Saturday, 18 October 2014

Anda Pasti Tertarik Dengan Terrarium Yang Cantik Ini

7 comments
Mungkin ramai yang tak berapa familiar dengan terrarium ni, lainlah akuarium semua orang tahu. Terrarium ialah sejenis miniature ecosystem of plants atau lebih dikenali sebagai mini garden di mana kita letakkan bunga kita dan hias comel-comel dalam balang kaca samada terbuka ataupun tertutup. Ada juga yang letak dalam balang kaca, bekas tin, mentol lampu, botol kaca, gelas dan sebagainya ikut kreativiti masing-masing.

Terrarium pertama kali diperkenalkan oleh ahli botani Nathaniel Bagshaw Ward pada tahun 1842. Nama lain bagi terrarium ialah Wardian Case. Rupanya terrarium ni dah wujud 172 tahun dulu! Masa tu Perang Dunia Pertama pun belum meletus lagi.

Terrarium tertutup
Terrarium terbuka
Mula tahu terrarium cantik ni masa ternampak satu floral studio di instagram dan pada masa tu keluar kat popular post. Kat situ memang ada kelas untuk gubah bunga dan terrarium. Ya Allah comel gila! terrarium yang ada dan amat popular di negara Barat. Paling cantik kalau letak succulent plants, bunga gedebab yag kita ingat cactus tu. Yup, namanya succulent. Saya pun ingat nama bunga tu cactus versi tak tajam hehe

Succulent plants (fat plants) 
Ibu saya kaki kebun. Dulu macam-macam dia tanam dari bunga, pokok, kacang botol, cili api, serai, semuanya menjadi. Orang kata tangan sejuk, tanam apa pun menjadi. Masa saya tingkatan dua, saya pernah masuk pertandingan tanam pokok bunga secara kreatif sempena minggu sains dan saya tu saya tanam pokok bunga warna-warni kecil, lupa dah nama bunga tu tapi famous juga. Saya potong botol air besar tu jadi separuh dan baringkan botol, lepas tu saya buat lubang kat tengah-tengah kononnya macam kolam dan lekatkan bahagian atas botol tadi kat lubang tu. Tak sangka dapat nombor dua. Kalau nak diikutkan, lebih kurang macam terrarium cantik ni juga lah kan cuma masa tu langsung tak tahu terrarium ni wujud.

Bahan-bahan terrarium
Cactus & succulents terrarium
Terrarium dalam balang kaca
Bahan-bahan asas yang kita kena letak dalam balang tu nanti terdiri daripada beberapa lapisan iaitu gravel, arang, tanah yang bersesuaian dan mass (lumut tebal macam rumput karpet). Kalau ada balang kecil macam acar ikan masin talang tu jangan buang sebab selain buat overnight oats, kita boleh jadikan terrarium juga. Dah lama plan nak start buat DIY terrarium cantik ni dan misi mencari succulent kena diteruskan juga nanti.

Saya suka bunga atau pokok bersaiz kecil sebab boleh letak atas meja sebab sangat bagus especially kalau asyik mengadap laptop. Tengah letih buat kerja boleh bagi mata rehat kejap, sejuk je mata kalau nampak hijau. Sejak jadi Pengedar Sah Shaklee ni minat warna hijau makin menjadi-jadi tapi kat rumah ni ada dua jenis bunga je, itu pun bunga plastik beli kat Ikea hahaha

Sebagaimana saya suka terrarium, anda juga pasti tertarik dengan terrarium yang cantik ini sebagai hiasan rumah. Insha Allah satu hari nanti saya plan nak buat sendiri succulents terrarium cantik ini dan buka studio "Mini Green" sendiri. Doakan saya :) *Gambar diambil dari muyingenioso, lettersfromlalathesucculentsource

Jangan lupa follow @minigreent Mini Green Terrariums di Instagram ya!


-------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

7 comments:

  1. Nak 5 balang
    1 dlm bilik
    1 hall
    1 dining hall
    1 dapur
    1 meja soho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti i bagi quotation kat you

      Delete
  2. Wau uniknya.1st time tengok.ccantik sangat

    ReplyDelete
  3. Menarik! Boleh buat dengan isteri nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      Boleh follow instagram Mini Green Terrariums: @minigreent

      Delete
  4. salam perkenalan...terjah entry ini kernasuka dengan terrarium comel...

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan juga, boleh lihat terrarium comel2 saya di instagram ya!

    Mini Green Terrariums: @minigreent / http://instagram.com/minigreent

    ReplyDelete