Monday, 24 November 2014

10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang

Leave a Comment
Tidak dinafikan, kata-kata pedas dan komen negatif daripada mulut orang tentang penyusuan susu ibu (PSI) memedihkan hati ibu-ibu menyusu yang sedang berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada bayinya. Kita berhak berasa sedih, marah dan kecil hati tetapi jangan biarkan ia berlarutan. Kita tidak mampu mengawal orang di sekeliling kita, tetapi kita mampu mengawal bagaimana kita memberikan reaksi kepada apa yang berlaku.

Cara kita memberi respons kepada kritikan negatif ini bergantung kepada siapa yang memberi komen, mengapa mereka berkata sedemikian, apakah topiknya dan di mana ia berlaku. Walaupun kesedaran berkaitan penyusuan semakin meningkat, masih ada yang memandang negatif kepadanya. Ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat kita, malah di seluruh dunia.

10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang


1. Elakkan Bersikap Defensif/Naik Angin
Bersikap defensif ataupun naik angin tidak akan membantu. Anggap pengkritik adalah orang yang tidak pernah melihat PSI dan ingin tahu apa yang ibu menyusu buat. Dengar dulu apa yang mereka kata dan fokus kepada isu yang merisaukannya. Berikan information yang tepat bagi membetulkan persepsi yang salah.
"Jadi, akak risau anak saya tak cukup zat sebab lambat makan bubur? Saya faham perasaan akak tapi sekarang Kementerian Kesihatan menyarankan solid food hanya boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan. Ini bagi mengurangkan risiko alahan dan jangkitan usus. Kajian juga menunjukkan susu ibu cukup bagi tumbesaran bayi pada 6 bulan petama." 
2. Berkongsi Ilmu 'Sharing is Caring'
Gunakan peluang ini bagi berkongsi ilmu dengan pemberi komen. Mungkin mereka sebenarnya jahil dengan ilmu penyusuan, jadi terkeluarlah komen-komen negatif daripada mulut orang.
"Lecehlah menyusukan anak. Nanti dah start kerja, bayi nak minum apa?"
Nyatakan segala kebaikan penyusuan yang ibu ketahui dengan penuh berhikmah. Jadikan senyuman dan intonasi suara yang lembut sebagai umpan menarik perhatian mereka. Ibu disarankan mengambil pendekatan berkongsi maklumat seperti ini,
"Dulu saya pun fikir macam tu, tapi lepas saya hadiri kelas penyusuan, baru saya tahu yang susu ibu boleh diperah dan disimpan bagi jangka masa tertentu. Tak susah sebenarnya nak bagi susu perahan masa kita bekerja. Lagipun, anak kita jarang sakit dan hati kita pun gembira masa kerja." 
10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang
Ibu yang bekerja masih boleh pam susu di pejabat
3. Elakkan Perbincangan, Tukar Topik
Sekiranya ibu sering bertemu dengan saudara-mara ataupun rakan yang sering memberikan kritikan negatif mengenai peyusuan, elakkan daripada berbincang. Cari topik lain untuk dibincangkan.
"Berapa lama awak nak susukan anak? Bukan ke dia dah makan bubur?"
Lebih kurang 5 ke 10 minit.. (senyum sikit dan jawab begini),
"Eh, dengar cerita Kak Senah jual nasi lemak kat seberang jalan tu baru dapat menantu, mesti seronokkan dapat menantu baru."
Soalan-soalan provokatif daripada seseorang yang tidak dikenali juga tidak perlu dilayan. Ibu berhak tidak menjawab sebarang persoalan daripada orang asing.

4. Membuat Lawak Bersahaja
Bergantung pada keadaan dan dengan siapa kita brinteraksi, jadilah kritikan mereka sebagai bahan jenaka. Gelak ketawa mungkin mengurangkan kritikan mereka. Tetapi, kaedah ini mungkin tak sesuai sangat untuk orang yang lebih tua ataupun keluarga mertua. Haru jadinya nanti
"Amboi budak ni dah besar panjang pun asyik nak bergayut je dengan emaknya. Bila nak berhenti menyusu ni?"
Jawapan,
"Tulah, sampai masuk darjah satu lah jawabnya nak bergayut dengan maknya hehe."
5.  Yakin Pada Pilihan 
Ibu yang brkeyakinan tinggi sukar dipatahkan semangatnya. Sekiranya kita yakin apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk keluarga, kenapa perlu takut dan rasa rendah diri kan? Nyatakan dengan jelas pilihan ibu bagi menyusu dan bergembira dengan keputusan itu. Walaupun dikritik dan diberi komen negatif, jawab dengan yakin sebab kenapa ibu mengambil keputusan itu. Ini dapat elakkan pengkritik memanjangkan kritikannya.
"Saya rasa sama je kalau kita beri susu ibu ataupun susu tin kat bayi."
Jawapan,
Pada saya, kenyatan itu tak betul. Penyusuan ibu jauh lebih baik daripada apa jua jenis susu kerana ia dihasilkan oleh ibu itu sendiri dan yang paling sesuai untuk bayinya. Lagipun bukan sekadar soal pemakanan tetapi lebih daripada itu. Ia membabitkan soal hati, kasih sayang, dan hubungan antara ibu dan anak. Saya gembira menyusukan anak saya. Lagipun, Islam menggalakkannya sehingga ada ulama yang mengatakan ia adalah kewajipan kepada ibu sekiranya tidak uzur." 
10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang
Yakin bahawa pilihan untuk meyusukan bayi adalah pilihan yang paling tepat

6. Jawab Pertanyaan Dengan Pertanyaan 
Kaedah ini digunakan bagi membuatkan orang yang bertanya berfikir kembali. Kadang-kadang, pengkritik tak dapat terima sesuatu fakta itu sekiranya kita berikannya secara terus. Mengalakkannya berfikir mungkin dapat menjawab segala persoalan yang mahu dibangkitkan.
Menyusukan anak ni bukan apa, nanti jadi manja sebab asyik nak dekat dengan ibunya je." 
Jawapan,
"Maksudnya bila anak rapat dengan ibunya, tak bagus untuk perkembangannya ya? Betul ke begitu?" 
7. Berterus-terang
Sekiranya ada individu yang berterus-terusan mengkritik keputusan ibu menyusukan bayinya, ada baiknya kita terus terang kepadanya. Nyatakan yang kita tak selesa ataupun berkecil hati dengan kritikan yang selalu diberikannya dan memintanya supaya berhenti mempertikaikan keputusan yang kita ambil. Cuba berbicara dengan penuh berdiplomasi dan lembut supaya tidak timbul isu bermasam muka yang berpanjangan.

8. Menghadiri Perjumpaan Ataupun Join Group Sokongan
Berdampinglah dengan rakan-rakan yang memahami penyusuan ibu. Menghadiri perjumpaan ataupun add group sokongan di Facebook dapat membantu ibu mencari idea-idea baru bagi menghadapi kritikan-kritikan pedas.

Dengan berkongsi perasaan dan pengalaman, rasa tertekan ataupun sedih dapat diubati dan semangat bagi terus memperjuangkan PSI pasti kembali berkobar.

10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang
Kerap share bersama group penyusuan susu ibu
 9. Gunakan Kata-kata Daripada Mereka Yang Berautoriti
Sesetengah orang just nak percaya kalau kita petik kata-kata orang berpengaruh dan pihak berwajib. Ibu menyusu sekalian boleh menggunakan polisi yang diwartakan oleh World Health Organization (WHO) yang juga diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedua-dua organisasi ini menyarankan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun ataupun lebih. Selepas 6 bulan, makanan pelengkap perlu diberikan kepada bayi.

Kaedah ini juga dapat digunakan sekiranya ibu menghadapi komen negatif daripada pengamal perubatan yang tidak arif dalam soal penyusuan. Sekiranya ibu perlu berjumpa dengan doktor dan sudah mengetahui persepsi doktor yang tidak tepat berkenaan penyusuan, buat sedikit kajian, dapatkan fakta yang tepat, cetakkannya dan bawa berbincang dengannya. Skiranya doktor itu masih berkeras dan terus memberi kritikan, ibu berhak mendapatkan pendapat kedua dari doktor lain.

Bagi umat Islam, petikan ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah ataupun cerita-cerita sirah dapat mempengaruhi pengkritik supaya menilai kembali persepsi mereka. Surah Al-Baqarah ayat 233 bermaksud:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya......." 
Ayat di atas mampu menjadi senjata ampuh bagi menghadapi pengkirtik tegar penyusuan ibu. Kajian sains tekrini juga sudah banyak membuktikan kebaikan penyusuan ibu seperti yang dianjurkan oleh Islam.

10. Peranan Suami Juga Penting
Sekiranya isteri mendapat kritikan daripada saudara-mara ataupun sahabat handai, suami perlu berganding bahu dalam mempertahankan keputusan yang sudah anda berdua sepakat. Pengkritik juga akan berfikir dulu sebelum terus memberikan komen negatif. Bantuan suami pasti dihargai oleh isteri, terutamanya apabila berhadapan dengan saudara sebelah suami.

10 Cadangan Jawapan Ibu Menyusu Balas "Komen Negatif" Daripada Mulut Orang
Suami perlu memainkan peranan penting 

Walaupun perjalanan penyusuan mungkin ada naik turunnya, jangan dedahkan cerita sedih kepada mereka yang kurang arif dengan penyusuan. Sikap positif, ceria, kegembiraan dan kerkeyakinan tnggi dalam  menyusukan permata hati dapat "berjangkit" kepada orang lain. Siapa tahu mereka mungkin akan mengikut jejak langkah kita menyusukan anak mereka kelak.

Jadilah insan yang sentiasa melihat sesuatu perkara secara positif. Segala kritikan, komen dan cabaran pasti dapat dihadapi dengan tenang tanpa meninggalkan parut di hati.

Tahniah kerana menjadi Ibu Yang HEBAT!

Anda juga mungkin berminat: Breastfeeding In Public?


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment