Monday, 24 November 2014

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat Agar Azam Tahun Baru Nak Kurus Tercapai

2 comments
Sejak kisah Mah yang menjadi hit kerana suaminya kata dia tidak menjaga penampilan, ramai wanita yang bertungkus lumus cari jalan alternatif cara kuruskan badan dengan cepat. Sebenarnya tubuh cantik bukan bererti kurus semata-mata sebaliknya ia merangkumi struktur tubuh, pejal dan kulit yang sihat.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat

Ada yang berjaya turunkan berat badan dengan cara tidak makan langsung namun tubuh mereka tidak menawan kerana mengalami masalah menggeleber dan wajah nampak pucat kerana cara diet yang salah. Bawa bertenang kakak-kakak sekalian, kerana masih ada masa untuk tampil kurus secara sihat pada tahun 2015. Tanamkan azam dan boleh start hashtag #misikurus2015 #azamkurus2015 #icandoit kat facebook atau intagram masing-masing sekarang.

Apa cara untuk dapatkan tubuh pejal dan kurus dengan sihat? Ini caranya:

Keperluan Kalori Sehari
Jika anda ingin diet secara sihat, perkara yang paling utama ialah keperluan kalori masuk dan keluar dalam masa sehari. Selepas tahu berapa kalori yang anda perlu bakar dalam sehari, anda boleh kontrol berapa kcal (kilo kalori) yang perlu diambil dalam masa sehari untuk maintain atau turunkan berat badan.

Cara Pengiraan: Kalori Yang Perlu Dibakar

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat Agar Azam Tahun Baru Nak Kurus Tercapai
Setiap kalori masuk dan keluar amat penting dalam program diet yang seimbang
Ketahui BMI Anda
Hubungan antara berat dan ketinggian dijelaskan dalam nombor yang dipanggil indeks jisim badan atau dalam Bahasa Inggerisnya, body mass index (BMI). BMI digunakan secara meluas sebagai satu kaedah yang mudah untuk menilai antara individu berat badan dan berkaitan dengan ketinggian individu itu untuk melihat perbandingan dengan dilabelkan sebagai 'Normal.'

Bawah 18.5Underweight
18.5 - 24.9Normal
25.0 - 29.9Overweight
30 dan ke atasObese

Cara Pengiraan BMI: Berat (kg) / [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]
Jika BMI anda Normal, tahniah! Jika Overweight dan Obese, sila ikuti tips seterusnya di bawah. 

Minum Air Putih 8 Gelas Sehari
Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air putih. Ia membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga ginjal dan membuatkan kulit lembap. Selain itu, air putih membantu meningkatkan metabolisme dan membuang toksin dalam tubuh.

1 liter air = 25kg berat badan

Jika berat anda 70kg, anda diharuskan minum sebanyak 3 liter. Orang kata gemuk air tak boleh minum air banyak, ternyata SALAH kerana kita memerlukan air yang secukupnya untuk buang (detox) segala lemak dan toksin dengan lancar.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Cukupkan minum 8 gelas sehari untuk dehirasi
Tips: Minum segelas air putih bermula dari pukul 8am, 10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm, 10pm. Dah cukup 8 gelas sehari!

Makanan Sihat dan Seimbang
Kita perlu bersenam dan mengambil makanan seimbang agar kita dapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas. Bukannya diet dengan tak makan terus, bak kata cikgu fitness kita, Kevin Zahri "nasi tak bersalah". Kuantiti nasi perlu dikurangkan dan pilih lauk sama ada bakar, kukus ataupun rebus.
Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Diet bukan bererti biarkan perut kosong. Perlu makan makanan seimbang
Tips: Antara diet yang sesuai ialah Diet Dengan Ikan kerana banyak manfaatnya dan anda juga boleh cuba Diet Mengikut Jenis Darah anda. 

Senaman Membentuk Tubuh
Aerobik atau zumba antara senaman yang dikatakan paling efektif untuk langsing kerana ia melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Senaman ini membuatkan tubuh menjadi pejal dan bersenam selama 20 minit setiap hari akan membantu kekalkan tubuh badan yang sihat.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Senaman akan membina otot dan membakar lemak
Agar tubuh lebih menarik, lakukan senaman khusus seperti latihan angkat beban, kardio dan aktiviti renang kerana senaman yang konsisten akan membina otot untuk menjadikan proses pembakaran lemak lebih baik. Ia juga membantu membentuk perut, punggung, lengan dan paha lebih cantik.

Anda mungkin boleh ikuti: Zumba (Beginner 1), Zumba (Beginner 2) dan Senaman Di Rumah

Elak Makanan Segera
Makanan segera adalah musuh utama untuk kesihatan anda. Ia mempunyai kalori yang tinggi dan serbuk perasa yang kurang elok. Makanan ini juga meyebabkan berat badan meningkat dan menyumbang kepada masalah kesihatan lain. Lantaran itu, gantikan makanan segera dengan menu sihat seperti aneka salad, kerabu, buah-buahan dan lauk pauk yang dikukus.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Elakkan makan junk food (cuba seminggu, dua minggu dan kemudian 21 hari)
Tips: No sweets, no cakes, no white bread, no chips, no fast food, no ice cream, no junk food.
Telah terbukti bahawa ia mengambil masa selama 21 hari untuk dijadikan habit yang baik. Letakkan "Post It Note" untuk setiap hari di dinding dan koyakkan satu persatu untuk teruskan bermotivasi. Buat selama 21 hari = Results.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Tampalkan note di dinding untuk cabaran "Eat Clean" habit
selama 21 hari
Manjakan Diri Di Spa
Sekali sekala apa salahnya beri reward kepada diri sendiri lepas dah penat bekerja. Belai tubuh dan wajah di spa, rawatan ini membantu anda tampil anggun dan bertenaga. Rawatan sauna atau mandi herba misalnya dikatakan dapat membantu membuang toksin dan membakar lemak. Begitu juga dengan rawatan lulur yang menyingkirkan sel mati dan membuatkan kulit anda mulus.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Manjakan diri ke SPA dengan encik suami
Pelbagai jenis urutan pula dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan darah. Urutan ini juga membuatkan tubuh berasa relaks dan memecahkan lemak pada tubuh. Tubuh juga berasa segar dan isi menjadi lebih pejal. Kalau rasa spa mahal, beli je kat Groupon.my

Lebihkan Makan Sayur & Buah
Orang Malaysia memang suka pencuci mulut yang jenis manis-manis seperti kuih muih tradisional, kek, puding dan ais krim. Pencuci mulut seperti ini lah puncanya berat makin bertambah dan lambat laun menyumbang kepada penyakit kencing manis.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Lebihkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan
Anda masih boleh menikmati hidangan enak cuma tukarkan dari pencuci mulut yang manis kepada hirisan buah-buahan segar seperti limau, tembikai atau betik. Selain buah, banyakkan makan sayur-sayuran yang sangat tinggi khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Supplement Semulajadi
Hari ini, supplement menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat moden dan tidak salah mengambil supplement untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi. Pilih supplement yang sesuai dengan diri anda, misalnya Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan atau supplement serat yang dikatakan dapat membantu melancarkan penghadaman.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Alfalfa & Herblax yang mengandungi serar dan berfungsi sebagai detox
Alfalfa dan Herblax adalah supplement semula jadi mengandungi serat, vitamin dan mineral serta berfungsi sebagai detox untuk menarik keluar lebihan lemak dan melancarkan sistem penghadaman dengan berkesan.

Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Makan makanan berasaskan karbohidrat dalam kuantiti sedikit. Karbohidrat yang baik dari buah seperti pisang, sayuran dan gandum. Karbohidrat membekalkan tenaga pada tubuh, jadi jangan tinggalkan terus kumpulan makanan ini. Lebihkan pengambilan protein kerana ia membentuk otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Sumber protein yang bagus
Lemak VS Otot
Pernahkah anda rasa badan anda telah susut, seluar baju dah longgar tapi berat tidak turun mendadak walaupun kerap bersenam? Jangan khuatir kerana itulah yang dinamakan fat loss. Fat loss adalah lebih penting berbanding weight loss kerana setiap otot yang dibina akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Secara ringkasnya, otot membakar lemak. Jadi untuk membuang lemak-lemak yang ada ialah dengan membina otot.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Kandungan lemak dan otot yang mempunyai jisim yang sama tapi saiz yang berlainan


Cadangan supplement untuk proses bakar, buang dan bina yang bersesuaian untuk diet anda ialah, 
  • LECITHIN - Membantu memecahkan lemak bdan dan mengurangkan lemak yang tersendat pada pembuluh-pembuluh darah dan mengurangkan kolestrol jahat (LDL). 
  • ALFALFA/HERBLAX - Mengandungi serat, vitamin dan mineral serta berfungsi sebagai detox untuk menarik keluar lebihan lemak dan melancarkan sistem penghadaman dengan berkesan.
  • CINCH SHAKE MIX - Protein terbaik yang mengandungi asid amino (leucine) untuk mengekal dan menambahkan jsim otot (berlaku dalam proses weight loss). Nilai glycemic (GI) yang rendah untuk mengekalkan tenaga dan paras gula dalam darah yang normal.

Cara Kuruskan Badan Secara Sihat
Cinch Shake Mix: Protein yang membantu untuk membina otot

Bagaimana nak tahu sama ada diet ini berkesan? 
  • Kira peratus lemak tubuh
  • Tengok depan cermin dan lihat perbezaan badan
  • Ambil pita pengukur dan ukur tubuh badan anda
  • Cuba baju yang zaman dulu masa kurus, muat atau tak. Kalau yang memang tak pernah kurus, confirm kena beli baju lain. 
  • Lepas 2,3 minggu, tanya pada kawan-kawan, "Aku dah kurus sikit tak?"
Setiap orang yang ingin kurus secara sihat perlu makan makanan seimbang, melakukan senaman 
secara berterusan, dapatkan protein yang secukupnya secara konsisten dan disiplin yang tinggi untuk kekalkan tubuh badan yang sihat. Ingatlah bahawa progress untuk kurus secara sihat bukanlah sehari dua, ia memakan masa. SLOW PROGRESS...IS PROGRESS, DON'T GIVE UP. 


Semoga Azam Tahun 2015 Untuk Kurus Dengan Sihat Tercapai!

Anda juga mungkin berminat:
 7 Rahsia Diet Dengan Ikan, Chef Gordon Ramsay Pun Tak Tahu
- Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah
- Boleh Ke Kurus Dengan SET KURUS SHAKLEE?
- Kiraan Kalori Yang Perlu Dibakar Dalam Sehari
- Malu Bersenam di Gymnasium? Depan TV Pun Boleh!


--------------------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian Set Kurus Shaklee ataupun ingin mendaftar ahli, anda boleh hubungi saya 012 400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Penulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

    >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<

    ReplyDelete
  2. artikel yang sangat menarik sekali.. :)

    ReplyDelete