Friday, 24 October 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Leave a Comment
Membaca Al-Quran mempunyai banyak ganjaran pahala sehingga tidak termampu untuk kita menghitungnya. Antaranya adalah seperti yang dijelaskan dalam hadith berikut:

Abu Umamah melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w mengingatkan: 
"Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela kepada orang yang membacanya."  
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim) 
Ibn Mas'ud melaporkan Rasulullah s.a.w mengatakan: 
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka untuknya satu ganjaran kebaikan. Setiap satu kebaikan itu akan digandakan pula dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf. Tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." 
(Hadith ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan dikategorikan sebagai hasan sahih) 

Ini adalah sebahagian daripada ganjaran pahala yang disediakan kepada orang yang membaca Al-Quran secara umum. Selain itu, terdapat juga ganjaran-ganjaran khusus yang disediakan untuk surah-surah dan ayat-ayat tertentu. Contohnya, surah Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas dan beberapa ayat dan surah-surah lain.

Ini termasuk yang dijanjikan adalah kelebihan surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kelebihan ini disebut secara khusus dalam beberapa hadith Rasulullah s.a.w.


Terpelihara Dari Fitnah Dajjal

Seorang sahabat Nabi iaitu Abu Darda' melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat pertama daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal."  
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim)
Ibnu Kathir juga turut merekodkan hadith ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim ketika menghuraikan kelebihan surah Al-Kahfi.

Selain itu, Abu Darda' juga melaporkan satu hadith lain yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan dipelihara daripada fitnah dajjal." 
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim dan An-Nasaie. Ibnu Kathir juga merekodkan hadith ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim)
 Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim menjelaskan sebabnya. Menurut beliau, pada awal surah Al-Kahfi terkandung ayat-ayat yang menceritakan tentang keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Oleh itu, orang yang menghayati dan memahami maksudnya, pasti tidak tertipu dengan fitnah dajjal. Begitu juga pada ayat-ayat terakhir surah ini. Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al-Kahfi ayat 102:


"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka dapat mengambil hamba-hambaKu menjadi penolong selain Aku?..." 


Sumber ketenangan (As-Sakinah)

Seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Barra' melaporkan seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi. Pada ketika itu, disisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali. Lelaki itu melihat ke atas dan mendapati awan kabus menaunginya. Awan kabus itu bergerak dekat dan semakin dekat sehingga memnbuatkan kudanya meronta-ronta ingin lari. Apabila tiba waktu pagi, lelaki itu berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya. Rasulullah s.a.w berkata, "Itulah ketenangan (As-Sakinah) yang turun disebabkan Al-Quran."

Imam Ibnu Kathir menyatakan, lelaki dalam peristiwa itu adalah Usaid bin Al-Hudhair. Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.



Keutamaan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat." 
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Baihaqi. Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam Sahih Al-Jami' menyatakan hadith ini adalah sahih)
Hadith lain yang menyebut tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat adalah seperti berikut:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul 'atiq." 
(Hadith ini direkodkan oleh Darimi, An-Albani, dalam Shahih Al-Targhib wa Al-Tarhib menyatakan hadith ini shahih) 
Berdasarkan hadith-hadith ini, surah yang disunatkan untuk dibaca pada malam ataupun hari Jumaat adalah surah Al-Kahfi. Kelebihan surah ini disebutkan secara khusus.

Hari Jumaat bermula dengan terbenamnya matahari pada hari Khamis dan berakhir semasa terbenamnya matahari pada hari Jumaat. Oleh itu, apabila disebut hari Jumaat, ia termasuk malam Jumaat. Imam Asy-Syafi'i dalam Al-Umm menyatakan membaca surah Al-Kahfi dapat dilakukan pada malam Jumaat dan siang Jumaat berdasarkan hadith-hadith yang dilaporkan.

Manakala, amalan mengkhususkan membaca surah Yasin pada malam Jumaat adalah tidak berdasarkan kepada sebarang hadith yang sahih. Oleh itu, mari kita sama-sama memastikan amalan yang kita lakukan bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat di atas diambil dari sebahagian petikan buku "Hikmah Surah Al-Kahfi" oleh penulis A.Razak Muthalib. Buku ini dihadiahkan kepada saya oleh seorang kenalan saya. Semoga Allah membalas jasa dan memberi ganjaran di akhirat nanti, cik adik manis. Terima kasih! You know who you are :)

Boleh KLIK SINI untuk mendengar bacaan surah Al-Kahfi yang sangat lunak oleh Sheikh Mishary Rashid Alafasy.



------------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian ataupun join keluarga Shaklee kami, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta maklumat lanjut tentang Shaklee. 

Konsultansi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment