Tuesday, 20 May 2014

7 Petua Hilangkan Jeragat Di Muka

1 comment
Salah satu punca muka berjeragat ialah selalu berjemur di luar dalam keadaan panas dan terkena sinaran matahari terus ke muka. Ini menyebabkan kulit muka muncul tompok-tompok hitam yang menghodohkan. 

7 Petua Hilangkan Jeragat


Jom cuba petua tradisional untuk hilangkan jeragat ini: 

1. Getah bawang pudarkan pigmentasi

Selain menjadi rencah masakan, bawang juga sangat berguna untuk merawat masalah kecantikan yang dialami wanita. Caranya amat mudah, belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosok bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat. Lakukan dua kali sehari, anda akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar.



2. Manfaat beras & kunyit





Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Tos dan tumbuk sehingga halus bersama 1cm kunyit hidup. Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker Agar hasil memuaskan, lakukan setiap hari.



3. Kulit Pisang Berangan Buat Kulit Sekata

Sapukan wajah bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.



4. Hampas Kelapa Mencerahkan

Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.



5. Khasiat Sirih Muda

 

Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.



6. Kulit kayu manis licinkan wajah

 

Caranya mudah, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah. Anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya, jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.



7. Susu Tepung

Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari. Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh sesudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.


ESP Shaklee sebagai masker 


Energizing Soy Protein (ESP) sangat sesuai untuk sesiapa yang menghadapi masalah kulit wajah iaitu jeragat dan ESP juga boleh dijadikan masker.


Kebaikan ESP ialah:
  • Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
  • Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
  • Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru

------------------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian ESP ataupun ingin mendaftar ahli supaya dapat diskaun pada setiap pembelian, anda boleh hubungi saya 012 400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

1 comment: