Monday, 14 July 2014

Resipi Ais Krim Vanilla Oreo Homemade Yang Sedap

18 comments
Bulan puasa ni macam-macam makanan teringin. Ada orang teringin bubur lambuk la, tepung pelita la tapi mel pulak teringin nak ais krim vanila oreo buat sendiri hehe Disebabkan perasaan teringin tu membuak-buak, saya sendiri nak cuba buat di rumah, senang je tau. First try ni dan hasilnya memang sedap! Sesedap Haagen Dazs gitu, lepas ni boleh buat selalu. 



Nak tahu cara buat Ais Krim Vanilla Oreo Homemade? Jom kita tengok resipi simple dan sedap ini. 


Bahan A: 
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream) 
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2) 
- 1 sudu besar ovalette 
- 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B: 
- 1 paket oreo 


Bahan-bahannya

Caranya: 
- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati 
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim 
- Masukkan ke dalam freezer sampa beku 
- Siap! 


Boleh tengok langkah bergambar di bawah: 

Blend kesemua bahan A
Blend hingga gebu gitu

Tuangkan hasil blend ke dalam bekas ais krim


Hancurkan biskut oreo 


Campurkan hasil blend dan biskut oreo yang telah hancur


Gaulkan kedua-duanya hingga sebati dan masukkan dalam freezer


Hasil ais krim yang siap untuk dimakan, sedap gila tau! 


Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak serta ibu bapa pun mesti sukakannya. 
Selamat Mencuba! 


Salam Sayang,
MELISSA JALIL  


Dah try resepi ais krim oreo sedap ni, apa kata tengok video kat bawah. 
Sel otak suami mati akibat STROK kembali pulih lepas ambil tonik mujarab ini! 




Dah tengok video atas? 
KLIK SINI: Suami Tak Boleh Bercakap Akibat Strok Kembali Pulih 
untuk mengetahui lebih lanjut.


Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin semulajadi tanpa bahan kimia No.1 di Malaysia atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya di 012-400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

18 comments:

  1. Salam..Nampak sedap..yummyss...
    Join saya untuk sesuka diblog jalan & makan di http://mmama2754.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. farhanifauzi251528/3/15 1:42 pm

    boleh tak kalau pakai mixer, xyah pakai blender?
    oreo x yah asing pon boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai mixer nanti berterabur sebab bahan2 bukan guna tepung macam buat kek, just susu. Oreo kena hancurkan secara kasar dan asingkan, sebab nak dapatkan acuan ais krim tu bila blend bahan A tadi. Kalau campur sekali tak rasa oreo tebal2 tu :)

      Delete
  3. Ovellate akak taruk brape byk sudu?

    ReplyDelete
  4. akak ovalette tu yg mana saya tk tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ovalette tu yang warna oren. Awak boleh cari kat kedai kek, ada jual kat sana :)

      Delete
  5. klu gnti ovalette dgn agr2 blh? nk sukat mcm mne ye? nk wat ais krim utk hri jdi parent.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna agar2 jadi lain nanti dear hihi

      Tapi ada juga orang buat ais krim guna telur, saya guna ovalette untuk jadikan ia lebih stiff

      Delete
  6. tak per kita makan ovelette yg mentah tu...takde kesan sampingan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ovalette atau dikenali sebagai sponge cake stabilizer digunakan untuk gebukan tekstur ais krim. Insha Allah takde kesan sampingan sebab kita dah blend dan sebatikan ovalette dengan bahan2 lain kemudian bekukan ais krim tu seelok-eloknya 8 jam. So far, memang resepi ais krim pakai ovalette.

      Delete
  7. boleh tak ovellete diganti dengan bahan2 lain?

    ReplyDelete
  8. Ais krim boleh bekukan pki peti sejuk biasa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu bekukan di freezer, macam kita bekukan ais.

      Delete
  9. Boleh bekukan pki peti sejuk biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu bekukan di freezer, macam kita bekukan ais.

      Delete
  10. assalamualaikum.. susu full cream tu 1 1/2 gelas.. maksud ny gelas besar mna tu? klu pakai sukatan cawan brapa?

    ReplyDelete