Friday, 31 October 2014

Maafkan Diri Anda Dan Orang Lain Untuk Peroleh Kebahagiaan

Leave a Comment
Ramai dalam kalangan kita mudah melafazkan kata-kata kemaafan seperti, "Saya maafkan awak," dan sebagainya, namun di sebalik kata-kata yang dilafazkan masih ada lagi perasaan sakit hati dan kita tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukan terhadap kita. Jika seseorang itu masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan terhadapnya, dia sebenarnya belum lagi memaafkan kesalahan orang terhadapnya.

Menurut kajian saintifik, manusia mempunyai dua emosi paling beracun yang tidak boleh ada di daam diri manusia iaitu salah satunya menyesal atau dendam dan marah pada orang lain.

Kajian tersebut dilakukan dengan mengambil beberapa orang individu bagi mengenal pasti perasaan marah dan kesal dalam diri mereka. Apabila para pengkaji mengukur pH (peluh) beberapa individu ini, didapati kuantiti asid di dalam tubuh mereka amat tinggi. Ini menunjukkan bahawa, emosi sangat mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan manusia. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa minda kita yang mengawal segala jenis bentuk tindak balas badan. Salah satu daripadanya ialah emosi. Maka tindak balas negatif ini memberikan kesan buruk kepada bahan, sekaligus membuktikan bahawa minda lebih kuat berbanding fizikal seseorang.

Jika seseorang itu tidak boleh memberikan kemaafan, maka dia tida boleh memaafkan dirinya sendiri, perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Jika setiap hari dia dikuasai oleh perasaan sebegini, bagaimana dia boleh mendapat tubuh badan yang sihat, apabila tindak balas negatif daripada mindanya sering meracuni. Apabila psikologi seseorang itu negatif, maka Fisiologi dan Biokimia (biochemistry) pula akan menjadi negatif.

Biokimia di sini bermaksud status hormon dan kimia dalam tubuh badan manusia. Apabila seseorang itu gmbira hormon yang terhasilnya membentuk emosi gembira dan gelombang otak serta sel-sel badan akan meningkat dengan positif.

Apabila kita dikuasai oleh sifat-sifat marah dan sifat-sifat negatif yang lain, sebenarnya hal itu amat merugikan. Mengapakah kita perlu memarahi orang lain hanya kerana dikutuk, dikeji ataupun dikhianati dalam masa lima minit sahaja tetapi kita marah orang itu bertahun-tahun lamanya seolah-olah kita telah memberikan seluruh nyawa kepadanya.

Nyawa yang Allah berikan kepada kita adalah supaya kita beriman, beramal dan sebagainya. Tetapi akhirnya perkara itu tidak dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan perasaan sakit hati kepada orang lain sekaligus ia merosakkan diri kita sendiri. Oleh itu, jangan biarkan diri kita terganggu dengan apa yang dilakukan olehnya. Setidak-tidaknya anggaplah kutukan yang diberikan itu sebagai gurauan.



Lihatlah contoh yang terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Baginda berasa sedih, namun Baginda tidak berasa marah apatah lagi berdendam, apabila orang-orang Thaif telah menolak dakwahnya dan mencederakan tubuh badannya.

Orang yang selalu marah dan menyesal sebenarnya mereka telah mengumpulkan toksin dan racun yang banyak dalam diri mereka sendiri. Oleh itu, apabila kita membersihkan jiwa kita dari dalam, maka kehidupan akan menjadi damai, tenang dan tida mudah berasa marah kepada orang lain.

Panas Baran: Sifat Yang Memusnahkan

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul.

Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetap kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik." Jika kita berhadapan degna seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya.

Mohonlah bantuan daripada Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita tidak suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
  • Perbetulkan diri sendiri dahulu
  • Berasa belas kasihan kepada orang yang panas baran
  • Cuba berkomunikasi dengan baik
Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana. 

Berlemah-lembutlah dalam berbicara

Kebiasaannya, manusia akan bertindakbalas melalui imej dirinya. Apabila dia bersama ahli keluarga yang tidak pernah menghargai apa yang dilakukan ataupun berbual agak kasar dengannya, maka imej dirinya bersama keluarga amat rendah. Ini bererti, dia mungkin merasa kurang diterima dalam keluarganya. 

Tetapi apabila dia bersama orang luar, dia dipuji dan dihargai, maka imejnya akan meningkat dna dia akan bertindak balas dengan baik. Perbualannya penuh sopan santun dan sebagainya, kerana dia berada di sekeliling orang-orang yang menghargai apa yang dilakukannya. Orang yang pemarsh adalah orang yang takut, takut kehilangan dan takut tidak dihormati. 

Orang yang marah akan berasa takut kerana bergantung kepada manusia dan pnghargaannya, bukan kerana Allah s.w.t. Contohnya sesiapa yang bergantung kepada jawatan, akan bimbng jawatannya itu hilang. 

Sesiapa yang bergantung kepada Allah, dia akan sentiasa kuat dari segi mental dan fizikalnya kerana dia tidak memikirkan mengenai apa yang orang lain katakan. Orang yang tidak yakin kepada diri sendiri adalah orang yang mudah maah dan tidak memfokuskan keyakinan kepada nilai yang tersirat, iaitu makna dna ganjaran perbuatan yang sebenar adalah di sisi Allah s.w.t. 

Permudahkan Memberi Kemaafan 

Orang yang melakukan kesalahan, sebenarnya berada dalam aura atau ekspresi yang berlainan. Manakala orang yang telah memaafkan juga berada dalam ekspresi yang berlainan. Terdapat 3 ekspresi pada diri manusia iaitu: 

FIZIKAL, ROHANI, EMOSI.

Antara ketiga-tiga ekspresi ini, rohani adalah paling tinggi. Unsur kerohanian yang tinggi akan membawa diri lebih hampir kepada Allah, sekaligus mudah menerima dan menyesali kesilapan. 

Apabila seseorang itu membuat kebaikan, seperti mudah memaafkan orang dengan sendirinya, kehidupannya akan bertambah baik. Orang yang memaafkan itu akan melihat kehidupannya lebih aman dan harmoni. 

Hal ini dapat membuka mata dan menyedarkannya bahawa persengketaan, sifat marah ataupun berdendam langsung tidak membawa kebaikan kepada kehidupan. Oleh itu, minda yang positif penting bagi menangani emosi, supaya aura ketenangan diri dapat dirasai. 


Manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu, carilah sebanyak mungkin keredaan Allah supaya ia dapat menjadi bekalan di akhirat nanti. Janganlah hidup di dunia ini hanya untuk marah, dan tidak mahu memafkan orang lain kerana ia adalah sifat mazmumah amat merugikan kita. Oleh itu, kita perlu mudah memafkan orang insha Allah, orang lain juga akan mudah memaafkan kita. Dan hidup kita akan lebih bahagia dunia dan akhirat. - Bahagia Dan Membahagiakan

"Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan dan ketenangan 
dalam hidup."

Anda Mungkin Berminat: Kuasa Sedekah Hari Jumaat Yang Membuatkan Anda Menangis Syukur



-----------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment