Wednesday, 12 March 2014

Cara Semulajadi Turunkan Kolesterol "Jahat" (LDL)

Leave a Comment
SEBUT saja kolesterol, yang terbayang di fikiran adalah pelbagai jenis penyakit kronik terutama jantung. Apa pun, usah bimbang sekiranya paras kolesterol jahat atau LDL anda agak tinggi kerana ia boleh diturunkan dengan mengatur pola makan, selain mengambil supplement.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mengurangkan pengambilan lemak tepu sebagaimana yang saya akan jelaskan di bawah. Jom tengok satu persatu.

SUMBER KACANG SOYA

Makanan kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan.



OAT BRAN

Oat bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10, 20 dan 30 mg/dl.



FLAXSEED

Flaxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicerna, kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Anda boleh menaburkan flaxseed dalam pelbagai makanan harian.



KEKACANG

Pilih kekacang yang belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan Almond atau kekacang lain satu perempat hingga setengah cawan sehari mampu menurunkan LDL. Kekacang yang masih semula jadi ini kaya serat dan membuat anda cepat kenyang.


NIASIN

Niasin atau vitamin B3 efektif menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin juga boleh didapati daripada makanan bukan sebagai supplement atau ubat. Seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.




HINDARI MAKANAN DENGAN INDEKS GLISEMIK TINGGI

LDL boleh direndahkan jika anda mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih.

Lepas ni, boleh la kita ikut tips ini dalam program diet kita. Penjagaan makanan juga amatlah penting dalam proses turunkan berat badan yang ideal, paling penting ialah DISIPLIN. 


------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment