Saturday, 11 October 2014

#6: Restoran Silaturahim Raja Segala Ulam!

4 comments
Kalau nak diikutkan memang banyak restoran kegemaran tapi selalunya saya lebih suka warung atau gerai tepi jalan ke, tepi muara ke, tepi sungai ke, tepi stesen keretapi ke ataupun hujung benua sebab selalunya warung-warung macam ni la yang lagi best.

Saya nak rekemen satu restoran kegemaran saya kat Teluk Batik. Kalau anda penggemar ikan bakar, sambal belacan, tempoyak, kuining dan masakan kampung dan ulam-ulaman seperti saya, Restoran Silaturahim adalah tempat yang WAJIB anda pergi. Saya memang hantu ulam walaupun bukan semua jenis ulam tapi kalau pergi tempat makan memang saya akan pilih ulam daripada sayur lain.

Restoran Silaturahim

Restoran Silaturahim buka setiap hari dari pukul 11am sehingga 4pm kecuali hari Jumaat. Kalau tengahari memang penuh orang makan kat sini dan signature Restoran Silaturahim ni raja segala ulam. Cakap je nak ulam apa, semua ada dan kat sini banyak sangat lauk. Percayalah memang rambang mata, tak tahu nak pilih lauk apa.


Raja segala ulam!
Pelbagai jenis lauk masakan kampung
Ikan bakar, ikan goreng, ikan sumbat dan ayam goreng
Tudia macam-macam jenis sambal dengan ikan masin


Glurp! Sedap kan? Pernah satu hari masa saya datang makan tengahari kat sini, jadi blur kejap tak tahu nak pilih lauk apa. Tapi selalunya saya ambil nasi + kuah masak lemak + ikan kerisi goreng + daun selum + sambal belacan dan tempoyak. Sup tulang pun ada kat belah kiri bahagian ikan bakar. Kalau nak air, kena layan diri. Cawan dengan ais dah tersedia kat situ. Harga kat Restoran Silaturahim ni pun berpatutan. 


Layan diri kalau nak air
Tinggal letak ais je 

Lokasi Restoran Silaturahim ialah di persimpangan Teluk Batik/Out Ward Bound 32200 Lumut, Perak. Jangan risau, wave kan ada. So kalau dah alang-alang datang Lumut ataupun Pangkor nak borong ikan bilis, ikan masin, sotong kering dan macam-macam jenis makanan laut lain, sila lah singgah makan tengahari kat sini.

Saya bukan pemilik kedai Silaturrahim tau.

*gambar diambil di google dan www.imanjung.my


Baca entry sebelum ini di sini >> Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

4 comments:

  1. Tau restaurant ni. Ada 2x mkn kat sana time nak g n balik dari pangkor. Memang sedap + banyak ulam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! kadang2 tu tak tau pun nama ulam tu sbb banyak sangat, main makan je hehe

      Delete
  2. ohhh..best nie Mel..kalau ke Manjung boleh jenguk ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kak emma, next time kalau pegi area sana, singgah makan kat sini. Dekat sangat dengan Marina Island, 2nd jetty ke pangkor tu.

      Delete