Monday, 29 September 2014

8 Tips Mudah Redakan Tekanan

2 comments
Jika anda mengalami tekanan yang berlarutan akibat masalah pekerjaan, percintaan, keluarga atau apa-apa sahaja yang membebankan, ia boleh menjejaskan kesihatan. Mungkin ada di antara anda akan ke spa atau tempat tertentu untuk meredakan tekanan.

Sebenarnya, anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk menghilangkan tekanan atau stress. Ada cara mudah dan murah untuk anda meredakan tekanan ini. Mari kita baca 8 TIPS MUDAH REDAKAN TEKANAN.




1. HIRUP UDARA SEGAR
Keluarlah pada waktu pagi untuk mendapatkan udara segar. Ini kerana pengeluaran vitamin D dalam badan oleh sinaran matahari pagi boleh meningkatkan hormon serotonin (bahagia). Menikmati pemandangan dengan aroma waktu pagi dapat mengalihkan anda dari fikiran yang serabut.

Jika anda tinggal di kawasan bandar yang sibuk, anda boleh meletakkan beberapa tanaman hijau. Kajian yang dilakukan oleh Washington State University, meletakkan tanaman berdekatan dengan meja kerja anda akan menurunkan tekanan darah dan stress berkurangan.


2. NYALAKAN LILIN
Menyalakan lilin dan amati kerlipan lilin yang indah. Suara alam dan cahaya lilin yang redup boleh membuatkan badan anda kembali tenang.



3. BAYANGKAN TEMPAT YANG TENANG
Bayangkan tempat yang membuatkan anda merasa tenang. Contohnya pantai dengan pemandangan laut biru, gunung atau tanam bunga yang beraneka warna. Tutupkan mata, fokus dan bayangkan tempat tersebut. Lakukan beberapa minit setiap hari.

Penelitian dari University of Carlifornia, Los Angeles menunjukkan bahawa badan akan mengeluarkan hormon kortisol (stress) ketika otak anda membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.



4. MEMBACA & RUJUKAN INSPIRASI. 
Ketika tenaga anda berkurangan dan tidak bersemangat capailah buku puisi (yang diminati), perihal inspirasi atau biografi seseorang yang berjaya. Pada masa sama, bawalah buku atau alat komunikasi anda untuk melayari internet sebagai rujukan. Ketahuilah setiap saat, masa anda berharga dan anda berhak untuk mendapatkan waktu santai itu.



5. TIDUR SIANG. 
Bagi anda yang bekerja di pejabat, tentu sukar untuk anda lakukan. Tetapi, jika ini untuk kebaikan dan boleh membantu anda  meningkatkan produktiviti kerja, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat pada waktu siang. Sekurang-kurangnya dengan hanya menutup mata sambil menyandarkan kepala di kerusi dalam beberapa minit untuk mengembalikan tenaga anda.

Tidur siang atau dipanggil day napping untuk beberapa minit juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan anda.



6. PELIHARA 'SI COMEL'
Rasa kesunyian dan ingin mengembalikan semangat harian, cubalah untuk memelihara haiwan seperti kucing, arnab, ikan atau burung. Cara ini akan membuatkan anda merasa bahagia dan tenang saat anda melihat atau membelai binatang itu.



7. SENAMAN 
Inilah aktiviti fizikal yang sukar untuk anda lakukan. Selain meningkatkan pengeluaran hormon endorphin (perasaan yang baik), ia juga membantu anda mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga, tenang dan lebih fokus. Pilihlah senaman yang anda sukai dan waktu yang lengang daripada rutin kerja anda.



8. EKSPRESI RASA SYUKUR
Penelitian di National Institutes of Health mendapati seseorang yang tidak segan silu menunjukkan rasa syukur dan terima kasih akan meningkatkan hypothalamus. Hypothalamus adalah bahagian dari otak yang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tingkat stress.

Di samping itu juga, rasa syukur juga boleh mengaktifkan hormon dopamine yang menghantar rasa senang ke otak. Anda boleh mengungkapkan rasa syukur dengan menulis kata-kata positif pada nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada teman dan ahli keluarga.




Stress anda makin berkurangan lepas baca tips di atas? Dengan tips mudah redakan tekanan ini, diharap anda sentiasa berasa positif, tenang dan sentiasa bahagia di samping yang tersayang.

------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

2 comments:

  1. Hi Melissa. Artikel yang menarik. Nisha memang tengah cari artikel mcmna nak tangani stress ni. InsyaAllah boleh apply semua di atas ni kecuali ermmmm....number6 dan 7 kot. hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nisha, kalau nak beli pet pun Mel fobia jugak sebab dulu bela hamster tapi alergik teruk. Bab bersenam tu Mel selalu tengok zumba ataupun cardio kat youtube kalau malas nak jogging, duk zumba sorang2 dalam bilik hehehe Anyway thanks Nisha :)

      Delete