Tuesday, 29 April 2014

Fungsi Magnesium Untuk Mencegah 11 Penyakit Berbahaya Ini

Leave a Comment
Tidak ramai masyarakat yang sedar, tahu, dan memperhatikan peranan magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium telah diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.



Peranan magnesium sangat penting. Namun ironinya, peranan magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa jadi begitu? Kerana kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause. Selain itu, bila keperluan megnesium tidak dipenuhi, akan terjadi denyutan jantung yang tidak normal. Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah Science tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang ditemukan dalam jumlah sangat kurang dalam serum darah pada otot-otot jantung, dari jumlah yang seharusnya.

Penyakit Degeneratif Akibat Kekurangan Magnesium

Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam tubuhnya.

Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan di Britain, Amerika dan Eropah Utara disebabkan oleh makanan harian yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan, iaitu 2:1.

Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.


1. Sakit Jantung

Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.

Selain itu, magnesium juga memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.

Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.

2. Tekanan Darah Tinggi

Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.

Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium berperanan dalam menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi)



3. Diabetes

Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam darah.



4. Denyutan Janting Tidak Normal

Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.


5. Asma

Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.

Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.



8. Hiperaktif

Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepada kanak-kanak.



9. Senggugut

Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang dtunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, jerawat, insomnia dan stress. Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.



10. Osteoporosis 

Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium dapat mencegah terjadinya retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.



11. Insomnia 

Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur.



12. Sakit Sendi 

Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.


13. Stress

Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami kekurangan magnesium sehingga mengamalkan magnesium dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.



Makanan Yang Kaya Magnesium

Hampir seluruh keperluan magnesium kita berasal dari tumbuh-tumbuhan. Magnesium yang diperolehi daripada klorofil sangat penting bagi tanaman dalam melakukan fotosintesis. Oleh sebab itu, sayuran berdaun hijau gelap merupakan sumber magnesium yang terbaik.

Hampir semua jenis kekacang, biji-bijian dan kacang panjang merupakan sumber magnesium yang tinggi. Kacang soya, kacang almond, kacang Brazil dan buah keras adalah contoh makanan lain yang mengandung magnesium.

Garam laut asli yang diproses secara tradisional dan garam bukit juga mengandungi magnesium yang tinggi. Garam laut asli juga mengandungi 84 unsur mineral termasuk magnesium.

Fungsi Magnesium Untuk Mencegah 11 Penyakit Kronik

Kepentingan Magnesium Dan Kalsium

Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

Kalsium Yang Lengkap Dengan Magnesium

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


------------------------

Ada masalah sakit lutut? sakit belakang? kurang kalsium? Dapatkan segera Ostematrix terbaik ini dengan menghubungi saya 012 400 8447 secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam dan secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 


Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment