Wednesday, 15 October 2014

Cara Mudah Bersihkan Udang Dengan Betul

Leave a Comment
Suka makan udang kan? Saya pun suka especially kalau sambal udang, udang butter ataupun udang goreng tempura. Sedap betul! Dulu kalau saya bersihkan udang, saya buang kepala udang je dan kulit je. Tengok pada masakan, kadang-kadang buang ekor sekali tapi kadang-kadang biar je. Line hitam kat belakang udang pun saya biarkan. 



Lepas kita beli udang fresh kat pasar ataupun pasaraya, adakah anda terus simpan dalam fridge ataupun freeze tanpa membersihkan udang dulu? Tahu tak jika kita simpan udang fresh tanpa membersihkan udang dengan membuang kepala dan kekotoran di belakang udang tersebut, udang yang kita beli itu mudah mendapat bakteria. Jadi untuk elakkan udang fresh kita dijangkiti bakteria, jom ikuti cara mudah bersihkan udang fresh ini.


Cara Mudah Bersihkan Udang:

1. Basuh udang dahulu sebelum bersihkan kepala dan bahagian lain.

2. Buang kepala udang terutamanya yang berwarna kuning tu sebab ianya mempunyai kolestrol yang sangat tinggi.

3. Belah belakang udang dan membuang line yang panjang hitam tu.

4. Tarik urat hitam itu perlahan-lahan supaya urat hitam itu dapat ditarik kesemuanya. Kalau anda tarik kuat dia akan putus di tengah jalan. Tarik perlahan-lahan ok.

Belah belakang udang dan buang line hitam 

5. Kenapa perlu kita buang urat hitam belakang tu? Dalam saluran hitam itu mengandungi pasir-pasir air laut yang masin dan kotoran lain. Kalau kita tengok rancangan masakan AFC ke atau mana-mana channel, chef akan belah tengah bahagian belakang udang dan buang line hitam tu.

6. Jangan buang kulit udang kerana ianya dapat mengekalkan kesegaran udang. Buang kaki je takpe.

7. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam freezer.


Sekarang ni kalau tak buang line hitam belakang udang tu rasa geli pulak. Memang kalau bersihkan udang, wajib buang line hitam tu dulu. Senang kan? Pastikan lepas ni buang line hitam kat belakang udang. Selamat bersihkan udang!


Contoh udang yang telah dibuang line hitam 


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment