Wednesday, 8 October 2014

#3: Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya?

Leave a Comment
Semua orang ada handbag. Zaman sekarang ni lelaki pun dah ada clutch besar macam perempuan. Bagi perempuan pula, ada handbag besar adalah menjadi kewajipan terutamanya yang dah berkahwin dan ada anak, segala macam benda letak dalam handbag. Dari purse, handphone, organizer, pen, charger, botol air, pampers anak, mainan anak dan kadang-kadang biskut anak yang tak habis makan pun ada dalam handbag hehe Senyum je tu, betul lah ye.

Tapi dalam handbag saya tak banyak barang, kadang-kadang saya bawa wrislet saja. Tapi takpe, harini biar kita selongkar barang-barang yang ada dalam handbag saya. Disebabkan belum ada anak, maka boleh la saya organize cantik-cantik atas meja macam ni. 

*Klik pada gambar untuk zoom lebih besar

Apa yang ada dalam handbag saya ya?

1. Organizer - Wajib ada. Sebenarnya banyak nota, list, macam-macam lagi dalam organizer tu. 
2. Wrislet - Saiz wrislet besar sebab boleh muat samsung note ku. 
3. Pen - Nak tulis apa-apa senang. 
4. Tisu basah - Kalau seharian di luar, berhabuk dan muka naik minyak boleh terus lap. 
5. Cologne - Because perfume is too mainstream hehe
6. Breathe spray - Mana tahu baru lepas makan tempoyak ke, petai ke, rebung ke, spray sikit bagi rasa segar mulut tu. 
7. Lipbalm - Boleh kira berapa kali je pakai, memang tahan bertahun kalau beli lipbalm.
8. Earphone - Senang nak bercakap ketika memandu, sebab note yang sebegitu besar itu memang susah nak bercakap walaupun sekejap. 
9. Kabel USB - Just in case telefon dah nak flat boleh terus charge kat dalam kereta ataupun kat mana-mana. 
10. Bekas spek mata - Silau yang teruk, jadi saya sentiasa bawa spek kalau nak drive malam. 
11. Compact powder - Selalu pakai waktu pagi, tengahari kalau rajin baru pakai. 
12. Pin tudung - Ini dinamakan pin tudung kecemasan, kadang-kadang kita tak perasaan pin tudung hilang atau tercicir, jangan risau sebab pin tudung kecemasan sentiasa ada walaupun tak sama design. 
13. Hanphone - Tiada dalam gambar sebab ambil gambar di atas guna note ku ini. 

Entry seterusnya akan saya pos esok, tunggu! 


Baca entry sebelum ini di sini >> Percutian Idaman Saya: Iceland


-------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment