Monday, 29 September 2014

Keistimewaan 'Melissa Officinalis' dalam Herbal Blend Cream Untuk Halau Nyamuk

Leave a Comment
Kalau baca tajuk entri ni mesti ramai yang kata, alaaaa mentang-mentang nama dia Melissa, bukan main lagi nak buat entri pasal nama dia. Oh tidak, entri ini tidak ada kaitan dengan saya walaupun sama dengan nama saya ecewah gitu.

Ramai yang tidak tahu apa itu Melissa Officinalis Extract atau dikenali sebagai Lemon Balm yang terkandung dalam Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee (boleh lihat di belakang botol tersebut) itu. Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat banyak kebaikan Melissa Officinalis Extract ini untuk pelbagai jenis penyakit (internal dan external).

Melissa Officinalis/Lemon Balm


MELISSA OFFICINALIS/LEMON BALM

Lemon Balm (Melissa Officinalis) dikenali sebagai balm atau balm pudina, iaitu herba dalam keluarga pudina Lamiaceae, berasal dari selatan-tengah Eropah, Afrika Utara, rantau Mediterranean dan Asia Tengah. Lemon balm telah digunakan secara perubatan oleh orang Yunani sejak 2,000 tahun yang lalu. Tinggi 70-150cm dan daunnya mempunyai bau limau lembut, yang berkaitan dengan pudina. Semasa musim panas, bunga kecil berwarna putih  akan tumbuh dan ianya menarik perhatian lebah lalu diberi nama Melissa (dalam bahasa Greek, 'honey bee').

Bunga putih yang tumbuh menarik perhatian lebah


PENGGUNAAN

1. Penggunaan Kulinari
Lemon balm sering digunakan sebagai perasa dalam ais krim dan teh herba, kedua-dua panas dan sejuk, biasanya dalam kombinasi dengan herba lain seperti spearmint. Teh yang diperbuat daripada daun Lemon balm dikatakan dapat melegakan senggugut atau PMS (Premenstrual Syndrome).

2. Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional dan Alternatif Lain
Dalam perubatan tradisional Austria, daun Melissa officinalis telah digunakan untuk dalaman sebagai teh dan luaran sebagai minyak pati bertujuan sebagai rawatan gangguan saluran pencernaan, saraf, hati dan hempedu. Ekstrak minyak Lemon balm diperolehi melalui pengesktrakan langsung dari daun Melissa (Melissa officinalis) ke dalam minyak zaitun dara. Minyak Lemon balm digunakan secara tradisional sebagai pembersih muka dan baik untuk rawatan kulit. Perubatan herba tradisional mengiktiraf dua tindakan utama Melissa: menenangkan, melegakan, bagus untuk masalah tidur serta anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria. Kedua-dua kesan telah disahkan melalui kajian saintifik moden.

Sebagai tumbuhan perubatan, Lemon balm secara tradisinya telah digunakan terhadap radang bronkus (bronchitis), sakit telinga, demam, kembung perut, sakit kepala, tekanan darah tinggi, selesema, gangguan stress, berdebar-debar, sakit gigi dan muntah. Minyak pati Lemon balm sangat popular dalam aromaterapi.

3. Penyelidikan Kesan Ke Atas Manusia
Ekstrak Lemon balm efektif dalam melegakan tekanan, membantu menyembuhkan luka, sakit gigi, letusan kulit (skin eruptions), leher terkehel dan juga kesakitan ketika hamil terutamanya cramps. Ia juga dikatakan boleh mencegah kebotakan.

Ekstrak Lemon balm digunakan untuk menyokong imunisasi dan membantu meningkatkan ketahanan badan daripada sebarang ejen virus berjangkit. Malah, ianya juga memiliki sifat-sifat anti-virus dan di beberapa negara, pecahan ekstrak dan minyak Melissa digunakan dalam persediaan farmaseutikal bertujuan untuk memerangi jangkitan virus kulit termasuk herpes.

Kajian telah menunjukkan bahawa tumbuhan yang mengandungi polyphenols, boleh membantu dalam rawatan cold sores dan memerangi virus herpes simplex, kayap dan juga virus seumpama dengannya.

Krim yang mengandungi lemon balm yang digunakan untuk cold sores (blisters di bibir) disebabkan oleh virus herpes simplex, ataupun demam cacar air (chickenpox) dapat mempercepatkan penyembuhan dan jangkitan tidak akan merebak secara rawak dan meluas. Pesakit yang menggunakan krim yang mengandungi Melissa officinalis/Lemon balm juga dilaporkan lebih lega terutamanya dari gejala seperti kegatalan dan kemerahan. 

Sumber: Wikipedia
Mengikut Wikipedia, daun Melissa officinalis yang telah dihancurkan dan kemudian sapukan pada kulit digunakan sebagai penghalau nyamuk. Tak perlu aerosol untuk halau nyamuk lagi.

Dalam satu kajian Lemon balm di Universiti Northumbria, England mendapati bahawa pelajar telah diuji dengan mengambil Lemon Balm selama beberapa minggu. Ternyata elajar-pelajar yang mengambil Lemon Balm diperhatikan semakin lebih tenang dan kurang tertekan semasa ujian. (Prevention Magazine Sept. 2004)




Tanpa kita sedari, banyak kegunaan dan kelebihan Melissa Officinalis Extract ini. Begitu juga Herbal Blend Multi-purpose Cream yang seakan wajib setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya satu. Saya juga akan bawa Herbal Blend Multi-purpose Cream ini ke mana sahaja saya berada.

Herbal blend multipurpose cream
Herbal Blend Multipurpose Cream yang menakjubkan
Harga: RM37.50/113g

KLIK SINI jika anda ingin mengetahui Kesan Herbal Blend yang menakjubkan.



---------------

Sekiranya anda mengalami masalah-masalah seperti untuk mengelakkan nyamuk dari gigit, ingin hilangkan parut luka, kudis, ruam, chickpenpox dan nak cuba Herbal Blend Multipurpose Cream sebagai ikhtiar untuk masalah yang dihadapi, anda boleh hubungi saya di 012-400 8447 untuk COD atau POS ke seluruh Malaysia. 

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment