Wednesday, 23 July 2014

Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Senang

Leave a Comment
Last two weeks, tetiba teringin nak sotong goreng tepung rangup yang macam selalu kat kedai makan tu. Tapi anak tekak ni nak yang rangup rak ruk rak ruk bunyinya kalau kita makan. Dengan rajinnya, orang bujang ni pun mencari sotong time rehat waktu puasa.

Google punya google, tanya punya tanya, akhirnya dapat juga resipi. Sekarang ni cuma nak pratikkan je. Senang sangat rupanya nak buat sotong goreng tepung rangup ni.


Bahan-bahan: 

Bahan A:
Sebiji telur putih 

Bahan B: 
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus (ikut sesedap rasa) 


Cara-cara: 
1. Pecahkan telur dan asingkan telur putih sahaja 
2. Campurkan semua bahan B ke dalam satu mangkuk dan ratakan 
3. Sotong yang dah dipotong halus (ikut suka) dicelup ke dalam telur putih kemudian celup ke dalam Bahan B. Gaul-gaulkan sehingga sebati gituuuu
4. Kalau nak lagi rangup dan tebal lapisan tepung tu, sila ulangi cara ke-3 lagi sekali.
5. Panaskan minyak dengan api perlahan
6. Goreng dan gaul sehingga nampak kekuning-kuningan
7. Siap!


Sotong goreng tepung rangup, sambal udang dan kailan untuk iftar

Tetiba rajin, yang nak makannya sorang je haha. Sotong goreng tepung rangup sedaaaaap, sambal udang ada uumphhh dan kailan yang marvelous untuk iftar!

Senang kan? Lepas ni boleh try di rumah.

Nak cuba buat ais krim vanilla oreo? KLIK SINI


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment