Monday, 6 October 2014

Cara Atasi Masalah Perut Berangin Walaupun Makan Petai

Leave a Comment
Masalah perut berangin atau kembung sering kali terjadi apabila gas berlebihan di dalam perut dan usus. Lebih masalah lagi kalau perut berangin sehingga rasa keras perut, pedih ulu hati, sakit kepala ataupun kadang-kadang sampai sakit belakang. Anda juga mengalami masalah perut berangin? Saya sendiri memang mengalami perut berangin, memang perit.



Waktu di sekolah asrama, perut saya selalu berangin, so perut jadi keras di bahagian bawah pusat dan sembelit yang teruk. Rasa macam nightmare kalau nak membuang sebab kadang-kadang sampai berdarah. Tapi lain pula halnya kalau makan petai. Ada orang tak suka petai sebab baunya busuk tapi saya sangat suka sebab sedap terutama sekali kalau buat sambal udang petai, memang sodap!

Saya pernah cuba makan sambal udang petai, saya ambil dua biji petai je sebab takut perut berangin. Selepas makan, perut saya berangin dan mesti cirit birit, ulang ke tandas lebih dari 4 kali. Kemudian saya kurangkan pengambilan dari dua biji ke satu biji petai, tapi masalah perut berangin tetap sama. Akhirnya saya akur dan kalau saya makan sambal udang petai, saya biar je petai tu kat pinggan tapi masalah perut berangin tetap sama! Pelik sungguh sebab saya ambil sambal je tapi tetap perut kembung dan ke tandas berulang kali, macam diarrhea.

Paling seksa sebab gas tak dikeluarkan oleh badan melalui 'kentut' ataupun 'sendawa.' Jadi saya ambil keputusan untuk elakkan dari makan petai terus. Setelah sekian lama iaitu bertahun juga saya tak makan petai, kakak saya masak pekasam daging dan petai pula hari Sabtu lepas. Disebabkan teringin sesangat nak makan petai, ku harungi jua! Ambil sampai 4,5 biji pula tu! Masa tu memang dah redha tapi pada masa yang sama dalam hati dah bercakap-cakap dah "Habis lah kau Melissa, kejap lagi perut berangin lah."

Pekasam daging dan petai.. meletoppp

Selalu kita makan pekasam ikan kan, ini pertama kali saya try pekasam daging dengan petai. Saya tekad lepas makan memang wajib ambil Peppermint Ginger untuk legakan perut berangin dan buang segala gas yang terperangkap di dalam usus, tak kisahlah ketut ke sendawa ke, janji keluar angin. Saya jarakkan masa dan selepas makan, saya telan Peppermint Ginger.

Alhamdulillah, untuk pertama kalinya perut saya tak berangin dan saya tak cirit-birit dan tak ulang ke tandas seperti sebelumnya. Gembira sangat sebab setelah bertahun saya tak sentuh petai, apa tah lagi makan, akhirnya saya boleh kembali makan petai lepas ni. Dengar macam lawak sebab iyelah petai je kan. Antara makanan berangin yang saya sentiasa elak (kadang-kadang bedal juga), petai adalah yang paling kuat menyebabkan perut saya berangin dengan teruk tetapi petai juga mempunyai banyak manfaat.


Kenapa Peppermint Ginger berkesan?

Peppermint Ginger berkesan untuk masalah perut berangin kerana kombinasi 4 herba iaitu pudina, halia, pokok adas (fennal) dan cekur manis (anise) membantu dalam penghadaman, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Secara klinikal ianya sangat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut dan usus, loya, mual angin ketika mengandung, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Anda boleh juga larutkan dalam air panas menjadi teh herba untuk mencuci usus dan perut.

Untuk mengetahui lebih lanjut, Klik Sini: Kelebihan Peppermint Ginger

Peppermint Ginger atasi masalah perut berangin


Kini, 
Tidak Ada Lagi Masalah Perut Kembung dan Berangin!

Sekiranya anda mengalami masalah susah nak buang angin iaitu asid/gas yang terkumpul dalam perut anda sehingga menyebabkan pedih ulu hati dan perut berangin, saya cadangkan anda ambil Peppermint Ginger untuk melegakan perut dari kembung dan melancarkan proses "buang angin".

-------------------

Anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan Peppermint Ginger secara COD ataupun secara penghantaran ke seluruh Malaysia. Jangan biarkan perut dibelenggu angin yang memeritkan. Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment