Monday, 21 July 2014

Turun 5 kg Dalam 7 Hari. Cabar Diri Anda!

Leave a Comment
Menurunkan berat badan agak sukar apatah lagi jika anda seorang yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan. Tahukah anda bahawa jika anda serius dan menerapkan pola makan yang tepat, anda boleh turunkan berat badan dengan cara yang sihat dalam waktu seminggu sahaja.

Berikut adalah pola makan yang boleh anda terapkan setiap hari selama satu minggu untuk menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Perhatian: Sila dapatkan pemeriksaan kesihatan dari doktor terlebih dahulu sebelum mencuba diet ini.

HARI PERTAMA
Hari pertama merupakan hari yang paling penting dari program diet ini. Pada hari inilah segala niat untuk 7 hari ke hadapan akan dibentuk. Pada hari pertama ini, mulakan dengan mengambil makanan yang sihat dan ringan seperti buah-buahan sahaja. Diet buah harus benar-benar konsisten sepanjang hari dan tidak ada pengambilan makanan lain. Dicadangkan pada hari pertama ini anda makan semua jenis buah-buahan kecuali pisang. Selain itu, pastikan juga pada hari pertama, anda banyak minum air putih bagi mengelakkan dehidrasi. Minuman performance drink bagus untuk elakkan dari dehidrasi.



HARI KEDUA
Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan 5 kg dalam 7 hari, anda harus amalkan diet sayur-sayuran sahaja pada hari kedua. Agar tetap menarik dan bervariasi, anda boleh memasak makanan menggunakan sayuran berwarna-warni, misalnya dengan membuat sendiri salad yang sihat. Kunci program diet di hari kedua adalah dengan merebus sayuran mentah. Pada hari ini juga, anda boleh menikmati semua jenis sayur-sayuran termasuk kentang. Tetapi ingat, pengolahannya harus dengan cara rebus sahaja. Seiring dengan diet hari kedua, jangan lupa untuk tetap minum sebanyak 8 gelas air.

HARI KETIGA
Setelah hari pertama dan kedua anda dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, maka pada hari ketiga anda dibolehkan untuk makan kedua-duanya. Mulakan hari anda dengan semangkuk buah-buahan, diikuti dengan salad sayur-sayuran untuk makan tengahari. Untuk makan malam pula cukup dengan buah-buahan atau sayur-sayuran pilihan anda. Perlu diingati, pada hari ketiga ini sebaiknya hindari pengambilan kentang dan pisang.

HARI KEEMPAT
Pada hari keempat, anda dicadangkan untuk makan hanya pisang dan susu. Pisang dan susu ini juga boleh dicampurkan dan dijadikan smoothie dan milkshake. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan susu rendah lemak.



HARI KELIMA
Di hari kelima, anda dibolehkan untuk makan semangkuk kecil nasi. Namun anda hanya disarankan untuk mengambil tomato sebagai menu tambahan. Anda boleh mengolah tomato menjadi tomato rebus untuk mejadi menu tambahan nasi atau dimakan secara mentah. Pastikan anda hanya makan nasi untuk sarapan dan makan tengahari sahaja. Tingkatkan pengambilan air putih sebanyak tidak kurang dari 3 liter sehari.

HARI KEENAM
Pada hari keenam, anda digalakkan untuk mengambil semangkuk nasi untuk makan tengahari dan kembali pada diet sayur-sayuran untuk makan tengahari dan makan malam. Meskipun terasa berat, tapi anda sebaiknya mengikuti pola makan ini untuk membantu menurunkan berat badan.



HARI KETUJUH
Pada hari terakhir ini, anda dibolehkan untuk mengambil semangkuk kecil nasi dan semua sayur-sayuran yang anda suka. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan pilihan anda. Pada hari terakhir program diet ini, semua racun akan dikeluarkan dari tubuh dengan bantuan jus buah-buahan yang diambil sepanjang hari tersebut.

Setelah selesai program diet tersebut, anda boleh melanjutkan pola makan sihat tersebut di hari berikutnya. Oleh kerana anda sudah terbiasa dengan pola makan itu, maka anda akan cenderung untuk mengambil makanan dengan jumlah sedikit. Inilah cara mudah untuk menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram dalam masa 7 hari.

------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment