Saturday, 10 May 2014

Bagaimana Jangkitan Chickenpox Boleh Terjadi? Adakah Ia Bahaya?

4 comments
Cacar air / chickenpox ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap dan merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.



Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak melalui dua cara iaitu:

· Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
· Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister).

Tanda Dan Gejala Chickenpox
Chickenpox boleh dijangkiti melalui udara 

Apakah tanda dan gejala chickenpox?

Anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air/chicken pox. Chickenpox boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Cacar air / chicken pox

Bagaimana bayi saya boleh dijangkiti cacar air?

Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia chickenpox. Anak anda boleh dijangkiti chickenpox cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu.

Chickenpox boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti chickenpox. - babycenter.com.my

Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak. 

Penyakit ini boleh menjadi lebih serius bagi orang dewasa dan belasan tahun, jadi berjumpalah dengan doktor anda jika anda fikir anda dijangkiti. 

Gejala Chickenpox

  • Sakit kepala, sakit-sakit badan 
  • Sakit sendi badan
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih beberapa hari sebelum ruam timbul. 
  • Tidak selera makan 
  • Ruam bermula dengan bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 

Tiga keadaan cacar air / chickpen pox pada anggota badan


· Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.


Fasa keadaan cacar air / chicken pox dari hari 1 - hari 10


Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

  • Jangkitan kuman pada kulit.
  • Jangkitan pada darah (blood stream infection).
  • Radang paru-paru.
  • Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan chickenpox dirawat?

Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak dan jika orang dewasa, elakkan pergi ke tempat kerja sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan orang lain akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen calamine di tempat ruam.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

- Ikuti Cara Cepat Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Muka Kembali Licin

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
  • Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
  • Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut). 
  • Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air / chicken pox boleh dicegah?

  • Cacar air / chicken pox boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

------------------------

Sekiranya anda baru mengalami chickenpox yang teruk ketika dewasa, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan tips dan cara bagaimana untuk hilangkan parut chickenpox yang boleh menyebabkan parut kekal dengan cepat.  


Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare
Email: lovingcare.eshop@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

4 comments:

  1. thanks sbb tolong saya siapkan homework dengan semua notis di atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yeke, sama-sama adik eifa :)

      Kalau ada instagram, jangan lupa follow akak di https://instagram.com/lovingcarehealthylife/ ye, ada macam-macam info lagi.

      Delete
  2. chickenpox ade pantang larang makan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya encik, makanan yang bergoreng, ayam, telur dan kicap. Boleh baca selanjutnya di sini: http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/2014/10/cara-cepat-hilangkan-parut-chickenpox.html

      Delete