Thursday, 9 January 2014

Malu Bersenam di Gymnasium? Bersenam Depan TV Pun Boleh!

Leave a Comment
Badan makin naik? Persoalan biasa kita dengar. Rata-rata mereka berbadan slim fit selalunya akan naik badan sekelip mata terutamannya bila sudah tamat belajar atau baru memulakan alam pekerjaan. Bila dah naik berat badan, mulalah malas nak drive ke gymnasium, malu nak bersenam depan orang ramai dan tak suka ikut arahan. Jadi cara terbaik, senam je kat rumah sendiri kan senang hihi

Saya terbaca artikel mengenai masalah berat naik dan cara-cara mengatasinya. Apa kata kita lihat cara mudah untuk bersenam di rumah tanpa perlu ke gym.

Kadang-kadang gymnasium meletakkan harga yang mahal. Belum lagi alasan malu bersenam depan orang dan mereka yang tahu kekurangan diri kita. Jadi macam mana nak kuruskan badan kalau ada pula alasan lain yang membantutkan hasrat murni kita nak kuruskan badan ye tak? Tak mengapa sebab masih ada cara lain yang boleh membantu selain mengamalkan diet yang seimbang. Paling mudah dan dikatakan paling berkesan dengan mengamalkan tujuh kaedah ringkas ini.

Berjalan
Berjalan saja sudah memadai. Ketika tidak tahu untuk buat aktiviti apa di rumah, anda boleh berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan di sekeliling kawasan.

Anda juga boleh berjalan turun naik tangga beberapa kali dan pada masa yang sama angkat barang juga, Ini boleh menguatkan kaki dan lutut anda. Jika tiada tangga, berjalan saja di dalam atau luar kawasan rumah kerana ia tetap masih berkesan.

Lompat Bintang
Lakukan lompat bintang seperti zaman sekolah rendah dulu-dulu. Haaa yang ni memang favourite! Lagipun siapa yang tak pernah lompat bintang masa zaman kanak-kanak, betul tak? Jangan pelik, senaman ini adalah salah satu senaman kardio yang hebat dan juga boleh dijadikan pemanas badan.


Push Up
Apa kata kita buat "push up" atau pumping. Mesti anda tahu kedua-dua senaman ini adalah yang paling tidak disukai ramai orang. Walaupun begitu, push up boleh dilakukan dengan cara mudah.


Anda boleh melakukannya dengan mengguna sebelah tangan saja, lakukan jika anda mampu. Topang dengan lutut berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap ke arah dinding. Ia dapat meningkatkan kekuatan tangan dan menguatkan bahagian sekitar dada.



Jogging Setempat
Jogging setempat kerana ia begitu baik untuk kesihatan jantung. Anda boleh jogging semasa menonton TV ataupun mendengar muzik. Jika ada pun alatan yang perlu, hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan kaki melecet di mana tekanan pada kaki.

Apungan Kaki (Leg Raises)
Lakukan apungan kaki. Senaman ini anda boleh lakukan ketika di dalam rumah. Di mana ia boleh menguatkan kaki dan merenggangkan otot di sekitar kaki. Jadi bila berjalan jauh anda tidak akan berasa sakit dan lenguh dengan cepat kerana sudah mendapatkan senaman ringan di rumah.


Walaupun nampak mudah, tapi tak ramai orang yang rajin membuatnya. Jika rasa susah untuk mengapungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit. Itu pun sudah memadai kalau dilakukan secara konsisten.

Crunches
Apa kata kita lakukan crunches bagi kekuatan abdomen atau perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat naik habis, asalkan dapat bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut, ini sudah cukup bagus.


Angkat Berat
Angkat berat. Tidak perlu pergi kedai beli alat sukan mahal, beli besi angkat berat mahupun dumbell. Guna saja apa yang ada di rumah. Mulakan dengan mengangkat barangan ringan, seperti setin minuman karbonat atau mengangkat pencuci lantai cecair saiz besar. Haaa kan jimat?

Kini anda tidak perlu lagi ke gymnasium untuk bersenam!


------------------------

Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian ataupun join keluarga Shaklee kami, anda boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan vitamin terbaik Shaklee secara COD di Port Klang / Klang / Shah Alam ataupun secara pos di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli dengan menggunakan Debit Card/Credit Card? Klik BELI SHAKLEE ONLINE
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment