Tuesday, 7 October 2014

#2: Percutian Idaman Saya: Iceland

Leave a Comment
Pernah tengok The Secret Life of Walter Mitty? Ben Stiller berlakon sebagai Walter Mitty yang memegang watak seorang yang sangat pasif tapi dia kerap sangat berangan nak jadi seorang penuh dengan adventure dan true traveller. Satu hari, dia ingin mencari Sean O' Connell untuk mendapatkan negatif filem yang terakhir dan dia dapati Sean berada di Greenland. So dia dengan work attire siap bawa briefcase terus ke Greenland (pengambaran di Iceland). Pengembaraan Walter Mitty bermula apabila dia mula naik helikopter dan sampai di Iceland.



Percutian Idaman Saya ialah ICELAND

Saya memilih Iceland sebagai percutian idaman saya kerana pertama; lepas tengok Walter Mitty dan kedua; sebab Iceland dikenali sebagai The Land of Ice and Fire. Seramai 64% penduduk di Iceland masih percayakan kewujudan Elf , Trolls ("the love experts" dalam cerita Frozen) dan legenda mistik lain. Iceland terkenal dengan kombinasi earthly features yang sangat cantik.

Bukan semua tempat kita berpeluang untuk alami dan lihat sendiri glasier, geisar, lava farm, cerun yang tajam, sungai, air terjun, pantai, ikan paus dan gunung berapi dalam jarak yang begitu dekat antara satu sama lain. Tapi semua ni kita dapat lihat di Iceland. Orang kata, sampai saja di Iceland, kita boleh bau laut, sulfur and adventure!

"The first condition of understanding a foreign country is to smell it." - Rudyard Kipling 

Iceland dianggarkan mempunyai seramai kira-kira 350,000 orang penduduk. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík. Antara tarikan pelancong di bandar ini ialah Hallgrímskirkja (Church of Iceland) kerana keunikan seni binanya. Kebanyakan tempat pelancongan utama dan tempat pendakian berada di luar kawasan Reykjavík. Kita boleh sewa kereta ataupun ikut tour group.

Reykjavik, Iceland

Lokasinya  yang terletak di bawah Arctic Circle, membuatkan waktu siang panjang pada musim panas hampir 24 jam atau dikenali sebagai fenomena Midnight Sun dan pada musim sejuk, waktu siang menjadi sangat pendek.

Pada musim sejuk, Iceland menjadi gelap dan kita akan dapat melihat kecantikan alam semula jadi iaitu langit berwarna hijau yang menakjubkan iaitu Aurora Borealis (Northern Lights). Cantik kan?

Midnight Sun 
Aurora Borealis (Northern Lights)

Antara tempat menarik di Iceland ialah tiga air terjun yang ingin saya pergi iaitu Seljalandsfoss, Gullfoss dan Skógafoss. Seljalandsfoss Fall terletak di selatan Iceland. Kebanyakan gunung berapi di sana akan meletus lima kali setahun dan di antaranya ialah gunung berapi Eyjafjallajoekull yang pernah meletus pada tahun 2010 dan menyebabkan laluan udara di Eropah terpaksa ditutup.

Berbelit lidah nak sebut hehe 

Seljalandsfoss Fall
Eyjafjallajoekull

Gullfoss pula adalah antara tempat penarikan pelancong yang famous di Iceland. Terletak di sungai Hvítá di barat daya Iceland di Golden Circle. Di Golden Circle terdapat air terjun Gullfoss, Strokkur geyser (geysir geothermal) dan Thingvellir National Park.

Gullfoss Waterfall
Strokkur geyser boleh naik setinggi 30 meter

Banyak lagi tempat dan pemandangan semula jadi yang sangat cantik di Iceland seperti air terjun Svartifoss dan glasier Skaftafell di Vatnajokull National Park. Ada di antara scene dalam The Secret Life of Walter Mitty di atas gunung di sini, iaitu ketika kononnya Walter Mitty tengah hiking di Himalaya.
Hiking di Skaftafell
Air terjun Svartifoss dan glasier Skaftafell
Skaftafell Ice Cave
Kalau senaraikan tempat-tempat di Iceland yang nak saya pergi memang tak terhingga banyaknya jadi jom kita tengok gambar-gambar menarik dan sangat-sangat cantik di Iceland yang mungkin Insha Allah saya akan travel satu hari nanti.

Stykkisholmur adalah sebuah bandar terletak di bahagian barat Iceland,
di utara Semenanjung Snæfellsnes.
Jalan ke Hofn

Hofn adalah sebuah bandar nelayan di bahagian tenggara negara ini.
The Blue Lagoon spa geothermal di Iceland. (bagus untuk kulit)
Terletak di lava field di Grindavik di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland. 
Icelandic horses di Snæfellsnes, barat Iceland

Cukup sampai di sini dulu, penat mengarang seharian hehe tak sabar rasanya nak capai wishlist Iceland ni. Kalau diberi rezeki ke sana, saya perlukan seminggu untuk kelilingi kepulauan Iceland dan melihat keindahan alam semula jadi yang berwarna-warni. Rasa macam tak sabar nak tengok heaven on earth ni :)

Sebelum ni mesti tak terfikir pun Iceland akan tersenarai dalam bucket list tempat percutian kan? Mungkin lepas baca entry saya ini, ramai yang akan berubah fikiran dan teringin sama jejakkan kaki ke sini. Jom menabung..

takk fyrir að lesa

Baca entry sebelum ini:
3 Fakta Menarik Tentang Saya
- Cara Atasi Masalah Perut Berangin 

*Gambar ihsan dari google, Zahariz Khuzaimah, pinterest dan beberapa blog lain. 

---------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment