C.

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
ALFALFA: Galactagogue yang turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural jiak ibu mengamalkan penyusuan secara kerap dan betul. Alfalfa juga berfungsi untuk keintiman wanita.

 Ibu Menyusu Yang Bekerja
ESP: Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan tubuh. Sedangkan asid amino ini penting untuk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Tahukah anda, pencemaran dan proses memasak yang melibatkan suhu tinggi, serta penggunaan racun perosak dan antibiotik dalam pertanian, telah merosakkan banyak rantai asid amino yang kita prolehi dari ayam, daging dan ikan. ESP diperbuat dari kacang siya yng tidah dimodifikasikan secara genetik (Non-GMO), dan merupakan baka genetik asli kacang soya dan ia memenuhi semua keperluan asid amino manusia.

Ternyata setelah mengambil Set Ibu Menyusu, walaupun Puan Dilla sibuk bekerja, beliau berjaya menyusukan anak pertamanya sehingga 2 tahun dan kini masih menyusu badan untuk anak keduanya pula. Kini beliau gembira dan cergas dalam melaksanakan tugas sebagai isteri, ibu bekerja dan juga ibu menyusu. 

------------

Sekiranya anda ingin mendapatkan Set Ibu Menyusu seperti Puan Dilla atau terdapat sebarang pertanyaan mengenai Set Ibu Menyusu ini, anda boleh hubungi saya di 012-4008447. Insha Allah saya akan membantu sebaik mungkin.

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Oh.. begitu rupanya kisah sebenar Puan Dilla, kakak kepada Melissa ni ya.. Sungguh memberikan inspirasi.. Semoga bermanfaat & dapat dijadikan inspirasi kepada lebih ramai ibu bekerja di luar sana untuk teruskan penyusuan kepada anak-anak. Salam perkenalan dari saya, Zaleha Awaluddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama :)

      Delete