Tuesday, 24 June 2014

Bongkar 5 Makanan Diet & Awet Muda

Leave a Comment
Tua adalah satu perubahan yang sangat ditakuti oleh lelaki mahupun wanita. Sebolehnya ingin disembunyikan sahaja apabila ada yang bertanya tentang umur kerana ia merupakan sesuatu yang sangat sensitif untuk dikongsi bersama.

Bagaimanapun, proses penuaan harus dilalui dan dirasai oleh setiap individu. Sungguhpun begitu, ia masih boleh diperlahankan dan dikurangkan melalui gaya hidup serta pola pemakanan yang sihat. Kelab diet kali ini memaparkan amalan pemakanan bukan sahaja untuk langsing tetapi juga untuk awet muda.


Ikan Salmon
Ramai sedia maklum tentang khasiat yang terkandung di dalam ikan salmon. Meskipun harga yang ditawarkan mahal namun ia banyak memberi manfaat terhadap kesihatan terutamanya jantung. Di samping itu, kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat di dalamnya dikatakan berupaya menjadikan kulit lebih sihat dan tegang.

Terdapat sebuah kajian yang dijalankan oleh The Journal of American College of Nutrition menemui, mana-mana individu yang mengambil makanan ini secara teratur maka kesan kedutan di wajah kurang sedikit berbanding individu yang gemar mengambil daging merah.

Ikan Salmon


Teh
Sebenarnya, teh kaya dengan bahan antioksidan iaitu polifenol. Selain membantu mencegah sel kanser pada kulit, ia juga dikatakan berupaya meningkatkan sistem imuniti badan. Oleh itu, ambillah teh sebagai minuman rutin anda agar kesan penuaan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

Teh


Buah Beri
Adakah anda tahu bahawa beri yang terdapat di dalam buah strawberi, raspberi dan blackberry amat penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen yang sering disebut-sebut ini sebenarnya mampu mencegah pembentukan kedutan. Kandungan vitamin C di dalamnya juga berupaya melawan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sinaran matahari, pencemaran dan tekanan.

Buah Beri


Kacang Kenari
Tidak jauh bezanya dengan ikan salmon, kacang kenari dikatakan mengandungi asid lemak omega 3 yang berupaya menguatkan lagi sel membran kulit. Membran yang dimaksudkan sangat penting bagi mengekalkan kelembapan kulit sekali gus mengurangkan masalah keradangan kulit akibat pancaran matahari secara terus. Masalah penuaan awal ini tidak mungkin berlaku sekiranya anda mengamalkan beberapa contoh makanan yang telah dicadangkan tadi.

Kacang kenari


Yogurt
Susu masam atau lebih sinonim dengan nama yogurt sebenarnya mengandungi kalsium dan vitamin D yang mampu memberikan tahap kesihatan gigi dan mulut. Kesan pengambilannya dapat dirasai apabila anda tersenyum yang mana bibir lebih selesa dibuka malah kedutan di kawasan sekitarnya juga berkurangan. Sebab itulah dikatakan individu yang murah dengan senyuman lambat kelihatan tua lantaran kedutan di sekitar mulutnya kian berkurangan.

Yogurt

------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment