Thursday, 23 October 2014

Gambar Kenangan Di Cameron Highlands Dari Tahun 1993 - 2014

1 comment
Hai semua!

Entry kali ini saya nak share gambar-gambar kenangan kami sekeluarga di Cameron Highlands dari tahun 1993 hingga 2014. Ye, dalam masa 21 tahun ini! Haaa anda boleh tengok transformasi gambar saya dan adik beradik saya dari penambahan ahli keluarga, kekurangan ahli keluarga dan penambahan ahli keluarga balik. Dari zaman era 90an, zaman milenium dan zaman ramai keyboard warrior di social media.

First time kami sekeluarga ke Cameron Highlands masa tahun 1993. Waktu tu ikut family day tempat kerja ibu saya, iaitu di PKNS, Shah Alam. Saya darjah 1 dan terpaksa ponteng hari sukan kat sekolah sebab ikut trip family day ni hehe

Rombongan cik Kiah bertolak dari Shah Alam dan terus gerak ke Tapah. Masa tu memang ada satu jalan je nak ke Cameron Highlands, dah la jalan bengkang bengkok so memang pening dan muntah dalam plastik lah jawabnya haha

Kami bermalam di banglo milik bos ibu saya, lebih kurang macam homestay. Cuaca kat Cameron Highlands masa tahun 1993 bukan macam zaman sekarang, memang sejuk lain macam. Yelah belum ada global warming lagi, bangunan pencakar langit, pembalakan pun kurang, so cuaca memang sejuk sangat. Rumah banglo 3 tingkat tu mempunyai bilik bawah tanah. So sesiapa yang bujang masa tu kena tidur kat bilik bawah tanah tu. Gambar pada tahun seterusnya boleh lihat di bawah dan baca caption tau. Korang mesti senyum :)

Bak kata Rod Stewart, "Every Picture Tells A Story."


1993
Family Day

Depan The Smoke House Hotel tapi tak tidur sini pun hihi
Seluar yankee, overall, tudung ikat belakang, sneakers putih tengah 'in' zaman ni
Rose Valley: Gambar pertama kami sekeluarga lepas Qayyum lahir tahun 1993
Baru sampai banglo milik bos mama. Zaman dulu kena group photo selalu sebab nak cuci gambar lepas tu
Tema: Kuning
Makan malam: BBQ
Rambut panjang tu saya, baju stripes coklat tu kakak saya, Dilla & baju melayu hijau tu baba kami
Mama tengah syok menyembang dengan kawan dia kat meja lain
 Dilla dan tanaman kobisnya haha Umur Dilla 11 tahun masa ni, ramai ingat dia dah sekolah menengah sebab tinggi
Antara gambar family yang complete :)
Dilla: 11 tahun, Melissa: 7 tahun, Qayyum: 3 bulan
___________________________________

1994
Family Day part II

Hahaha gelak dulu lah kan sebab ada sunflower!
Terpaksa tutup sebab hmmm faham-faham sendiri jelah
Mama, Qayyum dan Melissa (Baba yang ambil gambar) 
Qayyum dah setahun, tengah syok makan jagung
Living room banglo milik bos mama (tempat tidur sama macam last year)
Makan malam pun sama juga macam last year: BBQ
She's a sunflower, she's my sunflower." - Frank Sinatra
___________________________________

2006
Hari Raya Aidil Adha kedua

Cactus Valley, Brinchang. Qayyum masa umur 13 tahun, tingkatan 1.
Comel je... (kalau dia tau ni mesti pissed off hahaha) 
Kitorang adik beradik ikut acu (adik mama) dan maksu Tini datang Cameron Highlands 
Zaman famous stoberi cicah coklat, masa ni umur saya 20 tahunFirst time datang Cactus Valley yang pada masa ni baru buka after so many years tak datang Cameron Highlands
Acu dan maksu Tini. Harith ke mana entah hihi
 Qayyum dan sama tinggi dah, how time flies! 
Harith (sepupu) with the famous red telephone box
Dilla dan Qayyum depan The Smoke House versi tahun 2000an
Boh Tea Plantation, Sg. Palas 
Masa ni Harith terus je lari depan kamera ayah dia hehe
___________________________________

2008
Hari Merdeka 
Field Trip | Geology Engineering

Kelas Geologi, Seksyen 1 Encik Hazreek buat field trip amik batu kat Gua Musang....
...sebab kat Batu Pahat tak cukup batu :p 
Lepas ambil batu, terus ke Kampung Orang Asli Cameron Highlands dan bermalam di sini.
Dari Batu Pahat ke Gua Musang, ambil batu lepas tu malamnya pulak presentation dan malamnya pulak Malam Merdeka. Muka happy sebab baru lepas presentation. 
Settle semua group dengan presentation, kitorang nyanyi lagu Negaraku, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang sempena Malam Merdeka. Semangat patriotik gituuuu 
Masa ni dah nak balik Batu Pahat, tidur satu malam je.
Dinding bilik semuanya dari buluh. Pulak tu ada gap, memang sejuk ya amat bbrrrrrr
Tidur beralaskan toto dan berselimutkan toto juga hehe 
Selamat datang ke Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands!
Iqmal, saya dan Muizz. Antara gambar kenangan dengan Muizz (baju biru)
Arwah meninggal bulan Ramadhan tahun 2014 selepas bertarung dengan kanser limfoma sejak tahun 2011 
____________________________________

2014
Hari Deepavali (eh baru lagi ni)

Dilla dah 32 tahun! Ingat lagi tak gambar sunflower? haha Dilla dan anak keduanya Hasya
Muka Hasya memang fotostat muka mama dia
Sweet 28th Ibu Cha tengah pilih succulents dan cactus untuk buat terrariums.
Will be the first terrarium in Ipoh! Orang Ipoh, tungguuuuuuuuu
Dilla and family. Dilla dan Abang Apeh berkahwin pada tahun 2009 dan dapat first baby, Qaireen pada tahun 2010.
Qaireen: 4 tahun, Hasya: Setahun
ps: Qaireen tengah merajuk tak mau amik gambar hehe
Uncle Ayum dah 21 tahun :)
Rasa macam baru je Qayyum lahir dan masa umur setahun tengah syok makan jagung.
Qaireen tengah mood elok nak bergambar
"Mood tengah elok nak bergambar part II" 


Sebenarnya banyak lagi gambar, dekat Boh Tea Plantation Sg. Palas, Pasar Minggu Tanah Rata, Bee Farm dan macam-macam lagi pastu ada lagi tahun yang lain tapi cukup lah kot yang ni dulu hehe Bagi saya, di sebalik gambar ada ceritanya tersendiri. Sekeping gambar boleh jadi kenangan kepada kita sampai bila-bila. 

"A picture is worth a thousand words"

Saya harap  semoga anda terhibur dengan gambar kenangan dan transformasi saya sekeluarga di Cameron Highlands dari tahun 1993 sehingga 2014 (tahun 2008 tu gambar saya sorang je muehehe) walaupun hanya dengan membaca caption :) 


-------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment:

  1. wah rajinnya dia pergi cameron.. tapi memang cantik.. pakkal jalannya susah.. kalau tak memang teringin nk pegi selalu.. nak minta suami bawa selalu tak sampai hati.. hehhe

    ReplyDelete